DI SINI KUTEMUI SEGALANYA ♥ ADIEY ♥
Ketika diri di awangan
Tertanya hati apa yang menunggu di bawah
Benak imaginasikan pelbagai aksi dan rupa
Yang baik, yang jahat dan yang sempurna
Semua itu sudah pun berlaku kepadaku
Yang baik amat sedikit, yang tak elok datang bertimpa
Di sini kutemui segalanya…
Bukan mengungkit bukan juga membongkar
Segala yang telah menjadi sejarah suka dan duka
Di sinilah aku temuinya, redah dan hadapinya
Cinta, kasih, sakit, benci, geram dan segalanya
Seolah sudah menjadi nadi dalam hidupku
Menjadi darah dalam tubuh yang mengalir
Kadang deras, kadang perlahan dan kadang tersekat
Aliran itu…
Di sini kutemui segalanya
Ada manusia pelbagai rupa dan gaya
Watak, perilaku dan peranan pun berbeza
Sukar untuk kumentafsir yang mana baik yang mana tidak
Betullah kata orang yang makan garam dahulu
Yang kulihat kebanyakannya bertopeng, amat sedikit yang asli
Aku terpedaya, tertipu dek helah yang kabur pada pandanganku
Sehingga kujatuh tersungkur tak bersambut walau oleh tangan itu
Di sini kutemui segalanya
Kubelajar erti suka dan duka
Bukan sebab diri sendiri tapi oleh mereka yang tak tahu
Siapa aku…
Kadang diri disukai, kadang dihina dan dibenci
Dicaci pun ada..apa lagi dimaki
Walau silap bukan datang dari diri
Hati memberontak perbaiki segala kekusutan
Tapi….
Minda mengahalang demi kebaikan
Bukan untuk diri
Melainkan….untuk mereka yang bergelar penghuni bumi
Yang hidup berpaksikan duniawi yang lebih
Pernah diri dibandingkan kerana….
Aku memang berbeza
Sakitnya hati tak usah kuceritakan lagi
Kamu tahu apakah rasa itu, bukan?
Ikut hati hendak saja kulempang mulut itu
Biar bengkak, berdarah dan koyak….
Tapi…siapa aku untuk berbuat demikian
Aku tak punya apa, juga tak punya siapa di sini…
Yang aku ada hanya diri sendiri
Yang kadang menjadi bahan gelak tawa dek kawan
Sebab itu…
Di sini kutemui segalanya.
Aku sendiri…sendiri lagi..
Walau hidup berteman dengan ramai orang
Kerana…
Walau pada dasar aku adalah benar
Tapi kadang dunia ini terasa sunyi
Sebab yang benar itu dibenci
Yang bohong itu pula dikerumuni
Inikah keadilan dunia?
Yang palsu dijadikan landasan
Yang benar terbuang tanpa belaan
Tapi….
Aku tetap bersyukur kerana kumasih punya hati
Sebagai penghuni bumi yang makin rapuh ini
Walau ku tak punya amal yang banyak
Aku masih tak mahu sakiti sesiapa
Aku tak mahu apa yang dipanggil dosa
Aku rela dijadi korban
Demi secebis pahala…
Subhanallah…
Di sini kutemui segalanya
Ada pelbagai peristiwa
Manis ada, pahit ada…, masam pun ada
Putih dan hitam pun ada
Apatah lagi peristiwa merah…
Semua ini kutempuh dengan redha
Tapi kadang aku tewas juga..
Air jernih bergenang di alur itu
Kadang tak mencecah bumi
Tapi….bila ia menjadi deras
Banyak kali juga gugur ke tanah
Hingga tak meninggalkan bekas
Di tanah tidak…, di mata pun tidak
Di hati ia terasa merobek sentiasa
Hinakah aku…, hingga aku diperlaku seperti ini?
Sebab itu…, di sini kutemui segala ragam dunia.
Di sini..
Ada meminta agar aku berubah
Sikapku…tingkahku…penampilanku
Apakah aku masih tak cukup baik selama ini?
Kadang aku diam..tapi disalahertikan…
Aku dikatakan sombong, serius!!!
Tersentak diri ini bila mendengar ungkapan itu..
Sombongkah aku?seriuskah aku?
Aku hanya mahu menjadi diri aku yang sebenar..
Mujur…
Ada juga yang faham dan kenal siapa aku
Tak perlulah aku sebutkan nama mereka satu per satu
Cukup sekadar kukatakan merekalah yang banyak menolong aku
Bangkit…bangkit…dan bangkit semula…
TERIMA KASIH buat KALIAN.
{Tanjung Malim, Perak. 21 Ogos 2008 (5.30 pm)}
Nukilan:
♥ ADIEY ♥

0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home