Intan Suraya 7
Ketika hadir semula dalam hidup aku, aku pula menafikan kehadirannya. Ketulusan itu telah terhapus sedikit masa dahulu. Kita tidak akan mungkin bersama untuk selamanya. Aku cuba melupakan cerita dahulu yang tak pernah dihargai. Adanya aku hanyalah sekadar mainan cinta. Itulah citera cerita yang telah tiada kembali.
Dalam penafian, aku cuba membisukan diri, aku bertanya pada diri aku. Adakah aku sedang di lamun cinta.? Berkali aku menafikannya. Tolong ya tuhan berikan aku sedikit kekuatan. Aku tak sangup untuk kecewa untuk sekian kali. Berikan aku kehidupan yang sebenar tanpa ada kesedihan. Aku bukan dilahirkan untuk bersedih. Ada kalanya aku menolak ketentuan. Namun aku salah, ketentuan yang ditentukan untuk aku sebaliknya adalah untuk kebaikan.
“hoi” Khairul menerpa aku daripada belakang.
“kau ni kenapa? Asyik termenung saja. Kalau ada masalah aku boleh tolong.” Sambungnya.
“ada. Aku ada masalah. Kau kalau dating bagi salam boleh tak? Kalau aku ada sakit jantung, dah kojol agaknya aku” aku menyindir khairul.
“ok. Aku minta maaf. Aku tahu kau fikirkan apa. Jeng..jeng..”
“dah lah, aku malas nak bahaskan perkara ini. Tak penting. Tolong jangan ungkitkan perkara ini.
“hello encik aiman bin aminuddin, sekarang siapa yang ungkit? Kau ke aku? Kau kalau nak tipu aku, aku tak kisah. Tapi boleh kau tipu perasaan kau?” khairul menegaskan perkataanya. Aku mula kebinggungan mencari patah kata untuk menafikannya. Belum sempat aku membalas, dia sambung kembali kata-katanya.
“aku faham perasaan kau, yang dah lalu biarlah berlalu. Farah dah pergi buat selamanya dalam kehidupan kau. Dia pun tak hiraukan kau lagi. Tolong kau bagi peluang untuk diri kau untuk mencintai dan dicintai. Aku sebagai sahabat kau, aku tak akan biarkan kau sedih untuk selamanya. Kita diciptakan saling memiliki dan memerlukan.”
Aku terdiam, kepala aku tundukkan. Langkah kaki aku terhenti. Aku duduk di kerusi batu dan sandarkan badan aku.
“egokah aku? Khai, aku takut untuk bercinta lagi. Aku takut jika cinta yang aku harapkan tidak kesampaian. Aku sudah serik” aku meminta kepastian daripada khairul.
“man, ini bukan ego. Tapi tidak percaya diri. Sejarah yang sama tak akan berulang untuk sekian kali jika bijak mengaturnya. Kau perlu berikan peluang untuk diri kau. Kau perlu berani dan ambil risiko. Kalau kau benar-benar cintakan intan, kau perlu kuat menerima jawapan seadanya, Cuma kau perlu tahu keadaan dan perasaan dia terhadap kau” khairul memberikan keyakinan yang mendalam kepada diri aku.
“tapi khai, aku tak mahu terburu. Aku akan cuba mendekatinya. Aku mahu mengambil hatinya. Aku mahu dia mengenaliku dan memahamiku. Aku perlu tahu dia masih single atau telah berpunya”
“baguslah kalau kau fakir macam tu. Inilah Aiman yang aku kenal. Kalau soal di solo atau tidak, itu kau jangan takut. Aku dah dapatakan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayaai. Dia masih lagi solo. Hahhaha..” khairul memberikan aku harapan dan semangat.
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Aku tidak boleh putus asa. Sejarah lama biarlah berlalu. Yang penting hidup perlu diteruskan. Aku perlu lakukan. Buktikan masih ada cinta yang sejati. Tapi aku perlu pastikan sama ada aku cintakan dia, simpati atau tidak. Mungkinkah ini dinamakan cinta pandangan pertama.

0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home