Intan Suraya 3
Hari ini hari rabu. aku ada janji dengan teman hendak pergi ke perpustakaan sama-sama. sudah tiga jam aku menunggu, bayangnya tidak juga muncul. mentari sudah berada tegak diatas kepala aku. keringat dingin membuatkan aku rasa nyaman sehingga basah baju kemeja putih aku. topi nike berwarna coklat sedikit sebanyak menyelamatkan aku daripada bahangan mentari.
sudah seminggu cuaca tidak menentu. petang panas terik, bila malam hujan turun hingga ke pagi. saat-saat seperti inilah menyebabkan ramai orang sakit, demam selesema dan batuk-batuk. aku tidak terkecuali, hampir dua hari aku batuk-batuk. sehingga mengganggu pembelajaran di dalam kelas.
setelah tiga jam menunggu, akhirnya khairul terlihat juga kelibatnya. dengan berseluar hitam dan berkemeja berwarna kuning. warna kesukaanya, sama seperi warna buku yang di bimbitnya itu. dari jauh sudah mengukir senyuman.
"kenapa senyum-senyum ni, kau tahu yang kau dah lewat?"
"maaf, aku bukan sengaja. aku ada masalah tadi" balas khairul
"lain kali, kalau ada masalah telefon dulu. ni tidak. ingat khai, manusia pegang pada janji, lembu pegang pada talinya" dah mula aku berceramah. khairul mengerutkan dahinya sambil bibirnya dikapitkan.
"ya aku tahu. tadi aku tak sempat nak telefon kau. sumpah, aku betul-betul ada hal" balas kahirul.
"baiklah, aku maafkan kau. tapi jangan bersumpah, kelak dimakan sumpah pula." tegas aku.
"baik boss. ku, mana dib? kata nak pergi library sama-sama. ni mesti dia lewat. batang hidung tak nampak." khairul menukar topik perbualan sebaik sahaja tidak melihat kelibat Adibah.
"dia tak macam kau, pelewat. dia dah datang awal. cuma dia tak nak tunggu kau. dia tunggu kita di library. dah dah jangan banyak cekadak. jom kita jumpa dia di library. sudah hampir 3 jam dia tunggu kau."
aku menggerakkan langkah sambil diekori khairul daripada belakang. mulutnya cuba mengatakan sesuatu. tetapi aku tidak mendengar kerana keadaan pada masa itu terlalu bising dan aku hanya menumpukan perjalanan aku ke perpustakaan.
aku, Adibah dan Khairul pergi ke perpustakaan ingin mencari maklumat tentang tugasaan yang diberikan oleh Pn. Bathrat. aku, Adibah dan Khairul ditempatkan dalam satu kumpulan. kami bertiga memang serasi bekerja dalam satu kumpulan. masing-masing sudah tahu perangai. mudah untuk berkerjasama.
aku dan Khairul terus menuju ke perustakaan. langkah dihayun dengan jelas dan pantas sambil diekori oleh khairul.

0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home