- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Jumaat, 14 November 2008

AsRuL & AiRuL: Imbau Kenangan silam

AsRuL & AiRuL: Imbau Kenangan silam


Masa cuti semester lepas aku dengan mak bapak aku pergi ke tempat masa aku main-main waktu kecil. Aku ni anak eset, waktu kecik aku duduk kat sana. Siapa kata duk kat sana xbest. Macam-macam boleh buat masa aku kecik. Banyak permainan, haiwan, tumbuhan yg boleh kita tahu. Hhuhu...best tau.. ye lah setiap orang ada pengalaman masa kecik kan. Tapi bagi aku, aku beruntung dibesarkan kat estet dan aku berpindah kebandar masa umo aku 11 thn. Sedih gak nk kene pindah masa tu, tapi nk wat cam ne kene pindah gak sebab kawansan estet itu nk kene tolak dan dibangunkan sebagai bandar baru.



Tapi masa aku pergi, tak di tolak2 pon. Dah hampir 10 thn aku pindah tapi masih ada rumah2 tu. Tapi ada gak rumah yg dirobohkan dan masih kekal. Masa aku dlm perjalanan tu, mmg aku masih cam lagi jalan dia, tapi dah bersemak samun dan banyak rumput. Teringat jln yg dulu aku selalu lalu masa pegi sekolah. Aku dok kat ladang timur mount austin tapi sekolah kat kg maju jaya. Masa tu dak2 kat situ Cuma p 2 sekolah je. Aku kene kat kg maju jaya dan ada yg p kat johor jaya 1. cite balik masa aku main2 ek.. ermm banyak permainan aku main masa kecik, belon acah (ada org ckp galah ), baling tin, gasing, guli, wau, layang2, lastik burung, kutip buah getah, masak buah kelapa sawit, bola sepak, bola rondes, main sembunyi ibu, main hantu2, dan main game tapi game biasa2 je sebab sederhana je kehidupan aku dgn kwn2 masa tu. Banyk sangt pemainan nk kene ingat sbb dh lama benda itu berlaku tapi kalau ingat sikit2 tu boleh lah. Hehehe...

Best sngt..



Masa mak bapak aku keje dan aku dgn adik aku masih keje, aku aku p sekolah. Aku ditempatkan dikombomg. Pelikkan bunyinya..huhu kombong tu namanya tempat penjagaan kanak2 kecil sewaktu org tua p kerja. Tapi kombong tu aku tak tau lah bahsa apa.huhu.. masa kecik2 aku main pondok2 di kwasan blkng umah. Blkng umah tu ada anak pokok kelapa sawit yang tak tinggi sangat rendang je. Kita org buat pondok kat sana buat dengan pelepah kelapa sawit. Masak betul2 plak tu..huhu.. tapi xmakanlah..ahaks.. tapi kwn2 kau ajar aku masak buah kelapa sawit n panggang buah tu. Bila makan sedap rasanya..hhuh kene cuba tau.. lagi satu anak benih pokok kelapa dia punya punca akar bawah di boleh makan bila dipecahkan. Sedap gak..uhuhu..



masa cuti sekolah aku kecik2 dh keje dh dgn kwn2.. first aku keje maybe masa cuti darjah 2, masa tu aku ikut mak n mak cik aku noreh getah pasti ikut bapak aku kumpul buah kelapa sawit. Huhu.. best giler la. Nyamuk bnyk tapi dah biasa. Nama pon budak estet kalau takut nyamuk bukan hero namanya. Mcm biasalah ada ayam n binatang2 lain yg biasa ada kat kg n tempat lain. Tapi aku nk kongsi binatang yg kornag mgkin xpenah jumpa. Bintang tetakun.. nak kata kucing tapi bukan, nk kata mcm arnab tak juga. Tapi manja giler. Dulu aku beli satu, dia manja mcm kucing lah. Ada lagi satu binatang, masa aku nk bakar smpah kat belakang umah, aku terpijak sesuatu, sekali aku tengok buaya.. aku jerit kuat2 pastu lari masuk umah. Tapi pelik kan buaya leh ada kat darat. Pastu aku panggil adk aku dgn abg angkt aku n tunjukkan kat dia org pasal buaya tu. Sekali abg aku ckp tu bukan buaya tapi biawak. Bayangkan biawak sebesar buaya siapa yg tak terperanjat bila dia ada kat kaki..huhuh...ngerinya

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky