- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Sabtu, 21 Februari 2009

Buku Harian Asrul 4

Teman Sejati penghibur duka

Amir hanya diam tetapi tangisan dan deraian air matanya telah berhenti. Mungkin dia telah menerima keadaan sebenarnya. Kehidupan perlu diteruskan walaupun pahit. Ketiadaan orang tua yang amat menyayanginya selama ini harus menjadikannya lebih tabah dan berani. Apa pun yang terjadi, Amir ada kami semua, sahabat-sahabatnya yang selalu bersama walau suka dan duka, Amir ada aku, Adam, Adanan dan Cikgu Amran. Itu yang penting. Setelah hampir dua puluh lima minit dalam perjalanan ke rumah Amir daripada sekolah, akhirnya kami sampai dirumah bunglow Dato’ Amri. Keadaan jalan tidak sesak ketika dalam perjalanan pulang dek kerana banyak kenderaan telah sampai ke destinasinya. Mana tidaknya, dalam waktu 10 pagi ramai yang telah sampai dan masuk ke tempat kerja masing-masing. Kebiasaannya seawal 7 pagi, dari rumah Amir ke sekolah mengambil masa hampir 40 minit kerana banyak kenderaan dan menjadikan jalan raya pada waktu itu sesak. Kami disambut oleh Bibik Omah iaitu orang gaji Amir dan telah lama berkhidmat dengan keluarga Amir semenjak Amir kecil lagi. Keadaan Bibik Omah yang agak sedih menampakan kesenyuman walaupun dibuat-buat. Langakh yang diatur menuju ke arah Amir sedik sebanyak memberikan gambaran yang kurang enak. Bibirnya di kemam dan matanya bersinar-sinar seolah-olah menahan air matanya daripada berjurai. Bibik Omah kemudiannya menangis sebaik sahaja melihat raut wajah duka Amir lalu memeluk Amir. Bibik Omah bukan sahaja orang gaji bagi Amir sekeluarga tetapi orang yang selama ini mengasuh Amir daripada kecil sehingga dewasa. Bibik Omahlah yang menjadi ibu kedua bagi Amir setelah Datin Zainab.

Keluarga Amir tidak menggangap Bibik Omah sebagai orang gaji tetapi telah dianggap sebagai salah satu anggota keluarga Amir. Aku, Adam, dan Adnan juga mengenali Bibik Omah dengan rapat sejak kami berusia 8 tahun. Mana tidaknya, kami semasa kecil kerap bermain di rumah Amir kerana di rumahnya mempunyai sebuah pondok yang selalu kami jadikan sebagai tempat bermain. Walaupun sudah hampir 10 tahun pondok itu tidak digunakan oleh kami untuk bermain, ia masih kekal berada disitu. Keadaan pondok itu seakan-akan baru. Walau pun usia semakin meningkat, tetapi kenangan yang indah tidak akan dihapuskan dengan sia-sia. Aku, Adam, Amir dan Adanan menjaga pondok itu, memperbaiki kerosakan dek terkena panasnya mentari dan hujan yang bersilih ganti. Warnanya yang pudar akan dicat semula. Susun atur barangan dalam pondok itu tidak diubah kerana tidak mahu meninggalkan kenangan yang amat indah. Foto album kami berempat tersemat dan digantung pada dinding pondok tersebut. Hiasan dalamnya diserikan dengan keadaan meja, kerusi dan langsir yang ringkas dan menarik. Pondok itu kami perbesarkan kerana bentuk badan kami pun semakin meningkat. Selain pondok itu menjadi kenangan terindah dalam hidup aku dan rakan-rakan, tertapi pondok itu juga hampir mengundang bencana.

Pernah sekali Dato Amri hendak merobohkan pondok itu tetapi Amir menghalang. Amir menganggap pondok itu adalah kenangannya dengan rakan-rakannya, malah pondok itu adalah hasil buatan Dato Amri sendiri. Dia tidak mahu menghilangkan kenangan yang sangat indah bersama orang yang tersayang. Sungguh terharu aku mendengarnya ketika itu.

Bik dah tahu cerita tentang Dato dan Datin” tanya Adanan kepada Bibik Omah. Sambil mengalas beg amir dibahunya. Matanya memandang tepat ke wajah tua Bibik Omah. Terlihat jelas kehodohan Bibik Omah menangis. Suaranya ada kalanya dengar dan tenggelam.

Udah, bibik udah tahu. Kesian dengan Amir ya. Bibik kaget dengar berita itu. Tapi kata pak polis yang baru saja datang tadi belum ada lagi berita apa-apa tentang Dato dan Datin. Cuma dia bilang mereka masih hilang dan belum ditemui lagi” sambung Bibik Omah sambil mengesatkan air matanya. Langkah diatur menuju ke ruang tamu.

Cikgu rasa masih ada harapan tak, untuk kita mengharap mak bapa Amir itu selamat” tanya Adam. Pertanyaan adam sekali lagi membuatkan hati Amir tertanya dan berdebar-debar menunggu jawapan daripada cikgu Amran.

Susah untuk cikgu membuat andaian buat masa sekarang. Tapi kebanyakan kes seperti ini selalunya mangsa yang berada di dalam kapal terbang semuanya meninggal, sama ada ditempat kejadian atau pun dalam perjalanan ke hospital. Apatah lagi dalam kes seperti ini, kapal terbang yang terhempas bermula pada ketinggian beribu kaki dari aras laut. Susah untuk cikgu membuat keimpulannya” jelas Cikgu Amran dengan nada yang serba salah. Cikgu Amran perlu menyatakan realiti keadaan sebenar supaya Amir tidak memberikan harapan yang terlalu tinggi.

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu dari mulut Cikgu Amran, Amir hilang harapan untuk bertemu kedua ibu bapanya. Raut wajahnya turut berubah. Berubah seperti mentari yang memancar terik bertukar mendung. Cuaca yang tidak menentu membuatkan resah dihati Amir. Keadaan cuaca akan menyukarkan proses menyelamat dilakukan untuk mencari ibu dan bapanya jika mereka masih lagi hidup.

Amir, cikgu cakap seperti ini supaya kamu tidak memberikan harapan yang tinggi untuk bertemu dengan orang tua kamu. Kamu harus tabah Amir” Cikgu Amran cuba meyakinkan Amir sekali lagi. Wajahnya sekali lagi menampakkan serba salah. Nadanya mula menurun dan matanya mula bersinar-sinar.

Kami sebagai sahabat kau, nak yang terbaik untuk kau. Jadi jangan macam ni ya” aku mula menyampuk sambil menyandarkan diri sofa. Badan ini terasa letih dek kerana lewat tidur tadi malam.

Amir mula bersuara, ”baiklah, aku akan cuba. Tapi aku perlukan masa untuk semua ini. Dan aku sangat terkejut” Amir mneyandarkan badanynya didinding sambil diperhatikan oleh Adanan yang berada di sebelahnya. Tangan Adanan mengusap-usap bahu Amir sambil mengeluarkan kata-kata semangat.

Memang patut pun kau nak bersedih. Kau nak nangis sekarang nangislah puas-puas. Nanti bila dah puas, aku tak nak dengar atau lihat kau menangis lagi” Adanan mula bersuara. Adanan memang bersikap agak tegas, aku senang dengan sikap Adanan. Ketegasan dia membuatkan kami semua semakin rapat. Masing-masing mempunyai karekter masing-masing dan kami saling melengkapi. Inilah dinamakan sahabat kala suka dan duka. Adanan tegas tetapi sebenarnnya dia seorang yang baik hati.

Bual-bual juga bibik lupa, nak hidangkan air. Kejap ya bibik ke dapur” bibik melihat dan mendengar perbualan kami. Keadaan bibik yang telah tua kadang-kala lupa akan sesuatu perkara. Tetapi telatahnya membuatkan Amir masih lagi boleh tersenyum. Aku tidak sangup jika kesedihan ini semakin panjang berlarutan. Aku tidak dapat mengembalikan insan yang disayangi itu, tetapi aku boleh memberikan senyuman dan mengantikan orang yang disayang walaupun sukar dan mengambil masa. Aku sayang akan semua sahabat-sahabat aku, tanpa mereka mungkin aku telah tiada lagi. Mereka bukan sahaja sahabat, tetapi juga cinta aku. Cinta seorang sahabat yang sukar dicari ganti. Bertuah aku memiliki sahabat seperti mereka. Walau ke ceruk mana aku berada, bayang dan kata-kata mereka selalu mengiringi langkah aku. Aku ingin memainkan peranan sebagai seorang sahabat sejati. Aku tidak mahu, berita kehilangan ibu bapa Amir akan menjejaskan prestasinya dalam pelajaran. Tahun ini adalah tahun penting untuk kami. SPM adalah visi utama. Perjanjian untuk masuk ke universiti masih lagi dipegang dan harus ditepati.

Tak payahlah bik. Lagipun saya dah nak balik ke sekolah semula. Masih ada kerja sikit. Asrul, Adam dan Adanan kamu biarlah di sini temankan Amir” Cikgu Amran membalas. Khayalan aku terhenti seketika.

Yes Bos. Berita faham” kami menjawab dengan serentak. Amir dan bibik mula mengukir senyuman yang kami harapkan daripada mereka. Dengan senyumanlah dapat mengubat luka yang belum kering lagi itu.

Cikgu Amran terpaksa bergegas pulang ke sekolah kerana masih ada urusan ynag belum diselesaikan lagi. Dia membenarkan aku, Adam dan Adanan menemani Amir pada hari itu. Memang itulah yang diamanahkan oleh pengetua sewaktu dibawa ke rumah Amir. Sebagai rakan karibnya, aku akan berusaha melakukkan yang terbaik demi kebaikan Amir dan Bibik supaya peristiwa itu tidak menghantui dirinya lagi. Walaupun semuanya belum pasti lagi, sama ada ibu bapa Amir masih hidup ataupun sebaliknya tetapi kami berusaha untuk membantu Amir supaya menerima semua kemungkinan yang akan berlaku. Kami tidak mahu Amir akan bertambah kecewa dan mengharap akan kepulangan orang tuanya. Itu sahaja yang kami lakukan.

Amir pernah mengalami nasib yang sama apabila datuk dan neneknya terlibat dalam kemalangan jalan raya 2 tahun lalu. Amir amat sayang akan datuk dan neneknya, setelah kehilangan datuk dan neneknya, Amir menjadi seorang yang sangat menyedihkan dan menakutkan. Dia tidak boleh menerima kenyataan berita kematiaan datuk dan neneknya. Sukar untuknya menerima kenyataan. Itu yang aku takutkan jika perkara yang sama berlaku kepada Amir. Sewaktu kematian datuk dan neneknya, ibu bapanyalah yang menjadi penguat semangat Amir. Tetapi kini, kalau bukan aku, Cikgu Amran, Bibik Omah dan rakan-rakan, siapa lagi yang akan membantu menaikkan semangat Amir. Aku tidak sangup melihat semuanya berlalu bergitu sahaja. Bak kata pepatah ’mencegah lebih baik daripada menguatinya’. Dalam hal ini peranan aku dan yang lain-lain amat bererti dalam hidup Amir. Aku dapat rasakan bagaimana rasanya apabila kita kehilangan orang yang tersayang.

Sebaik sahaja Cikgu Amran pulang balik ke sekolah, Bibik Omah terus ke dapur menyediakan makan tengah hari untuk kami berempat. Sementara Bibik Omah menyediakan makanan, kami bersembang-sembang dan berehat melupakan perkara yang berlaku tadi pagi. Sambil berbual-bual, Adam mengajak kami menonton CD ceramah terbaru Ustaz Akhil Hayy. Seronok juga mendengar ceramah ini, boleh hilangkan tekanan dan masalah. Kami berempat begitu seronok mendengar. Sungguh aku tidak menduga Amir yang tadinya menangis teresak-esak kini kembali seperti Amir yang aku kenal. Seorang yang tabah, ceria dan kelakar orangnya. Sebenarnya di rumah Amirlah tempat kami menonton CD atau DVD baru jika salah satu antara kami yang membelinya. Memang sudah menjadi hobi kami menonton CD atau DVD dan menghabiskan masa bersama.

Bila masa kau beli CD ceramah ni, tak nampak pun kau pergi beli” tanya aku kepada Adanan.

CD ni bukan aku beli, tapi Cikgu Amran yang bagi tadi, memanglah kamu semua tak nampak. Masa kat dalam kereta tadi aku duduk kat depan. kamu bertiga duduk kat belakang sampai tak perasaan”. Balas Adanan dengan sinisnya.

Ooo... macam tu. Betul cakap kau Nan, Cikgu Amran memang banyak cerita-cerita macam ni. Aku pernah nampak banyak CD kat umah dia” Sampu Amir sambil tangannya membelek-belek CD dan DVD di rak televisyen.

Apa tajuk ceramah Ustaz Akhil yang cikgu Amran bagi ni Nan?” aku mula bersuara sambil membelek bekas cakera padat Ustaz Akhil Hayy.

Entah. Kau tengok je lah. Tapi yang pasti ada kaitan dengan doa seorang anak kepada orang tuanya” Adanan membalas sambil membaringkan badannya pada lantai yang di alas dengan karpet biru tua. Sungguh nyaman berada di rumah Amir dengan adanya alat penghawa dingin membuatkan aku turut membaringkan badan. Keringat yang dibasahi mentari semakin keriang dek kesejukan yang dirasa.

Kau orang ni, banyak cekadaklah,. Dengar jelah ceramah ni. Aku tengah tengok ni. Potong stim lah” Adam mula bersuara setelah lama berdiam diri kerana terlalu khusyuk melihat CD. Adam memang suka tengok CD ceramah Akhir Hayy dah memang hobi dia kalau nak dibandingkan antara kami berempat. Gelagat Adam itu membuatkan aku dan Adanan ketawa seketika. Namun tiada ukiran senyuman di wajah Amir. Amir hanya memerhati gelagat kami.

Tiada ukiran senyuman pada wajah Amir. Aku harap dengan ceramah daripada ustaz akhil hayy dapat memberikan sedikit sebanyak motivasi kepada Amir. Kebetulan tajuk ceramah ada kaitan dengan doa seorang anak. Aku harap Amir dengar dan dapat memotivasikan cermah yang didengar. Memang itu tujuan cikgu Amran memberikan CD ceramah itu kepada Adanan. Sungguh mengambil berat cikgu Amran kepada masalah yang dihadapi oleh anak didiknya.

Aku ingat lagi sewaktu Adanan menghadapi masalah yang tidak kurang hebatnya. Adanan hampir putus asa sewaktu diputuskan oleh teman wanitanya, Aisyah. Adanan dan Aisyah telah mula bercinta sewaktu berada dalam tingkatan 2 lagi iaitu kira-kira hampir tiga tahun lepas. Adanan banyak menceritakan tentang Aisyah kepada aku, Adam dan Amir. Betapa cintanya dia kepada Aisyah. Namun, hubungan percintaan mereka tidak lama dan menemui kehancuran apabila Aisyah berkenalan dengan seseorang yang bernama, Putera. Aisyah berkenalan dengan Putera dalam satu kem motovasi antara Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru. Namun, perkenalan mereka mula membuahkan sesuatu hubugan percintaan tanpa pengetahuan Adanan.

Adanan dapat merasakan perubahan yang berlaku ke atas diri Aisyah dan meminta Aisyah berterus terang. Ketika itu, aku terdengar perbualan mereka.

awak, saya nak kepastian” Adanan cuba meminta penjelasan daripada Aisyah.
apa awak cakap ni?” Aisyah cuba mengelak.
siapa putera?
putera!! Kawan. Kenapa? Aisyah cuba mengelak sekali lagi. Kelihatan wajahnya berkerut tanda kegusaran.

saya dah tahu semuanya. Bukan saya sahaja yang tahu, kawan-kawan lain dah tahu” Balas Adanan.

maksud awak?” Aisyah cuba menyembunyikan hubungannya dengan putera.

saya dapat rasakan awak dah berubah. Tak macam dahulu. Saya dapat rasakan awak dah ada lelaki lain. Saya nak kejujuran daripada awak. Dari dahulu lagi prinsip percintaan saya ada 3 k iaitu kepercayaan, kejujuran dan keikhlasan. Sekarang saya nak awak jujur dengan saya. Betul atau tidak awak ada hubungan dengan lelaki bernama putera?” Adanan mula meluahkan segala yang terpendam selama ini.

Lama Aisyah mendiamkan diri. Seolah-olah lidahya kelu untuk berbicara. Aisyah tidak mahu menghancurkan hati Adanan tapi hati dan cintanya telah berubah arah.

awak, saya minta maaf. Hati saya bukan untuk awak lagi. Saya harap awak faham. Saya minta maaf” Aisyah memberanikan diri untuk berlaku jujur walaupun pahit untuk diterima oleh adanan.

maksud awak? Awak nak putuskan hubungan kita?” Adanan meminta kepastian.

“kalau itu jalan yang terbaik, saya minta maaf.” Aisyah terus beredar dari situ. Adanan terdiam terpaku tanpa seribu bahasa. Hatinya seolah-olah hancur. Hubungan yang dijaga selama tiga tahun bersama Aisyah akhirnya musnah dalam sekelip mata. Adanan terduduk di atas lantai dan membatukan badannya.

Aku yang memerhatikan gelagat Adanan dan Aisyah dibalik sudut blok terus menuju ke arah Adanan dan melihat wajahyan yang penih rasa sayu. Keadaan Adanan ketika itu sama seperti Amir sekarang ini. Kehilangan orang yang amat disayangi memang amat pahit untuk ditelan. Hempedu yang dirasakan akhirnya setelah madu diberikan. Tetapi setelah mendapatkan nasihat dariapda aku, Amir dan Adam ketika itu, Adanan menjadi tabah dan lebih berani menghadapi cabaran. Aku mengharapkan, keberania dan ketabahan yang ada pada Adanan berpindah kepada Amir. Amir perlukan seseorang untuk dia mengisi kesedihan. Sebab itulah, aku, Adam dan Adanan sentiasa menemani Amir dan menerimanya seadanya.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky