- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Selasa, 10 Mac 2009

Intan Suraya 16

Intan Suraya 16

Kesejukkan angin malam membuatkan tubuh aku kedinginan. Nasib baik baju sejuk yang aku beli di Reject Shop dapat memanaskan kedinginan malam. Aku menungang motosikal lebih laju daripada biasa. Aku berjanji dengan Intan pukul 10 malam, tetapi apabila aku melihat jam di 

pergelangan tangan kiri aku, waktu sudah melebihi daripada masa yang dijanjikan.

Mungkin Intan sudah menunggu lama” benakku sendirian.

 

Kepenatan keluar tadi petang, hilang dengan serta merta apabila Intan mengajak aku keluar. Mungkin ada sesuatu yang penting yang ingin disampaikan olehnya. Aku cuba memikirkan maksud yang terserat. Sukar untuk aku mengerti sikap seorang wanita. Penuh dengan tanda tanya dan persoalan.

Intan...Intan...” aku tertawa sendirian.

Setelah beberapa minit menunggang motosikal, sampai ditempat yang dijanjikan. Aku melihat sosok tubuh Intan di satu ruang meja. Kelihatan wajahnya muram dan sedih. Apakah ada maksud disebaliknya. Aku mencari bayangan jawapan dalam terang. Hanya bayangan lampu neon aku harapkan. Tapi dibalik wajah itu, tiada bayangan yang aku dapat gambarkan. Mungkinkah ini suatu petanda yang buruk atau sebaliknya.

Apa yang aku fikirkan ini. Tolonglah aku ya tuhan. Jangan ada bala yang menimpa di antara hubungan yang belum lagi mekar” benak aku sekali lagi membuatkan riak wajah aku menerima tekanan. Namun aku belagak seperti tiada apa yang terjadi. Entah dimana harus aku mula. Langkah kanan atau ke kiri, ucap apa perlu aku ujarkan. Apakah dengan senyuman atau salam mesra. Aku keliru apabila berhadapan dengan insan ini, insan yang bernama Intan Suraya.

Dengan tekad aku meneruskan langkah menuju ke mejanya. Dari jahu ternyata mata sudah memerhatikan aku. Gelagat aku yang kadang-kala melucukan membuatkan aku merasa diri ini lucun. Aku bersikap sebegini hanya apabila hendak berhadapan dengannya. Kalau orang lain, perkara yang berlainan akan aku rasakan. Dengan adibah aku tidak merasakan perasaan seperti ini kerana aku menganggap adibah hanya sebatas kawan dan teman baik aku.

Akhrinya langkah aku terhenti dan betul-betul aku berdiri terpacak dihadapan Intan.

Assalamualaikum. Maaf saya datang lambat. Dah lama awak sampai?” tanya aku dengan perasaan serba salah.

Waalaikumusalam, sudah. Saya sudah berada disini sewaktu saya SMS awak tadi. Tak mengapa saya tak marahkan awak” jelas Intan dengan nada yang tenang. Wajahnya tidak terlepas dariapda rasa sedih dan seakan-akan ada perkara yang cuba disembunyikan dan diberitahu.

Tadi petang saya temankan nenek dan adik pergi Mall. Adik nak beli barang, saya ajak nenek sebab kami dah lama tak keluar bersama-sama. Tengok wayang sekali, seronok sangat. Balik dan sampai rumah dalam pukul 8 lebih tadi” aku sengaja menceritakan apa yang aku buatpada hari ini kerana aku tak tahu nak tanya apa. Intan seakan-akan faham dengan maksud aku.

Mesti awak penah kan? Maaf saya ajak awak keluar. Sebab sebenarnya ada sesuatu yang saya ingin beritahu awak.”Intan mula berbicara dengan nada yang serius.

Kita bincang nanti ya. Apa-apa pun kita makan dahulu.” aku membatalkan niat Intan dari terus berbicara kerana aku khwatir ada sesuatu perkara yang buruk akan dia cakapkan.

Adik, order adik” aku mengangkat tangan sambil memanggil pelayan restoran.

Awak nak makan apa?” sambung aku lagi.

Saya minum sajalah. Tak ada mood nak makan.

Ermm..tak apa saya order untuk awak ok” aku mahu Intan ada ruang untuk happy dan bergembira. Tetapi keadaan dia malam ini berlainan.

Adik, bagi saya Nasi Goreng Cili Api ,Nasi Goreng Ladna, dan 2 teh Ais. Itu saja

Ok. Terima kasih bang” balas pelayan itu. 

Awak tahu-tahu saja saya kegemaran saya apa. Mana awak tahu ni?" Jeling Intan sambil mengukirkan senyuman akhirnya.

Saya bukan sahaja tahu awak suka makan dan minum apa, malah segala-galanya saya tahu. Saya sudah buat research, untuk buat tesis saya nanti” aku sengaja bergurau denganta. Dan akhirnya kami sama-sama ketawa.

Kalau awak tahu tentang saya, boleh saya teka dan uji awak?” tanya Intan.

Silakan wahai tuan puteri

Tarikh lahir saya bila?

04 Oktober 1987, Senang je tu. Tak ada soalan yang mencabar minda ke?” aku lihat dia mula mengukir senyuman dan dia jelas telah kembali ke keadaan asal seperti Intan yang aku kenal selama ini.

Ok. Saya akan tanya soalan yang tak mungkin awak dapat jawab.

Silakan

Saya pernah mengalami kemalangan, bila dan bagaimanakah keadaan saya ketika itu?” tanya Intan dengan nada yang serius. Tidak mungkin aku tahu jawapannya. Aku dapat maklumat tentang Intan daripada teman-temannya dan temanya tak ada pula bagitahu Intan pernah kemalangan jalan raya.

Alamak maaf saya tak tahu pula.Intan tertawa. Ketika melihat intan tertawa, resah dan gundah dalam hati aku mula terubat. Aku seolah-olah menantikan kehadiran cinta dan impian seperti ini.

Sedang asyik kami makan bersama dan sambil bersembang, telefon bimbit aku berderiang. Tertera nama Khairul.

Kenapa Khai telefon aku malam-malam ni? Malas pula nak jawab” benak aku di dalam hati.

Siapa telefon tu?” tanya Intan sambil matanya menuju tepat ke arah telefon bimbit aku.

Khairul. Entah apa malam-malam dia nak.” balas aku dengan nada yang malas untuk berkata.

Jawablah panggilannya. Mungkin ada hal yang mustahak.

Baiklah” aku mengangkat panggilan Khairul walaupun aku tahu ada kalanya dia menelefon dan hanya mahu berbual-bual kosong. Tidak penting sungguh. Pelik aku dengan perangai Khairul, teman sekelas aku dan juga kawan baik aku. Walaupun kami telah berkenalan bertahun lamanya, tetapi sikapnya sukar untuk diduga.

Hello...aku ni, ada apa Khai?

Kau matikan handphone ko ker? Aku telefon banyak kali tak dapat. Dib masuk hospital. Aku kat hospital sekarang ni. Cepat datang.” kedengaran lantang suara Khairul sewaktu perbualan di dalam telefon sehingga Intan seakan-akan terdengar. Dari raut wajahnya aku yakin di dengar perbualan aku dengan Khairul. Masa kan tidak, dia terkejut apabila terdengar Adibah masuk hospital.

Ya Allah. Macam mana boleh jadi macam tu. Ok aku datang sekarang. Kau tunggu aku.” aku mematikan telefon bimbit. Aku rasa serba salah dengan tindakan ini, sama ada mahu mensia-siakan makan malam aku bersama Intan, atau aku bergegas ke hospital. Ya Tuhan, apa harus aku lakukan. Aku duduk dan bersandar kepada kerusi. Aku terdiam seketika.

Kenapa awak duduk dan tak pergi ke hospital?” tanya Intan. Pertanyaan intan membuatkan aku berasa yakin yang dia mendengar perbualan kami sebentar tadi.

Awak pergilah, saya tak kisah. Lagi pun saya nak balik selepas ini. Cepat lah. Nanti tiba di hospital telefon saya ya. Saya tunggu panggilan awak.” sambungnya lagi.

Aku memandang tepat ke arah Intan dengan rasa penuh serba salah. Tetapi kalau itu yang dikatakan, aku turuti sahaja.

Terima kasih awak, kerana faham keadaan saya. Saya akan telefon awak dan beritahu perkembangan Adibah ya.” aku terus bangun dan bergeges ke tempat letak motosikal. Lalu pergi meninggalkan Intan seorang diri. Berat untuk aku melangkah, tetapi aku tahu Intan faham situasi dan keadaan aku.

 

 


0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky