- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Ahad, 18 Januari 2009

Intan Suraya 8

aku duduk di satu sudut yang paling hujung dengan membawa beberapa buah buku. dihadapan aku, khairul sedang membelek buku sambil tangan kirinya membetulkan kaca mata berbingkai hitamnya itu. Adibah pula sedang asyik membaca beberapa artikel sambil mendengar lagu daripada ipod. aku pula asyik memerhatikan gelagat mereka sambil mencari ruangan insaniah dalam majalah unversiti. mencari info tentang tempat kajian yang akan dilakukan.

"man, cuba kau pandang belakang. tengok siapa yang datang" khairul dengan wajah sedikit tersenyum memberikan aku beberapa isyarat mimik mukanya. namun aku tidak mengerti.

aku menoleh dan terlihat Intan Suraya menuju ke arah meja tempat kami duduk. aku senyum dan dia membalas senyuman itu. langkahnya terhenti betul-betul dihadapan aku. di tarik kerusi kemudian dia duduk. aku, Adibah dan Khairul sedikit terperanjat.

"assalamualaikum semua" intan bersuara.

"waalaikumusalam" aku, Adibah dan Khairul menjawab dengan serentak.

"maaf kalau saya mengganggu. sebenarnya saya ingin mengucapkan terima kasih kerana awk telah menemankan saya tempoh hari" matanya memandang tepat ke arah aku. wajahnya sedikit sebanyak membuatkan aku menundukkan kepala.

"itu soal kecil saja. asalkan awak selamat itu dah menjadi kewajiban saya. insyaAllah kalau ada apa-apa yang boleh saya tolong, saya akan tolong jika kena dengan tempatnya." aku membalas walaupun aku gagahkan diri.

"baiklah, awak memang lelaki yang baik. terima kasih banyak. saya perlu pergi sekarang. saya ada kelas selepas ini. ada masa kita berbual lagi. insyaAllah. assalamualaikum"

intan segera pergi. Adibah hanya dia membisu. mungkin masih dalam keadaan terkejut.
lalu dia mula bersuara.

"itukah intan suraya yang kau maksudkan?"

"dialah intan suraya yang membuatkan kawan kita ini tidak keruan" khairul menyindir aku.

"mana ada. kau ni khai saja nak buat aku malu" aku menafikan.

"lawa juga. tapi dia tak sesuai untuk kau." Adibah cuba menidakkan perasaanya dengan kehadiran insan baru dalam hidup aku. aku telah lama mengetahui, Adibah ada hati dengan aku. tetapi aku hanya menganggapnya sebagai seorang kawan dan adik, tidak lebih dari itu.

dalam keadaan seperti ini banyak sangat mainan perasaan. aku tidak mengerti dengan mainan hati ini. sedikit sebanyak menggangu aku dengan kehidupan aku. aku banyak berfikir antara sahabat dengan percintaan. namun,aku belum lagi meluahkan perasaan aku kepadanya dan intan tidak menyatakan cintanya kepada aku. semuanya masih menjadi tanda tanya.

hati kecil aku berkata, intan adalah insan yang aku cari selama ini dan aku akan berusaha untuk mendapatkanyan. itu adalah impian aku. namun, walaupun aku di tolak, sekurang-kurangnya aku bisa melihat wajahnya dan bersamanya. cukup hanya sekadar kawan. itu sudah memadai bagi aku.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky