- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Khamis, 20 Mac 2008

kaulah sahabat, kawan dan kekasih

Adam ialah seorang lelaki yang sederhana dan boleh dikatakan kacak juga. Tapi dia seorang yang baik, dan suka menolong kawan, penyayang, dan suka menyimpan perasaan. Pendiriannya, biarlah dia sengsara asalkan kawannya gembira. Persahabatan baginya adalah satu ikatan yang indah dan tak akan pernah dia lupakan walaupun jarak memisahkan mereka. Adam mempunyai dua orang kawan baik iaitu Syafik dan Zack. Mereka memang sudah kenal dari kecil lagi. Mereka bertiga ini kalau hendak ke mana-mana mesti bersama-sama., tetapi telah terpisah setelah ketiga-tiganya belajar di universiti yang berbeza.

Syafik seorang yang panas baran dan suka bertindak melulu. Namun dalam panas barannya itu dia seorang yang setia akan kawannya dan sentiasa mengambil berat terhadap kawan yang lain. Malah, pernah satu hari ketika Adam terlibat dalam sebuah kemalangan, Syafik merupakan orang pertama yang risau dan gusar kerana memikirkan keselamatan Adam. Zack pula ialah seorang pelajar yang pintar dan sahabat yang suka menolong orang lain. Zack juga panas baran cepat marah. Syafik dan Zack seringkali bertelagah dan Adam sering menjadi orang tengah. Persahabatan mereka bertiga saling melengkapi antara satu sama lain. Betul kata orang, kita saling memerlukan dan perlu tolong-menolong antara satu sama lain.

Krisis persahabatan mereka bermula apabila Zack dan Syafik menyukai perempuan yang sama, iaitu Nana. Namun Nana telah menyukai Adam dalam diam-diam. Nana seorang perempuan yang cantik dan pintar. Gayanya boleh membuatkan banyak lelaki cair. Dia memang cukup sempurna untuk menjadi wanita Melayu terakhir, pandai dalam segala hal, pandai memasak, rajin, suka menolong orang, tidak sombong, dan paling penting pandai menjaga diri. Sifat-sifat inilah yang membuatkan pelajar di sekolah meminati Nana. Walau bagaimanapun, Nana lebih tertarik kepada Adam. Bagaimanakah Nana boleh suka akan Adam?. Dalam banyak-banyak lelaki kenapa Nana pilih Adam?

Nana dan Adam ialah kawan rapat sejak di sekolah rendah lagi. Nana ialah rakan karib kepada Liza, iaitu bekas kekasih Adam. Nana menjadi perantara cinta antara Adam dengan Liza. dan Nanalah yang menjadi saksi hidup dan matinya cinta mereka berdua. Mungkin sudah takdir tuhan bahawa hubungan mereka tidak lama. Liza telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Kematian Liza sedikit sebanyak menjejaskan emosi Adam yang ketika itu berada dalam keadan tertekan. Liza dan Adam telah berjanji akan memasuki universiti yang sama dan mengikuti jurusan perubatan. Mereka telah merancang masa depan dengan sesempurna mungkin.

“Adam berjanji kepada Liza, kita tetap akan bersama-sama untuk selamanya. Hanya maut yang dapat memisahkan kita.” romantik sungguh kata-kata Adam ketika itu.
Kicauan burung dan bayu angin yang dingin menambahkan keindahan suasana. Mereka memang mengimpikan suasana seperti itu.
“Baiklah, Liza berjanji hanya maut yang dapat memisahkan kita. Cuma satu saja yang Liza minta pada Adam, jangan cakap tentang mati dan maut lagi” Liza berasa kata-kata itu akan mengubah suasana menjadi suram. Kegembiraan tadi bertukar resah jika memikirkan mereka akan tepisah suatu hari nanti. Namun semua itu takdir Ilahi, tiada siapa yang mampu mengubahnya.

Adam bukannya seorang budak yang kurang ajar, tetapi pernah sekali Adam telefon ke rumah Liza dan dia tersasul dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
“Hello, Liza ada tak?” Adam memulakan perbualan sewaktu menelefon ke rumah Liza.
“Ada, tapi siapa yang bercakap ni, kawan dia ke?” ibunya membalas kata-kata Adam.
Dengan nada yang selamba Adam menjawab, “yup, kawan dia.”
Sebaliknya ibunya berkata, “Awak ni Melayu ke orang putih? Berilah salam dahulu.”
Adam memang marah sangat pada masa itu, tetapi perkara itu sudah terlanjur, apakah yang boleh dibuat lagi? Malah apabila perkara tersebut diceritakan kepada ayah Liza, Adam dilarang keras berkawan dengan Liza. Ini kali pertama panggilan tersebut merupakan panggilan daripada seorang lelaki untuk Liza di rumahnya. Mungkin Adam bernasib malang. Sejak dari hari itu, ibu bapa Liza menghalang pergaulan Liza dengan mana-mana lelaki termasuk Adam.

Walaupun mendapat halangan, hubungan Liza dan Adam berdua masih lagi akrab seperti dahulu, malah semakin intim. Pernah sekali Liza mentertawakan Adam kerana dimarahi ibunya. Perkara itu memang tidak boleh dilupakan oleh Liza kerana Adam seorang lelaki yang baik. Akrabnya hubungan mereka menyebabkan Liza terpaksa menipu ibu bapanya untuk keluar bersama-sama Adam. Tipu sunatlah katakan, tetapi pada masa yang sama perasaan serba salah selalu menyelubungi Liza dan Adam. Sebenarnya Liza pernah memohon keluar daripada ibunya untuk berjumpa dengan Adam, tetapi dilarang keras dan dia dikawal ketat semenjak hari itu.

Adam membuat temu janji dengan Liza. Seperti biasa Liza menunggu Adam di depan Perhentian Bas Carrefour. Memang di siitulah tempat perjumpaan mereka. Temu janji dibuat pada pukul 5.30 petang pada hari Ahad. Liza sukar mendapat kebenaran keluar kerana hubungan mereka berdua mendapat tentangan hebat daripada ayah dan ibunya Liza. Orang tua Liza seorang yang kuat agama dan mahu Liza berkawan dengan budak-budak masjid. Pernah sekali ayah Liza membawa anak temannya balik ke rumah dan memperkenalkannya kepada Liza. Lelaki itu baik dan alim, tetapi hati Liza tidak berkenan pada lelaki tersebut. Akhirnya, usaha ayahnya hancur berkecai begitu sahaja.

Hampir tiga jam Adam menunggu kedatangan Liza. Adam tetap menunggu, dan terus menunggu kedatangan Liza hingga larut malam.
“Liza dah lupa ke janji kita, Adam takut Liza tak datang.” Kata-kata itu selalu bermain dalam ingatan Adam ketika menunggu kehadiran kelibat Liza.
Lama juga Adam menunggu sehingga tertidur di atas tempat duduk Perhentian Bas akibat keletihan. Adam gagahkan diri menunggu beberapa jam lagi kerana yakin bahawa Liza akan datang, Liza tidak mungkin memungkiri janjinya. Hubungan Adam dan Liza kuat atas dasar saling percaya antara satu sama lain. Apa-apa sahaja yang dilakukan, dan ke mana sahaja mereka pergi pegangan itu tetap dituruti. Mereka berdua tidak perlu risau kerana saling percaya dan setia antara satu sama lain. Semasa Adam tertidur di Perhentian Bas, tiba-tiba telefon Adam berbunyi.

Menatap indahnya senyuman di wajahmu Membuatku terdiam dan terpaku Mengerti akan hadirnya cerita terindah Di saat kau peluk mesra tubuhku Banyak kata yang tak mampu Ku ucapkan kepada dirimu..

Ringtone handphone Adam berbunyi agak lama kerana dia telah terlelap.
“Hello, siapa ni?” Dengan nada yang tidak jelas, Adam menjawab panggilan telefon tersebut.
“Adam kat mana ni, cepat balik. Abah dah marah dan mak dah risau ni. Dah pukul 3.00 pagi ni. Balik cepat?” suara kakak Ila keras singgah ketelingga Adam.
Tanpa membuang masa lagi, Adam segera beredar dan balik kerumahnya. Yang Adam tahu, dia terlalu kepenatan dan mengantuk ketika itu. Penantiannya sia-sia. Hampir enam jam Adam menunggu kedatangan Liza tetapi bayangnya pun tidak kelihatan.
“Mungkin dia ada hal, sebab itu tak sempat nak mesej atau telefon.” Adam berfikiran positif ketika itu kerana tidak mahu berprasangka buruk terhadap Liza.

* * *

Tepat pukul 7.30 pagi hari Isnin, datang pengetua sekolah dengan wajah yang suram, Seperti ada sesuatu yang tidak enak. Adam cuba mencari sebab disebalik pengetua itu, namun gagal. Adam yakin mesti ada sesuatu yang berlaku.
“Kelas bangun, Assalamualaikum pengetua?” ketua kelas memberikan ucapan sambil berdiri. Semua pelajar dalam kelas bangun dan memberi salam kepada pengetua.
“Waalaikumusalam, duduk,” balas pengetua.
Setelah semua pelajar duduk, pengetua memulakan bicara, “Awak semua mungkin terkejut dengan kedatangan saya dalam kelas ini. Ada berita sedih yang ingin saya sampaikan, diharapkan kamu semua sabar dan tabah menerimanya. Adam terus memasang telinga mendengar perkara yang ingin disampaikan oleh pengetua.
“Sebenarnya seorang daripada rakan sekelas kamu ditimpa musibah malam tadi. Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya dan...,” kata-kata puan pengetua terhenti seketika.
Setelah beberapa saat membisu dia meneruskan kata-katanya, “Dan dia telah pergi buat selama-lamanya.”
Tiba-tiba jantung Adam berdenyut kencang. Dia mencari kelibat Liza di dalam kelas. Ternyata Liza tidak ada pada ketika itu. Adam mula memikirkan yang bukan-bukan.

Kebetulan, Atiqah juga tidak hadir ke sekolah. Barangkali rakan yang dimaksudkan itu ialah Atiqah, bukan Liza.
“Baiklah saya terus-terang saja. Sebenarnya Liza telah meninggal dunia awal pagi tadi dan dia akan dikebumikan sebelum tengah hari ini.” Sebaik-baik sahaja mendengar kata-kata pengetua, semua rakan memandang ke arah Adam. Adam terdiam dan terpaku seketika. Di dalam hati, Adam cuba menafikan kata-kata pengetua tersebut. Teman-teman rapat Liza mula menangis termasuk Nana.
Keadaan kelas yang tadinya ceria bertukar sedih. Suram telah menyelubungi suasana ketika itu. Malah, ada beberapa rakan sekelas yang tidak dapat menerima berita tersebut turut menafikannya seperti Adam.
“Tidak, tidak! Baru semalam kita berbual-bual dengannya, tak mungkin dia pergi begitu saja,” Nana yang merupakan rakan karib Liza bangun dan menafikan kata-kata pengetua.
“Saya faham perasaan awak semua, tetapi ini takdir dan awak perlu menerimanya. Adam terus bangun dan berlari ke luar sambil membawa begnya.
“Adam, Adam! Awak nak ke mana tu?” Pengetua bersuara keras kerana ingin cuba menghalangnya. Namun, ada tidak menghiraukan kata-kata pengetua itu. Adam menghampiri motosikal yang terletak di luar bilik darjah. Enjin dihidupkannya, topi keledar dikenakan pada kepala dan dia menuju ke rumah Liza. Tanpa berfikir panjang, rakan-rakan lain turut mengikuti jejak Adam.

Sampai saja di rumah Liza, Adam melulu masuk ke rumah. Namun dia dihalang oleh ibu dan ayah Liza. Malah, Adam dituduh menjadi punca kematian anaknya itu. Dia dicaci dan dihalau, malah dihalang daripada melihat wajah Liza buat kali terakhir. Adam terpaksa akur dengan kehendak ibu bapa Liza.

Seminggu Adam mendiamkan diri dan tidak lalu makan. Semuanya menjadi tidak teratur sejak kematian Liza. Adam mengambil keputusan untuk menghilangkan diri daripada tempat tersebut dan menetap bersama saudaranya di Perlis tanpa mengirimkan khabar berita kepada rakan-rakannya. Adam terus menyepi sehinggalah bertemu dengan Nana kembali setelah lama tidak bersua muka. Keakraban Adam dan Nana mula kian terjalin dan semakin akrab seperti waktu mereka berada di zaman persekolahan.

Persahabatan yang terjalin antara Nana dan Adam sekian lama telah membuatkan hati Nana terpikat akan Adam. Dia berasa Adam sesuai untuk dirinya. Setelah dia tahu Adam pernah terluka, dia mahu mengubati luka itu. Pada satu hari, Nana berjumpa dengan Adam dan menyatakan isi hatinya. Adam terkejut dan tidak dapat berkata apa-apa. Zack dan Syafik yang selama ini menaruh hati terhadap Nana mendapat tahu ada pesaing baharu antara mereka. Adam berasa serba salah. Zack dan Syafik memarahinya. Berkali-kali Adam menafikan bahawa dia mengasihi Nana. Akhirnya mereka bergaduh. Persahabatan yang selama ini terjalin goyah begitu sahaja. Adam menyalahkan dirinya atas perkara yang berlaku.

Adam sudah beberapa kali menerangkan perkara yang sebenarnya kepada Syafik dan Zack tetapi tidak berjaya. Pernah suatu hari, Adam berjumpa dengan Zack dan Syafik di sebuah restoran untuk menyelesaikan masalah tersebut, Syafik dan Zack saling memasamkan muka dan berpaling antara satu sama lain. Akhirnya pertemuan itu tidak berhasil, sebaliknya pergaduhan yang terjadi. Malunya, hanya Tuhan saja yang tahu. Adam tidak mahu pergaduhan itu berlanjutan dan dia cepat beredar dari restoran itu.

Rentetan daripada peristiwa itu, Adam pergi membawa diri jauh dari Johor Bahru, iaitu selama dua bulan. Boleh dikatakan sepanjang masa Adam tidak lekat di rumah. Seminggu di Muar, seminggu di Pontian, dan seminggu di Mersing. Dan ingin bersendirian buat sementara waktu untuk mencari ketenangan-ketenangan yang abadi. Dia harus berfikir, antara sahabat dengan cinta, yang mana satu penting buatnya? Adam seorang yang mementingkan persahabatan dan menganggap persahabatan ialah segala-galanya, selain daripada keluarga. Prinsip ini memang sudah difahami semua temannya. Namun, waktu itu Adam berasa tertekan tuduhan rakan-rakannya. Pernah Adam berasa terkejut dengan perubahan drastik kawan-kawannya. Betul kata orang, manusia boleh berubah walaupun dalam masa sehari sahaja.

Setelah Adam pulang dari Johor Bahru, Nana mengadakan majlis kenduri arwah untuk kakaknya. Kakaknya telah dua tahun meninggal dunia akibat sakit leukimia. Nana telah menjemput Adam, Zack dan Syafik ke majlis tersebut. Mereka bertiga pergi berasingan, tetapi apabila sampai di rumah Nana, Adam berasa ada perkara yang pelik. Zack dan Syafik sudah tidak marah terhadap Adam. Zack dan Syafik cuma kecewa kerana dia tidak memaklumkan kehilangannya yang hampir sebulan itu. Adam meminta maaf dan hubungan mereka kembali seperti dahulu. Malam itulah yang paling bermakna buat Adam, kerana rakan-rakannya telah kembali seperti dahulu. Sebelum pulang, Nana membekalkan Adam makanan dalam mangkuk tingkat, juga untuk Syafik dan Zack. Malam itu Adam mula tertarik kepada Nana, tetapi dia menafikannya.

Esoknya, Adam ke rumah Nana untuk memulangkan mangkuk tingkat yang diberikannya semalam. Sebaik-baik sahaja Adam berada di hadapan pintu rumah Nana, Adam terdengar perbualan antara Nana dengan keluarganya.
“Nana, bila nak pergi kemoterapi?” Adam terdengar suara ayah Nana. Adam terkelu dengan perkataan kemoterapi itu. Nana sakitkah? Tapi kenapa dia tak bagi tahu aku. Macam-macam perkara yang Adam fikirkan pada masa itu. Tiba-tiba pintu rumah dibuka. Nana muncul di depannya. Adam terpaku dan menyerahkan mangkuk tingkat dalam tangannya kepada Nana dan terus beredar tanpa berkata sepatah pun.

Adam terus pulang ke rumahnya dan termenung sendirian. Zack dan Syafik yang kebetulan berada di rumahnya berasa ada sesuatu yang pelik dengan Adam. Zack dan Syafik memang selalu datang ke rumah Adam. Adam tidak menyapa mereka dan dia terus masuk ke dalam bilik. Nana cuba menelefon Adam beberapa kali, tetapi tidak mendapat jawapan. Perkara ini berterusan sehinggalah beberapa hari. Suatu hari Adam menelefon Nana dan menyatakan keinginan untuk berjumpa dengannya. Adam bertemu Nana di sebuah kafe yang mereka sering kunjungi. Setelah mereka berjumpa, Adam meminta Nana menjelaskan perkara yang sebenarnya.

Nana menyatakan perkara yang sebenarnya bahawa dia memang tidak seihatdia menghidap leukimia seperti kakaknya.
“Sejak bila Nana?” tanya Adam tidak puas hati.
“Sudah lama, hampir setahun,” kata Nana. Adam terperanjat.
“Dah lama. Jadi, kenapa Nana memberikan Adam harapan untuk mencintai Nana? Kenapa Nana?” Nana membisu.
“Adam tak sanggup kehilangan orang yang Adam sayang untuk sekali lagi, Nana.” Pada masa itu Nana menangis sepuas-puasnya.

Sebulan selepas tu, Nana dikejarkan ke hospital akibat pengsan secara tiba-tiba. Dia disahkan koma oleh doktor kerana berlaku komplikasi dalam badannya dan badannya menjadi semakin lemah setelah melakukan kemoterapi pada hari sebelumnya. Jantung Adam memang berdenyut kuat dan kencang sewaktu mendapat berita itu. Nana koma selama tiga hari dan sedar semula selepas itu. Doktor menyatakan Nana akan bertahan hidup hanya beberapa minggu saja. Sebaik-baik sahaja mendengar pernyataan doktor, Adam terduduk di kerusi. Lemah seluruh anggota badannya.

Pernah satu hari Nana meminta untuk melihat laut. Secara kebetulan, Hospital Besar Johor Bahru berhadapan dengan Selat Tebrau. Jadi, Adam menemani Nana yang terpaksa berkerusi roda bersiar-siar di sekitar kawasan tersebut. Apa-apa saja yang dia inginkan pada waktu itu, Adam penuhi. Selama Nana berada di hospital, selama itulah Adam menemaninya. Masa cuti semester dua bulan juga dihabiskan menemani Nana di hospital. Permintaan terakhir Nana kepada Adam ialah jangan sesekali datang menziarahinya pada hari-hari terakhirnya. Nana tidak mahu adam mempunyai kenangan yang sedih terhadapnya. Biarlah Adam mengingati masa-masa indah bersama Nana. Adam bersetuju demi kasihnya akan Nana. Selang beberapa hari Nana melakukan kemoterapi lagi dan kali ini menyebabkannya koma sekali lagi.

Hari itu ialah hari Jumaat. Hari itu adalah hari sedih dalam hidup Adam. Adam kembali ke universiti untuk memulakan semester baharu. Pada hari itu juga Adam terpaksa meninggalkan Nana yang sedang koma di hospital. Seminggu memulakan semester baharu, Adam dikejutkan dengan berita pemergian Nana. Nana menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 8.35 malam. Adam keliru sama ada mahu balik atau tidak dan teringatkan janjinya terhadap Nana. Namun Adam akur dan pasrah dengan ketentuan Ilahi. Masalah datang dan pergi. Dia telah kehilangan kekasih sebanyak dua kali dalam hidupnya. Namun, di sebalik semua yang terjadi, dia telah beroleh kasih rakan-rakannya iaitu Zack dan Syafik. Memberikan kekuatan untuk teruskan hidup dan menerima takdir dengan rela hati.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky