- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Isnin, 27 Oktober 2008

KEMBALI SEMPURNA

KEMBALI SEMPURNA

Duri-duri itu telah lama terbenak dalam hati,
Luka yang dalam membuatkan aku terbius,
Oleh harapan yang palsu,
Satu erti kata yang tiada sempadan.

Darah beku mula mencair,
Tika jantung berdetak kembali,
Nafas tenang kembali membuak,
Suara rindu mula berbicara,
Naluri kehidupan kembali menjelma.

Dahulu aku rasakan tiada erti hidup ini,
Tiada makna kehidupan ini,
Namun setelah aku pelajari erti itu,
Aku mula hargai hidup ini,
Dengan tenang jiwa yang damai.

Duri dan luka-luka dahulu,
Telah mengajar aku hidup berbicara,
Telah mengajar aku mula melangkah,
Dalam destinasi yang sama,
Tetapi berbeza haluan.

Tanpa aku sedari,
Perjalananku masih lagi panjang,
Setelah lama aku kakukan diri,
Setelah lama aku tinggalkan pencipta,
Kerna kehidupan ini, banyak mengajarku
Erti kemanusian yang dusta,
Namun pada engkau pencipta,
Tiada sempadan kata dan kepercayaan
Yang telah engkau bukakan.

Jika dahulu, darahku membeku,
Jika dahulu aku dan kau terluka,
Jangan biarkan luka itu semakin dalam,
Ubatilah dengan tenang dan yakin,
Suatu hari engkau juga merasakannya.

IKHLAS DARIPADA ASRUL

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky