- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Ahad, 19 Oktober 2008

AKU

MAKSUD AKU DALAM KAMUS DEWAN EDISI KE 4


aku kata ganti diri pertama (biasa dipakai sewaktu berdoa kpd Tuhan atau di antara orang yg rapat perhubungan mereka, tetapi agak kasar terhadap orang yg perlu dihormati);

beraku memakai kata aku (dlm perbualan dll);

beraku-akuan 1. saling memakai kata aku; 2. saling menerima atau berjanji akan setia sbg (saudara dsb): mereka bukanlah sbg orang asing lagi, malah ~ saudara di dunia dan di akhirat;

beraku berengkau memakai kata aku dan engkau;

mengaku 1. membenarkan sesuatu tuduhan, mengatakan benar (bersalah, keliru, dll): pencuri itu sudah ~; 2. = ~ dirinya mengatakan diri (bodoh, kaya, pandai, dll), mendakwa bahawa dirinya (pandai dll); 3. menanggung, menyanggupi: siapa yg ~ biayanya? 4. menganggap (sbg), menerima sbg: ~ anak; ~ bapak; ~ hartanya; 5. membanggakan (memegahkan) diri: di mana-mana, ia ~ saja;

mengakui 1. mengaku akan (kesalahan dll): ia ~ segala kesilapannya; 2. menganggap sbg sah atau sesungguhnya ada (berlaku dsb), mengiktiraf: Amerika dan Jepun telah ~ Malaysia; 3. menyatakan berhak ke atas: jangan kamu ~ ini kepunyaan kamu; 4. memasuki (bkn syaitan, jin, dll): sakit diakui jin;

memperakui mengesahkan: lantikan tersebut adalah sah dan diperakui oleh undang-undang;

memperakukan 1. memberikan sokongan (utk), menyetujui serta menyokong (atau menganjurkan): dia ~ dua hari cuti; 2. mengemukakan (menyarankan dsb) sbg baik (sesuai dsb): ~ beberapa buah buku utk diterjemahkan;

akuan 1. segala sesuatu yg diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yg menolong pawang); orang ~ orang yg dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yg mujarab ubat atau manteranya);

keakuan sifat mementingkan atau berasa megah akan diri sendiri: kerana ~, ia tidak dapat menerima teguran;

perakuan 1. proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yg diperakukan, saranan serta sokongan (utk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan;

pengakuan 1. perihal (perbuatan, pernyataan) mengaku atau mengakui: dia telah membuat ~ bahawa dia telah melakukan kesalahan; ~ iman perihal mengakui bahawa seseorang itu percaya pd Allah; surat ~ hutang surat yg menyatakan bahawa seseorang berhutang; 2. pengesahan, pengiktirafan; mendapat ~ mendapat pengesahan.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky