AYAH
AYAH
Aku seakan-akan hilang arah dan petunjuk tatkala peperiksaan semakin hampir. Tanggal empat belas April 2008 iaitu lima hari selepas hari ulang tahun perkahwinan orang tua aku, membuatkan aku gelisah dan menangis seorang diri. Perasaan ini tidak akan aku lupakan kerana aku merasakan sesuatu yang aneh dan mengerunkan. Aku tidak suka akan perasaan seperti ini. Namun aku harus tabahkan hati dan menerima semuanya dengan redha. Semua manusia pasti melaluinya walau kita tidak dapat menerima seadanya.
Telefon bimbit aku tiba-tiba berbunyi. Aku mendapat panggilan telefon daripada ibu sewaktu aku mengulangkaji pelajaran.
“Assalamualaikum abang, tengah buat apa?” tersentak dan sudah aku duga ibuku menelefon aku, sewaktu aku melihat namanya terpapar di skrin telefon.
“Waalaikumusalam mak, Abang tengah belajar. Kenapa mak? Tertanya-tanya dalam fikiran aku seolah-olah ada sesuatu yang ingin disampaikannya.
”Mak kacau kau belajar ke?”
”Tak lah mak, lagi pun dan nak habis ni. Ada apa mak?” aku mengulang pertanyaan kepada ibuku.
Dengan nada yang sedih “Mak nak cakap ni, abah sakit bang”
Sebaik mendengar kata-kata itu, aku tersentak beberapa saat. Dunia aku kegelapan seketika. Pensil yang berada di tangan aku terjatuh di atas lantai, nota kertas yang aku ribakan jatuh ke bawah. Hendak aku balas panggilan ibuku, kaku suara aku untuk mengeluarkan kata, namun aku gagahkan juga.
“Sakit?” aku menunjukkan kehairanan.
“Abah sakit apa mak?” aku menyambung ucapan aku setelah tiada balasan daripada ibuku.
”Macam biasalah, abah sakit kencing manis dan darah tinggi. Tapi mak tengok, abah makin kuruslah bang, risau mak” suara mak semakin meredupkan suasana. Aku seolah-olah hendak menangis tatkala ibuku memberitahu ayahku sakit dan semakin kurus. Bermacam-macam perkara aku fikirkan. Mungkinkah ayah aku tidak cukup makan. Setahu aku, ayah aku memang tidak kuat makan dan dia mesti melebihkan anak-anaknya daripada dirinya sendiri. Hakikat seorang bapa yang mahukan kebahagiaandan kesempurnaan anaknya. Aku terharu degan sikap bapa aku. Dalam apa jua situasi dia masih boleh menahan segala karenah anak-anaknya.
Berlainan pula sewaktu kecil, cara didikan ayah aku memang keras kerana aku dan adik-beradik yang lain memang nakal sewaktu kecil dahulu. Cara terbaik adalah dengan memberikan amaran kepada kami. Cukup hanya sekali diberi amaran kami terus takut. Jika kenakalan diulangi, tali pinggang akan hinggap dan membelah disekitar tubuh kami. Itulah ayah, garang segarang harimau namun dia baik sebaik malaikat dan seorang insan yang sempurna di mata kami. Dia telah menjadikan aku, along, adik dan acik seorang yang berdisiplin, pandai berdikari dan bertanggungjawab. Ibu bapa aku memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada aku untuk menjaga adik kembar aku dan acik supaya menjaga pergaulan dan tingkah lakunya.
Sebagai seorang abang, aku tidak mengongkong dia, sebaliknya menjadikan mereka itu sebagai kawan baik aku. Kami rapat sejak kecil lagi. Namun sekarang kami terpisah disebabkan kehidupan yang berasingan. Aku kini di Tanjong Malim, Perak sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sulta Idris (UPSI), adik kembar aku pula seorang Manager Kentucky Fried Chicken (KFC) di Mersing, Johor dan acik pula kini berada di SMK Teknik Kota Tinggi dan kini berada pada tingkatan empat. Kakak aku pula berada di Johor Bahru untuk menjaga ibu dan ayah. Itulah kehidupan kami empat beradik.
Sikapnya yang garang menyebabkan ramai kawan-kawan yang menganggap bahawa ayah aku itu seorang pegawai tentera. Mana tidaknya, dengan gaya rambutnya yang ala-ala komando dan sikpanya yang garang serta wajahnya yang dikatakan agak bengis membuatkan sangkaan itu semakin kuat. Itulah karektor luaran Ja’afar Bin Daud. Tapi dalaman di jauh berbeza apa yang di perkatakan. Dia seorang yang penyayang dan bertanggungjawab.
“Hello, hello. Abang adalagi tak tu” tersentak aku setelah beberapa saat mengelamun sewaktu mendengar suara ibuku hinggap ditelinga.
“Abang ada lagi ni mak, mak abang risaulah dengan keadaan abah. Mak jaga abah ek. Jaga makan minum tu”. Kerisauan aku menyebabkan aku hilang tumpuan untuk belajar.
“Macam mana nak jaga, abah memang macam tu. Makan pun dia dah kawal. Ok lah, abang pergi sambung belajar. Nanti ada apa-apa mak akan telefon.”
“Ok, terima kasih mak. I love u so much. Assalamualaikum”
“Waalaikumusalam, love u to”
******************************************************************************
Teringat sewaktu aku dibangku sekolah dahulu. Aku dibesarkan di ladang estet di salah satu estet di daerah Johor Bahru. Mungkin ramai yang tertanya-tanya dan kehairanan, estet di Johor Bahru? Kawasan itulah kediaman aku sewaktu kecil dahulu. Kawasan tersebut terdapat beberapa buah estet dan setiapa satunya bersebelahan antara satu sama lain. Namun jarak antara estet itu sangat jauh. Ada beberapa buah estet iaitu, utara, timur, batu sepuluh, batu sembilan dan rumah jauh. Aku mendiami kawasan estet yang di beri nama timur ladang Mount Austin.
Jarak dari rumah ke sekolah memang jauh. Disebabkan kawasan estet tiada sekolah, maka terpaksalah kami menaiki motosikal yang ditunggang oleh ayah aku. Aku bersama dengan adik kemabar aku duduk di belakang. Bayangkan kawasan yang dikeliling hutan dan pokok-pokok, apabila memaluinya pada subuh hari terasa dingin dan membeku kulit ini. Ayah menghantar aku dan adik kembar ke sekolah yang kebetulan bersebelahan dengan sebuah kampung. Kampung itu adalah kampung sinaran bahru. Begitualah peritnya ayah kau menjalankan tangungjawabnya sebagai bapa. Bila difikir-fikir balik, aku berbangga memiliki ayah sepertinya.
Tersedar semua aku dari lamunan menyebabkan hati keriangan sewaktu aku mengimbau kenanagan waktu kecil kembali gelisah apabila memikirkan keadaan ayah. Tanpa berlengah masa, aku menekan nombor telefon ayah aku untuk mendengar suaranya. Beberapa kali aku mendail nombornya, namun tiada jawapan. Semakin resah aku dibuatnya. Aku jenis yang cepat gelabah dan resah. Tidak hairan jika aku gelabah seperti itu, aku gelabah sebab insan yang aku sayang sekali di muka bumi ini selain daripada ibu dan keluarga aku.
“Assalamualaikum abah, kenapa tadi telefon banyak kali tak angkat” akhirnya talian kau tersambung juga.
“Tadi ada pelanggan dia tanya soalan” hilang rasa gelisah aku.
“Tadi mak telefon cakap abah sakit” aku tanpa teragak-agak ingin mendapatkan kepastian wlaaupun aku tahu apa jawapan yang akan iberikan oleh ayah aku.
“Tak lah, sikit je lah. Jangan risau ok”. Itulah jawapan yang aku sendiri sudah dapat meneka.
“Ya lah tu, esok jumpa doktor dan makan ubat itu waktu”
“Ya abah pergi esok dan abah minta cuti”
“Lagi satu, jaga makan tu”
“Jangan makan” nada suara ayah aku kehairanan.
“Bukan lah, jaga makan tu” aku meninggikan suara sambil mengulangi perkataan itu.
“Jangan risau ok abang” ayah aku cuba meredakan hati aku.
“Lagi satu, banyakan minum akir masak”
“Selama ini abah minum air masak, bukannya air mentah” ayah aku cuba membuat lawak sambut kedengaran batukkannya.
“Air putih lah, tengok tu kan dah batuk. Abah ni degil sungguh” aku berkeras kepada ayah aku.
“Yes bos. Jangan risau ok. Abah tak ada apa-apa”
“Ok abang tak risau. Ok lah abah abang nak sambung belajar ni. Abah jaga diri baik-baik.
“Assalamualaikum”
“Belajar baik-baik , Waalaikumusalam”
Lega rasa hati apabila mendengar suara ayah aku. Semangat untuk belajar terus membara. Sewaktu berbual dengan ibuku, aku sempat juga menangis apabila mendengar ayah aku sakit. Namun aku gagahkan diri ini, aku tidak mahu ibu aku turut menangis. Aku mahu melihat ibu dan ayah aku gembira dan tidak mahu linangan air mata mengalir di pipi.
**********************************************************************************
3 jam kemudian
Sedang asyik aku mengulang kaji, teringat semula ibu dan ayah aku. Aku terus mencapai telefon dan aku menghantar pesanan ringkas kepada mereka.
“Minggu depan abang akan exam, mak dan abah doakan untuk abang ya” dua pesanan ringkas ini aku hantar kepada ibu dan ayah aku.
Selang beberapa minit selepas itu, telefon bimbit aku berbunyi. Aku melihat nama ayah aku tertera di skrin telefon bimbit aku.
“Assalamualaikum” aku memberi salam kepada ayah aku.
“Waalaikumusalam, abang tadi telefon abah ke?”.
“Tak lah, abang cuma mesej tadi. Abah tak baca ke?”
“Tak, ada apa bang?”
“Abang hantar mesej tadi, minggu depan abang exam, abah doakan abang ya?”
“Ok abah akan doakan abang, buat terbaik ya. Jangan risau pasal abah ya”
“Ok terima kasih abah. Ok lah. Abang nak sambung stdy ni. Assalamualaikum abah”
“Waalaikumusalam”
Tergelak kecil aku selepas aku memutuskan talian. Ibu aku sudah pandai bermesej-mesej. Tapi ayah aku, tiap kalau aku mesej dia, dia mesti telefon balik sebab dia tak pandai nak buka peti masukan mesej dan nak balas mesej juga dia tak tahu. Lawak sungguh ayah aku ini. ini lah ayah aku.
Selang beberapa saat setelah itu, telefon aku berbunyi sekali lag. Ini bukannya panggilan telefon tetapi aku menerima satu pesanan ringkas (SMS). Rupa-rupanya daripada ibu aku. Dia membalas mesej aku tadi.
“Mak akan selalu doakan abang walaupun jauh. Abang jangan risau pasal abah ya, mak dan alaong akan jaga abah”
Tersentak dan terharu aku membaca mesej itu. Aku membalasnya
“Terima kasih mak, love u so much”
********************************************************************************
Sekarang aku akan belajar bersungguh-sungguh. Peperikasaan akan bermula minggu depan. Akau akan buat terbaik demi orang tua aku. Sekarang hati aku dah tak risau dengan berkat doa dan kasih sayang mereka.
Hak Cipta Terpelihara: Md. Hasrul Ja’Afar

3 Comments:
terkedu......
By HaMz, at 18 April 2008 pada 10:11 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
By Tanpa Nama, at 12 Ogos 2011 pada 6:26 PTG
Salam, si kembar adik abang ke ni?? aku la wan, anak jamal~ hehe~
By Tanpa Nama, at 12 Ogos 2011 pada 6:29 PTG
Catat Ulasan
<< Home