Kisah Cinta Aku dan Liza
Kisah Cinta Aku dan Liza
Kriiingggg!!!!... kriiingggg… jam lonceng aku berbunyi…tepat pukul 7.45 pagi. Sinaran mentari pagi menyinarkan mata aku yang masih susah untuk dicelikkan.
“Alamak aku lewat bangun lagi, aku lupa nak set jam”.
“ Mal! Mal! bangun cepat kita dah lewat ni, habislah kalau kita lewat masuk kelas Tuan Haji”.
“Bangunlah wei, kau tahu dah pukul berapa ni”. Aku tarik selimut yang menyelubungi seluruh tubuhnya. Mal memang liat nak bangun. Mal telah menjadi roommate aku sejak setahun yang lalu dan memang kerja aku nak bangunkan dia setiap hari. Kata orang, dah jadi rutin seharian. Aku serumah dengan Faizal, Azmi dan Graven. Setiap hari memang aku sahaja yang kena kejutkan mereka semua. Kalau jam lonceng aku tak berbunyi maknanya aku pun lambat sekali. Kelas Tuan Haji memang tak boleh lewat seminit pun, kalau lewat juga memang kena halau. Penah sekali Aida dan Ain lewat, terus tanpa banyak soal dan banyak cakap, Tuan Haji cuma angkat tangan dia sebagai tanda isyarat Aida dan Ain tak boleh masuk ke dalam kelas. Memang dasyat, seram pun ada aku dibuatnya. Sejak hari itu semua pelajar datang awal paling lewat pun 5 minit sebelum pukul 8.00 pagi.
Nasib aku dengan Mal memang baik, Tuan Haji lewat sikit masuk sebab dia hadiri mesyuarat fakulti. Aku tarik nafas panjang. Apa tidaknya tergesa-gesa kita orang pergi kelas tadi. Mandi tak lagi, kalau mandi memang tak sempat cuma spray minyak wangi sahaja. Mal bawa motor memang laju, sampai dia langgar lampu merah. Pagi-pagi mana ada polis, lebih-lebih lagi kat Tanjung Malim. Polis cuma ronda-ronda waktu malam dan awal pagi saja.
“Wei kenapa lambat, nasib baik Tuan Haji belum masuk lagi, kalau dia masuk kes berat korang”. Suara Ray kuat kedengaran sebaik sahaja aku dengan Mal masuk. “Sorry sorry aku lewat bangun lah. Lupa nak kunci jam”.
Tiba-tiba,
“kian jauh, kian hilang pilu di dalam dada. Nampak tenang pada zahirnya tapi batin terseksa” ringtone lagu mawi kedengaran.
“Hello, hello, Assalamualikum, ya saya Tuan Haji, ok baiklah” handphone El berbunyi rupanya, aku ingat siapa yang nyanyi tadi.
“Siapa tu El, serius je bunyinya” aku memandang wajah dengan mengerutkan dahi. Tertunggu jawapan kepada persoalan tadi.
“Tuan Haji” El menjawab dengan senyuma dan terhenti seketika.
Setelah itu dia bersuara “Ok kelas hari ni batal, Tuan Haji ada emergency, tapi dia cakap akan diadakan kelas ganti” deras suara El sehingga satu dewan bergema tanpa menggunakan microphone. Semua pelajar suka dan bersorak, mereka bersorak bukannya Tuan Haji tak masuk tapi tugasan assigment akan diberikan pada minggu ini akan ditangguhkan pada minggu hadapan. Maklumlah assigment lain melambak tak siap, ini nak tambah lagi satu. Payah! Payah!. Tapi aku memang suka dia tak masuk, bukan sebab assigment tapi sebab aku dah lewat masuk kelas tadi, kalau ada kelas matilah aku. Aku tak kisah pasal assigment sebab memang aku buat assigment last-last minute. Sebab itu aku suka lepak-lepak dengan Mal, Faizal, Azmi dan Graven. Dia orang buat, tapi assigment aku buat bodoh saja. Ada juga dia orang tegur supaya buak assigment tapi aku tak ada moodlah nak buat.
Seperti hari-hari biasa, aku, Faizal, Azmi dan Mal makan di kedai Abuya berhampiran dengan masjid setelah kelas tamat, memang murah makan dikedai Abuya kalau nak dibandingkan kedai di kolej. Duit nak bajet sebab nak beli banyak barang. Semasa kita orang sedang makan, aku terserempak dengan sekumpulan pelajar semester satu, memang cun semuanya tapi mata aku tertumpu pada seorang gadis bertudung biru. Macam pernah aku lihat wajahnya tapi aku tak ingat di mana.
“Liza, Liza kau nak makan di sini atau nak bungkus?” salah seorang rakan dia bertanya kepada gadis itu.
“Ooo… Liza namanya, nak tegur ke tak. Kalau nak tegur malulah aku. Buat bodoh saja lah” aku bertanya pada diri sendiri. Tapi kalau aku tegur nak cakap apa?. Takkan aku nak cakap kita ni macam pernah jumpa tapi di mana? Itu soalan kuno dah basi mesti tak menjadi punya. Akhirnya aku biarkan perkara itu berlalu bergitu saja. Mungkin aku tersilap pandang maklumlah aku ni rabun tapi sengaja tak nak pakai cermin mata. Bagi aku pakai cermin mata tak macho nampak sangat gaya chulun atau skema.
Kalau boleh aku nak lupakan perkara itu, aku cuba melupakannya. Namun pada suatu hari, semasa aku pergi ke konsert tahunan pendidikan khas yang diadakan di panggung budaya, aku terserempak dengannya sekali lagi. Betul-betul dia duduk di hadapan aku. Jantung aku berdebar-debar, pelbagai persoalan bermain dalam fikiran aku. “nak tegur ke tak nak” aku berasa sangsi dengan diri aku. Aku tak tahu mengapa tiba-tiba aku jadi pemalu, sebelum ini memang aku cukup peramah dengan orang tak kiralah orang itu aku kenal atau baru saja aku kenal. Pandangan aku tidak pernah beralih dari menatap tingkah lakunya. Senyuman dan tawanya membuatkan aku tersenyum seorang diri. Sehingga aku lupa Mal dan Faizal berada disebelah aku.
“Kau ni kenapa senyum sorang-sorang dah buang terbiat ke?” Faizal perasan dengan kelakuan aku. Mal hanya tersenyum sahaja.
“Aku leh tanya sikit tak?” Mal dalam diam-diam telah lama memerhatikan tingkah laku aku.
Aku mula bimbang kalau-kalau Mal tahu perasaan aku terhadap Liza. Bukan apa, aku Cuma feeling saja dengan liza. Nak kata suka, rasanya hanya ingin berkenalan dulu tapi kalau dia on, aku apa lagi onlah. Kucing mana yang tolak ikan kalau dah ada depan mata. Tapi aku tak lah sejahat itu.
“Ask, Ask” suara Mal deras sungguh menyapa telinga aku. Aku terpaku seketika.
“Ada apa?” kau tak nak balik ke? Konsert dah abislah, apa yang kau fikirkan ni. Asyik termenung and tersenyum dari tadi macam orang dah tak betul.”
“Tak ada apa-apa lah, aku cuma terpegun melihat artis-artis tadi buat persembahan”. Aku cuba untuk berdalih.
“Cepat-cepat jom keluar aku dah lapar ni” Faizal menyampuk perbualan kami.
“Kau ni Zal, asyik makan je kau pikir tak ada benda lain ke?” aku memerli Faizal.
“Tadi dia ada cakap tak ada makanan untuk kita? aku rasa tak ada. Tapi kat tepi dewan itu tadi aku nampak ada khemah mungkin ada makanan lah tu”. Balas Faizal.
“Jom kita pergi sana mungikn betul ada”. Mal membalas.
Aku, Mal dan Faizal berjalan menuju ke khemah yang dimaksudkan.
“Betullah ada makanan kat sini, tapi kenapa ada dua tiga orang je. Selalunya kalau bab makan ni ramai yang datang. Tak pelah kita serbu je”. Memang banyak makanan kat situ, ada mee, kuih dan macam-macam lagi. Ketika kami sedang makan tiba-tiba ada sekumpulan pelajar perempuan datang, Liza pun ada sekali. Aku musykil kenapa dia datang menuju ke arah aku. Aku pun buat seperti biasa sambil makan. Tetapi mata aku kadang kala melilau ke arahnya.
Setelah menghampiri aku, Liza mula bersuara “Maaf makanan ini untuk urusetia dan staff sahaja”. Muka aku pucat lesu dan rasa nak ketawa pun ada. Memang malu aku masa itu, bayangkan makanan yang kami makan pun belum habis lagi, terpaksa aku pergi macam itu saja. Malu memang malu, aku malu dengan Liza dan rakan-rakannya. Jatuh saham aku masa itu. Cuma aku pikir masa itu, harapan aku untuk berkenalan dengan Liza agak tipis. Malam itu aku tersenyum seorang diri. Tak sangka aku, buat pertama kali aku berbual dengan Liza ia adalah sesuatu perkara yang amat memalukan. Aku anggap ini adalah takdir dan sejak dari hari itu aku cuma berserah, jodoh pertemuan semuannya di tangan Allah. Kalau ada jodoh aku nak berkenalan dengan Liza aku terima dan aku akan terima juga jika sebaliknya. Aku hanya redha saja buat masa ni.
* * *
Ketika aku berada di depan pintu bas dan hendak melangkahkan kaki masuk tiba-tiba aku terdengar suara perbualan
“Ana, Asrul tu asal mana?” Ana bertanya kepada Liza.
“Johor, kenapa kau Tanya?”
“Taklah saje je. Errmm…. Dia dah ada awek ke?”
“Tak tahu pulak aku, rasa-rasa tak ada lagi. Kau suka kat dia ek?”
“Suka? Entahlah aku tak tahu nak cakap, tapi kelakarlah. Aku masih teringat masa malam konsert tu, memang kelakar masa tu, merah padam muka dia bila aku cakap macam tu” Liza tergelak kecil.
“Kalau aku memang malu gila malam tu” Balas Ana.
Aku terdengar perbualan mereka sebelum aku melangkah naik ke dalam bas. Aku tersenyum lebar masa aku masuk sambil menundukkan kepala sebab malu aku nak tengok muka Liza .
Secara kebetulan hanya tempat duduk sebelah Liza saja yang kosong. Aku pun duduk, kalau tak berdirilah aku. Aku tiba-tiba jadi pendiam. Dan akhirnya Liza mula bersuara
“Assalamualikum Asrul” terpaku aku dengan sapaan Liza, suka pun ada.
“Waalaikumusalam” aku menjawab dengan segan silu. Malu aku dengan dia tak hilang lagi.
”Kenapa Asrul malu-malu ni, ni mesti sebab perkara malam tu betul tak?”
“Eh, taklah” aku berdalih.
“Malam itu sebenarnya tak ramai sangat orang jadi makanan pun tak habis. Kenapa Asrul tiba-tiba terus pergi malam tu”.
“Malu sangat dengan Liza masa tu” aku menjawab sambil terketawa kecil”.
“Malu dengan Liza kenapa Asrul malu dengan Liza”. Aku akhirnya menerangkan hal yang sebenarnya.
“Sebab Asrul.. Asrul suka dengan Liza” aku mencurahkan isi hati aku dengan jujur dan nada yang tersekat-sekat. Wah berani juga aku jujur dengan dia.
“Ooo… macam tu ke? Sebenarnya Liza pun dah lama perhatikan Asrul, cuma takut nak jumpa dan cakap dengan Asrul. Liza suka cara Asrul dan sikap Asrul” Liza mencurahkan isi hatinya sambil tersenyum simpul.
Rupa-rupanya aku tak bertepuk sebelah tangan.
“Yahooooooo...” aku bergembira dan menjerit di dalam hati. Tanpa berlengah aku minta nombor telefon dia. Sejak dari itu, aku mula berbual dengan dia. Tanpa aku sedari perasaan cinta aku pada dia mula timbul. Aku ingat aku nak main-main saja, tapi sudah terlanjur hati aku dia bawa pergi. Suatu hari, aku minta dengannya untuk bertemu, ini bukan kali pertama aku minta berjumpa dengannya secara berdua-duaan. Ini adalah kali ke 5 aku ajak dia keluar hanya berdua, aku dan dia. Selama ini, kalau nak berjumpa mesti dia ditemani oleh Ana atau kawan-kawannya yang lain. Kalau macam itu tak ada privcylah. Tapi usaha aku akhirnya berjaya, buat pertama kalinya dia sudi keluar berdua-duaan dengan aku. Seronok hati aku bila dia menjawab yes, hanya Tuhan yang tahu perasaan aku dengan dia.
Tarikh dan masa sudah ditetapkan, cuma tunggu masanya saja. Aku menanti dan menghitung hari dan waktunya penuh dengan debaran.
“Kenapa kau tersenyum sorang-sorang kat katil ni” tiba-tiba suara Zal kedengaran dan mengganggu aku tengah berangan.
“Tak ada apa-apalah, cuma aku rasa happy je hari ni”
“Ye ke ni, aku rasa lain je, baik kau cakap betul-betul. Ni mesti pasal Liza kan? Ko ingat aku tak tau ek”
“Sorry ye Zal sebab aku tak bagi tau kau, aku sebenarnya dengan Liza dah couple dua bulan, tapi baru hari ini aku bagi tahu kau” aku rasa serba salah.
“Cis, dah dua bulan baru nak cakap dengan aku” sinis Zal.
“Aku bukan tak nak bagi tau, cuma aku tengok kau sibuk saja dengan assigment kau. Aku tak nak kacau kau”
“Tak lah, aku tak marahlah. Aku seronok sangat kau dah couple dengan Liza. Taklah ko gila bayang” aku ketawa kecil apabila Zal berkata sedemikian dan apabila mengenangkan malam yang amat memalukan dan buat pertama kalinya aku berbual dengan Liza.
Masa yang dinanti-nantiukan telah tiba. Aku telah berada ditempat yang dijanjikan lebih awal. Kata orang rasa tak sabar-sabar nak keluar berjalan dengan yang tercinta. Setelah hampir tiga minit aku menunggu tiba-tiba suara Liza menyapa telinga aku
“Assalamualaikum, lama ke tunggu”
“Waalaikumsalam, taklah, saya baru je sampai”
“Liza pun baru je sampai, kita nak pergi mana ni?”
“Kita jalan-jalan keluar makan, dan ke mana-manalah” Aku berasa kekok sedikit, tetapi aku perlu biasakan diri. Aku tak nak mensia-siakan masa yang ada ini. Sepanjang hari aku dengan Liza berjalan sakan sehingga tak ingat dunia. Aku anggap dunia ini hanya ada aku dan dia saja. Sejak hari itu, aku dan Liza menjalinkan hubungan percintaan secara rasmi setelah aku meluahkan isi hatiku padanya. Oh dunia, beginikah nikmatnya bercinta. Sukar untuk aku mengungkapkan erti cinta sebenar.

0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home