- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Sabtu, 18 Julai 2009

Intan Suraya 18

Intan Suraya 18

“Macam mana keadaan Adibah? Dengar cerita dia semakin membaik” Tanya Intan yang dalam kekeliruan. Dirinya ditinggalkan sewaktu Aiman mendapat berita tentang Adibah.

“Alhamdulilah, dia semakin ok. Saya minta maaf kerana membiarkan awak sendirian semalam. Saya betul-betul rasa serba salah. Maafkan saya awak.” Terpacul seribu wajah kekesalan yang tertayang pada wajah Aiman.

“La, awak tak buat salah apa pun. Saya faham, lagi pun keadaan Adibah lagi memerlukan awak dengan Khairul. Saya faham awak, kan awak, Adibah dan Khairul adalah rakan baik.” Jelas Intan Suraya. Terpacar sikap pemahamnya. Sikapnya itu membuatkan Aiman senang berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan gadis yang ayu itu.

Hati Aiman tiba-tiba berhenti berdegup, dia mengingatkan kata-kata Khairul sewaktu berada didepan pintu ruang operasi. Adibah mengatakan kepadanya, bahawa dia juga turut mencintai Aiman. Tetapi Cinta Khairul kepada Adibah telah lama diketahuinya. Bermulalah epilog cinta 4 segi yang tidak disengajakan. Hatinya semakin berdesir dengan kencang.

Rona-rona bulu pada tengkuknya kembali menegang setelah semalam tidak henti-henti memacak. Walaupun hati semakin memikirkan perkara itu, tetapi Aiman tetap menunjukkan ketenangan pada raut wajahnya. Kerinduan makan malam bersama dengan Intan tadi malam akan dinikmatinya bersama Intan pada tengah hari. Cuaca diawan menampakan kecerahan langit membiru, memberikan peluang kepada Aiman makan bersama dengan Intan.

Sekali lagi, telefon Aiman berdering. Kali ini bukan Khairul yang menelefon, tetapi satu panggilan yang tidak diketahui nombornya. Aiman sekali lagi dirundung dengan serba salah. Mahu di angkat atau tidak panggilan itu. Semalam ketika makan bersama dengan Intan, Khairul menelefon dan meminta Aiman segera pergi ke hospita kerana keadaan Adibah yang membimbangkan. Serba salah, Aiman meninggalkan Intan seorang diri di kedai makan. Tetapi kali ini, kalau dia mengangkat panggilan itu, adakah panggilan itu mungkin juga berkaitan dengan Adibah? Apakah yang perlu dilakukan oleh Aiman.

”Kenapa awak tak angkat panggilan tu?” Tanya Intan. Matanya melirik tajam ke arah telefon bimbit Aiman yang diletakkan ke atas meja makan.

”Saya tak kenal nombornya. Malaslah”

”Jawablah. Mana tahu ada perkara penting seperti semalam. Apa gunanya jika kita mempunyai telefon bimbit jika kita sendiri tidak menghargainya” Balas Intan Suraya sambil tersenyum

Aiman mengangguk-anggukkan kepalanya dan kemudian mencapai telefon bimbit itu. Belum sempat dia menjawab panggilan itu, talian panggilan tiba-tiba terputus dan termati. Lalu Aiman meletakkan kembali telefon bimbitnya itu.

”Terputus. Saya tak sempat nak jawab”

”Tak apa. Mungin, kalau ada perkara penting dia akan telefon lagi” balas Intan.

Memang betul tekaan Intan, telefon itu berdering sekali lagi. Kali ini, Aiman terus mengangkat penggilan itu dan menjawab. Daripada raut wajah Aiman, ternyata memang betul apa yang dikatakan Intan. Ada sesuatu berita penting yang ingin disampaikan kepada Aiman. Aiman terus terdiam kaku mendengar berita itu. Dia tergamam dan hampir sahaja menangis.

Dia tidak sangka akan menerima berita itu. Walhal, apa yang diketahui keadaannya semakin membaik dan stabil tetapi kenapa keadaannya mendukacitakan.

”Kenapa ni? Ada berita buruk ke? Siapa yang telefon tadi?” Intan hairan dengan perubahan yang berlaku kepada Aiman. Pelbagai soalan dilontarkan kepada Aiman, tetapi Aiman hanya menjawab salah satu daripadanya sahaja.

”Ayah Adibah”

”Apa ayah Adibah beritahu?”

Pertanyaan itu membuatkan Aiman terdiam seketika. Dia menghanggukkan kepalanya di atas meja makan. Terdiam dia seketika, setelah itu hengusan kedengaran daripada suara Aiman. Intan semakin keliru dan panik dengan keadaan Aiman yang sukar difahaminya. Intan mendekat dan mendapatkan Aiman dan cuba menenagkan Aiman.

”Kenapa ni?” tanya Intan dengan lembut.

”Adibah, Adibah”

”Kenapa dengan Adibah? Man, kenapa dengan Adibah?” Intan menginginkan kepastian daripada Aiman. Diangkat wajah Aiman dan dilihat seribu tangisan dan air mata mula mencurah dan membasahi alas meja makan.

Intan menjadi tidak tentu arah dengan sikap Aiman yang disangkan hanya bergurau sahaja. Lalu Intan berdiam dan berdiri kaku disebelah Aiman. Nafas Aiman tersekat-sekat dan tercunggap-cunggap.

”Tadi ayah Adibah telefon dan memberitahu Adibah dah...dah...” Terputus kata-kata Aiman.

”Innalilahiroojiun... Mari kita pergi ke hospital”

Aiman hanya berdiam diri. Kunci kereta diambil dari atas meja makan dan membawa Aiman ke kereta. Intan akan memandu dan tidak mungkin meminta Aiman memandu dalam keadaan sedemikian. Intan sedar dan akur dengan kesedihan yang menimpa Aiman. Tidak hairanlah jika Intan membiarkan Aiman pergi ke hospital melawat Adibah semalam. Persahabatan mereka bertiga membuatkan Intan kenal dan mengerti apakah itu sahabat sejati. Intan tidak memarahi atau rasa cemburu dek kerana Aiman lebih mempedulikan Adibah dan Khairul daripadanya, kerana Intan sedar mereka berkawan sudah bertahun lamanya dan Intan berkenalan dengan Aiman hanya beberapa bulan sahaja.

”Biar saya memandu. Awak tenangkan fikrian awak dahulu. Kita akan ke hospital sekarang juga. Awak telefon Khairul dahulu”

”Khairul sudah ada disana. Dia menemani Adibah semalam. Saya rasa dialah orang yang paling gembira semalam dan yang paling sedih hari ini.” Jawab Aiman tesekat. Dirinya malu kerana menangis bagai anak kecil dihadapan wanita yang dicintainya. Tetapi Aiman terlalu sedih dan dia tidak mampu untuk menyembunyikan kesedihannya itu.

Intan dan Khairul menuju ke hospital untuk menenangkan Khairul dan mendapatkan tatapan wajah Adibah untuk terakhir kalinya.

Bersambung...

Episod sebelumnya :

1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17,


0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky