Hadiah Teristimewa 2
Suanana pagi di pekan Jelebu sangat berlainan dengan tempat tinggal Hawa. Di Jelebu, bunyi ayam berkokok masih lagi kedengaran membangkitkan mereka yang masih lagi terlena. Kicauan burung seolah-olah meringankan suasana pagi itu. Berbeza dengan kota tempat tinggalnya. Enjin kereta dan motor telah kedengaran seawal enam pagi. Udaranya yang bercampur toksik kadangkala membuatkan kenyamanan pagi hilang serinya. Hawa masih lagi membaringkan dirinya walaupun matanya sudah tercelik. Akal fikirannya melayang sebentar mencari ilham untuk menulis cerpen yang akan dikarangnya. Sudah menjadi kebiasaan dia menulis pada waktu lapang. Jika idea untuk menulis cerpen datang menjelma, dia terus mencatat pada buku nota kecil yang selalu menjadi peneman Hawa walau dimana dia berada.
Hawa mula membangkitkan dirinya dari katil, mukanya dikerutkan, badanya mula digeliatkan seperti biasa dan kakinya masih lagi diluruskan.
“Alhamdulilah, Adam tidak seperti apa yang aku sangkakan"
dia mula bermonolog di dalam hati. Hatinya yang gusar dek ketakutan tidur di rumah orang yang tidak dikenali hilang dan rasa kagum bercampur terharu dengan pertolongan pemuda bernama Adam. Ubat nyamuk yang diberikan malam tadi, masih lagi bernyala. Hawa tersenyum sendiri apabila mengingatkan gelagat mereka malam semalam. Orang yang disangka jahat, seperti bapa saudaranya ternyata baik. Sangkaan Hawa meleset jauh sama sekali. Pening di kepalanya masih lagi berbisa. Tetapi beransur kurang dengan bantuan ubat panadol yang diberikan Adam.Sekali lagi dia mula tertarik dengan jejaka yang baru dikenalinya. Bagi Hawa, Adam berbeza dengan lelaki yang dikenalinya sebelum ini. Kebanyakan lelaki yang cuba mendekati Hawa, hanya mahu tubuhnya sahaja. Nasib baik Hawa seorang gadis yang berpendidikan agama dan diajar baik buruk, dosa dan pahala dalam Islam. Kerana tanggapan itulah yang membuatkan Hawa menganggap Adam sama seperti lelaki yang lain, suka mencari kesempatan. Bagi Hawa, tidak ada kucing yang menolak ikan, jika ikan yang besar dan lazat ada di depan matanya.
Tetapi Adam berbeza, sangkaannya meleset sepenuhnya. Dia merasa kagum dengan sikap lelaki tersebut.
“Allahhuakhbar” suara Adam kedengaran di bilik sebelah.
Hawa bangun dan membangkitkan badannya daripada katil, lalu berjalan menuju ke arah suara itu. Tombol pintu dibuka dan tirai diselak. Dia terlihat Adam yang berpakaian lengkap berwarna putih, sedang berdiri. Hawa berjalan mendekati Adam.
“Ooo..tengah solat.” benaknya didalah hati sambil kedua-dua tangan digosokkan
dimatanya.
“Taat sungguh Adam kepada perintah agama. Tadi malam dia membaca Al-Quran, sekarang awal pagi dia menunaikan tanggungjawab kepada Allah S.W.T. beruntung siapa yang bersuamikan Adam.” Sambungnya lagi.
Tanpa berlengah masa, Hawa berjalan menuju ke bilik tidurnya dan mengeluarkan barang pakaiannya daripada bag yang belum sempat dia keluarkan malam tadi kerana keletihan dek berjalan jauh, dan pening kepala. Langkah demi langkah diatur menuju ke bilik air.
Di bandar dan kota, air sejuk boleh menjadi panas, tetapi di kawasan pedalaman seperti di Jelebu ini tiada pemanas air, penyaman udara dan asrto. Hawa terpaksa mandi pada pagi itu walaupu kesejukkan. Setelah segayung, segayung lagi air dia menjuruskan keseluruh badannya. Badan yang penat, kembali menjadi segar. Mata yang mengantuk juga sudah semestinya kembali segar dek kesejukkan air yang dimandinya. Setelah selesai mandi, Hawa keluar daripada bilik mandi dan berlari-lari anak menuju ke biliknya. Dia khuatir, Adam terlihat keadaanya yang sedang berkembankan tuala.
Adam tidak segar dengan gelagat Hawa kerana dia sedang khusyuk membaca doa memohon hajat dan ditemukan jodoh. Adam tidak sangup lagi hidup sendirian setelah kematian isteri ketika melahirkan anaknya yang pertama. Luka dihatinya masih lagi berbisa dan bernanah. Impian yang diharapkan kekal berpanjangan, Cuma menyinggah untuk seketika. Namun, sebagai orang yang berpegang teguh kepada agama, Adam perlu redha dan patuh akan ketentuan ilahi. Selesai doa dibaca, air mata Adam menjurai keluar dek mengingatkan arwah isterinya yang tercinta. Adam redha dan mungkin semua ini ada hikmahnya. Setelah selesai solat, Adam mengaji Al-Quran untuk menambahkan ilmu dan menguatkan iman di dadanya. Dengan membaca Al-Quran, Adam dapat sedekahkan bacaan tersebut kepada arwah isteri dan anaknya. Semasa membaca Al-Quran, matanya melihat Hawa yang lengkap bertudung dan menutup aurat keluar daripada bilik tidurnya. Adam hanya melihat langkah gadis itu dan meneruskan bacaannya. Setelah surah yusuf habis dibaca, Adam memberhentikan bacaanya. Al-Quran ditutup dan dijunjung sebanyak tiga kali.
Adam bangkit dan melihat jam di dinding telah menunjukkan tepat 7.00 pagi. Langkahnya diatur menuju ke dapur.
“Assalamualaikum, selamat pagi” Tiba-tiba suara Hawa jelas kedengaran.
“Waalaikumusalam, selamat pagi” Jawab Adam.
“Marilah duduk, saya telah buatkan sarapan untuk awak” kata Hawa sambil meletakkan semangkok nasi goreng di atas meja. Lalu air dituang ke dalam kopi. Adam hanya memandang kelibat wanita yang baru dikenalinya semalam dan mendapatkan tempat dimeja makan.
“Lawa baju” Sinis Adam.
“Maaf, saya pakai baju ini tanpa beritahu awak dahulu. Saya ambil baju ini di dalam almari” Balas Hawa.
”Tak mengapa. Lagi pun baju tu baju arwah isteri saya. Sekarang dah tak ada siapa yang pakai. Sesuai dengan awak. Ambillah saya hadiakan untuk awak”
“Terima kasih. Awak sudah beristeri?” Tanya Hawa dengan seribu pertanyaan.
“Ya, tetapi sudah meninggal dunia ketika mahu melahirkan anak kami yang sulung” balas Adam sekali lagi.
Wajah Adam terlihat jelas kesedihan. Mukanya ditunduk dan menghela nafas panjang. Hawa serba salah bertanyakan soalan sedemikian. Lalu dia pun membisukan diri. Keadaan menjadi sunyi sepi seketika.
“Eh..kenapa senyap je ni. Marilah kita sarapan. Sejuk tak sedap pula.” Adam mula memecahkan sunyi tersebut sambil mecedok nasi goreng yang ada di atas meja.
“Baiklah..” Jawab Hawa ringkas sambil mengukirkan senyuman.
“Saya terpaksa mencari tempat tinggal lagi. Kalau boleh, hari ini juga saya nak keluar. Buka apa, kita ni bukan muhrim dan berdua pula tu. Saya tak nak orang lain fikir yang bukan-bukan. Saya harap awak faham.” Sambung Hawa.
“Saya faham. Nanti saya akan carikan tempat tinggal untuk awak.” Jawab Adam
“Terima kasih awak”
Adam dan Hawa masing-masing menghabiskan makannya. Adam kelihatan berselera makan masakan Hawa. Mungkin sedap yang dirasa walaupun hanya menghidangkan nasi goreng. Hawa mampu tersenyum melihat gelagat Adam. Hawa gembira kerana diberikan hadiah yang paling berharga dalam hidup Adam iaitu baju yang dimiliki oleh isterinya. Sepansang baju kurung bersutera lembut warna kelabu lembut. Dikiri kaki kain tersebut terdapat beberapa garis jalur emas. Tundungnya pula berwarna putih kehitaman dan bermanik halus. Sungguh cantik baju itu dikenakan ke badan Hawa. Ketika sedang makan, Adam menceritakan baju yang dia hadiahkan kepada awrah isterinnya.
Ternyata baju itu adalah baju hadiah yang terakhir yang diberikan oleh Adam kepada arwah isterinya dan arwah tidak sempat mengenakan pakaian tersebut. Namun, Adam gembira baju tersebut akhirnya memiliki tuannya.
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home