Assalamualaikum...
Free MP3 Downloads at MP3-Codes.com
Isnin, 24 Oktober 2011
Selasa, 12 Julai 2011
CoReTaN : 12/07/2011
Marah seorang guru sama seperti marah seroang ibu bapa kepada anaknya. Aku marahkan mereka kerana aku sayangkan mereka. Tapi mereka semua mensia-siakan masa depan mereka. Aku dah banyak kali bersabar, tapi tadi aku hilang sabar disebabkan perkara-perkara tertentu. Lepas aku hukum mereka, aku bertanya pada diriku adakah tindakan aku ini bentul atau sebaliknya. Ya Allah bantulah aku.
Aku penah cakap dengan anak murid aku, ketika di dalam kelas, aku akan beri tumpuan yang sepenuhnya. Aku mahu mereka mendengar apa yang aku cakap dan ajarkan. Apabila berada di luar kelas, mereka boleh menganggap aku kawan. Tapi kalau di dalam mereka bermain dan bergurau, apatahl lagi di dalam. Masa bila mereka mahu belajar?
Aku tak nak masa depan mereka sia-sia. Macam itulah harapan guru-guru yang lain. Tapi kadang-kadang anak-anak murid ni tak faham apa yang tersimpan hati seorang guru. Menjadi seorang guru memang penat, tapi penatnya berbaloi apabila melihat anak-anak didiknya berjaya.
Aku tak kisah mereka segengster mana pun, aku tak kisah mereka sedegil mana pun tapi yang penting utamakan pelajaran. Apabila berada di dalam kelas, mereka ada pelajar aku dan bukannya siapa-siapa. Mereka perlu patuh dan dengar apa yang aku cakapkan. Aku bertanggungjawab keatas mereka. Inilah tanggungjawab yang berat dipikul seorang guru.
Ada rakan guru yang menjatuhkan semangatku. Di sini tidak usahlah aku sebutkan namanya. Dia mengatakan tindakan aku itu hanyalah untuk menunjuk-nunjuk. Walhal dia tidak tahu perkara yang sebenarnya. Biasalah, guru pun manusia juga. Ada yang menyokong dan ada yang tidak. Tetapi yang melemahkan semagat aku adalah rakan yang boleh dikatakan rapat dengan aku. Walau bagaimanapun, ada juga rakan guru yang bersetuju dengan tindakan aku. Terima kasih kerana menaikkan semangat aku.
Ya Allah, bantulah aku menjadi seorang guru yang cemerlang. Amin Ya Robb...
Ahad, 10 Julai 2011
CoReTaN : 10/07/2011
Jumaat, 1 Julai 2011
CoReTaN : 01/07/2011
Hari ini 1 Julai 2011. Diam tak diam dah masuk bulan 7, kita sudah di pertengahan bulan tahun 2011. cepat sangat masa berlalu. Aku melalui hari ini seperti biasa dengan telatah rakan-rakan yang sering tidak kering gusi. Apatah lagi dengan karenah anak-anak murid yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata.
Semalam memang keadaan aku tidak sehat, seawal pagi sudah di sambar gastrik. Mungkin kesan aku berpuasa hari sebelumnya. Apa-apa pun hari ini aku kembali seperti biasa. Aku kena menguruskan semua kerja sebelum pukul 6. aku kena siapkan buku pengajaran harian, aku kena faks borang ke jabatan agama bahagian kapit, aku kena siapkan urusan kad check point untuk hari larian 1 Malaysia esok. Alhamdulilah, semuanya dalam diselesaikan dalam jangka masa yang singkat.
Bunyi lonceng tepat jam 12.35 tegah hari, aku terus mengeluarkan rotan. Aku keluarkan senarai nama pelajar yang tidak menyiapkan kerja kursus Geografi tingkatan 3C dan 3E. Aku tanpa banyak bicara terus merotan mereka. Aku sebenarnya tidak sampai hati nak merotan mereka. Tapi kalau itu langkah terkahir aku terpaksa merotan mereka. Selama ini, aku terlalu manjakan mereka. Entahlah, aku tak tahu bila dalam keadaan serba salah. Nak ditelan mata mak, diluah mati bapak.
Sewaktu makan di kantin, Mie ada cakap, kalau selalu marah akan menghidap tekanan darah tinggi. Bila difikir-fikir balik memang aku selalu marah, terutamanya pelajar kelas 3F dan 3G. Bukannya apa, aku mahukan terbaik untuk mereka. Minggu ni aku mengajar mereka karangan jenis pendapat. Kalau mengajar karangan di kelas belakang, memang sakit hati. Sebab apa? Sebab sakit bila mereka tak dapat buat apa yang kita ajarkan. Padahal, aku dah mengajar cara membuat karangan yang lain mudah. Sanggat mudah. Tapi tetap saja macam tu. Bila suruh buat perenggan pendahuluan, mereka senyap-senyap dan duduk diam-diam. Bila aku datang, mereka buat-buat macam menulis. Padahal hanya menuggu jawapan daripada aku.
Kalau kelas 3G, yang boleh aku target A Tasha. Tapi Julia boleh juga dapat A. Ricky Ngindang dengan Rikcy Malam serta Nadia Shahnida boleh dapat B. apa-apa pun aku kena berusaha lagi. Aku kena buktikan bahawa aku ini boleh lakukan. Aku tak akan pernah putus asa. Biar marah dan kecewa aku kejap, tapi bukan untuk selamanya. Aku mengandaikan semua ini adalah experimen. Aku akan jadikan ini semua sebagai pengalaman. Asrul chayoookkkk...
Malam nanti main badminton dari jam 8.30 hingga 11.00. bestnya, esok ada larian satu Malaysia. Semua sekolah seluruh Malaysia mengadakan larian 1 Malaysia secara serentak. Lepas habis larian akan diadakan majlis gotong-royong mencegah Aedes. Cakap pada Aedes, semasa mengajar di kelas 3G. Pelajar tidak dapat membezakan antara Aedes dengan AIDS. Adooooiii, sakit aku. Kenalah aku terangkan satu-satu. Lepas terang, esok lusa lupa. Macam tu la berterusan.
Lepas habis gotong-royong, aku akan terus bertolak ke Sibu. Hisyam, mak Ros, Bapak, Kak lili, geng-geng power ranges dah menunggu aku. Hari ahad ni aku akan ke Sri Aman, katanya ada pesta benak. Apa itu pesta benak? Yang pasti mesti berkaitan dengan air. So wait and see la...Selamat bercuti....
Read more..!Rabu, 29 Jun 2011
CoReTaN : 29/06/2011
Mungkin ada hikmahnya aku berada di sini. Umur aku masih muda, kalau aku menetap di semenanjung, aku umpama ‘kata di bawah tempurung’ aku tak akan berkembang walau seinci hasta. Aku ingin melihat keadaan orang diseberang hidup.
Karier aku seorang guru bermula di SMK Song. Setakat ini, alhamdulilah semuanya berjalan dengan semupurna. Aku hidup bersama dengan rakan-rakan baharu, kehidupan yang baharu dan azam yang baharu. Setiap kali aku hendak ke sekolah, pasti perkataan ’chayoookkkk’ akan aku sebutkan sambil berdiri di hadapan cermin. Aku melihat diri aku yang bukan seperti dahulu. Sekarang aku bukan lagi orang yang duduk dibawah ketiak mak, aku bukan lagi seseorang yang masih mengharapkan bantuan daripada ibu bapa aku. Aku melihat diri aku yang baru, seseorang yang boleh memberikan sinaran dalam kehidupan keluargaku.
Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar. Dari selat tebrau, aku merentasi lautan China Selatan, lalu aku renangi sungai Rejang yang panjang. Kini kehidupanku hanyalah di Song. Suatu tempat yang tidak pernah aku kenali sebelum ini. Bak kata orang ’ jauh pemandangan, Luas pengalaman’. Ternyata pengalamaku semakin bertambah.
Azamku adalah untuk melihat anak didiku menjadi seorang manusia. Manusia yang boleh berbakti kepada masyarakat dan bangsa. Sekali lagi aku bersyukur kerana telah diberikan kepercayaan untuk mengajar 4 buah kelas peperiksaan. 2 buah kelas bahasa melayu (3F dan 3G) dan 2 kelas Geografi (3C dan 3E). Walaupun aku mendapat kelas yang akhir. Namun, aku berazam untuk mengubah persepsi mereka bahawa mereka juga boleh berjaya.
Hari ini 29 Jun 2011, aku didatangi seorang pelajar kelas 3G. Dia berkata kepadaku, ”cikgu, selama ini saya selalu gagal bahasa Melayu dari tingkatan satu hingga tingkatan 2. tetapi, apabila cikgu mengajar saya boleh faham. Cikgu ajar senang faham”
Hati cikgu siapa yang tak gembira kalau anak murid cakap macam tu. Alhamduliah, segala yang dikerjakan selama ini akan menghasilkan buahnya. Walaupun baru peringkat awal dan peperiksaan PMR pada bukan oktober, tetapi aku masih tidak boleh berbangga dengan pencapaian mereka buat masa sekarang. Aku harus berperang hingga ke titisan darah yang terakhir. Perjuangan mereka adalah perjuanganku.
Sememangnya, kelas itu adalah kelas yang sukar untuk aku tangani. Terdapat segelintir pelajar yang buat-buat faham, walhal mereka tidak faham. Terdapat pelajar yang tidak menyiapkan kerja rumah dan pelbagai karenah. Siapa kata menjadi seorang guru itu mudah?
Selagi aku diberi kudrat dan hayat yang panjang, selagi itulah aku akan bertungkus-lumus mengajar mereka. Aku nak mereka buktikan bahawa pelajar kelas belakang, juga boleh berjaya. Sebab itulah aku mengadakan kelas tambahan malam setiap hari selasa dan hari khamis secara percuma. Aku berharap, segala keringatku yang aku curahkan selama ini akan berbaloi. Sama-samalah kita Tungguuuuu apabila keputusan peperisaan dikeluarkan.













