- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Selasa, 15 Julai 2014




Assalamualaikum…

Memanjat kesyukuran yang tidak terhingga kepada Ilahi kerana memberikan kita kesempatan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan, bulan pengampunan.

Rasululullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bulan Ramadhan pada bahagian awalnya Allah menurunkan rahmat dan di pertengahannya Allah memberikan pengampunanNya dan di bahagian akhirnya Allah membebaskan hambaNya dari api neraka” hadis Riwayat Ibn Khuzaimah.
Sesiapa yang melepasi bulan Ramadhan dengan mensia-siakannya, maka sesungguhnya Allah swt akan mensia-siakannya. Allah swt meminta kita memperbanyak 4 perkara dalam bulan ini, iaitu perbanyakkanlah menyebut kalimah Lailaa haaillah, beristigfar memohon keampunan, meminta menjauhkan diri dari api neraka dan memohon dimasukkan ke dalam syurga.

Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah saw juga ada bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang berpuasa 1 hari di jalan Allah, maka Allah akan menjauhkan wajahnya dari neraka sejauh jarak 70 musim" Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Berdasarkan potongan hadis ini dapatlah dimengertikan bahawa, setiap manusia pasti ada melakukan kesalahan dan kesalahan tersebut akan mendapat balasan di akhirat kelak, namun dengan adanya amalan berpuasa ini dapatlah kita menjauhkan diri kita dari balasan tersebut. Allah swt maha pengampun dan DIA mengampunkan dosa-dosa hambaNya meskipun dosa itu dilakukan berulang-ulang kali (melainkan syirik).


Oleh hal yang demikian, bulan puasa inilah menjadi platform terbaik baik kita untuk memohon keampunan dan mendapatkan keredhaan Allah swt. Jika kita melepasi bulan Ramadhan ini dan mendapatkan pengampunan Allah swt, pintu-pintu syurga akan sentiasa menanti kita. Semoga Ramadhan kali ini membawa satu titik tolak perubahan dan penghijrahan kita dalam mengenal Allah swt. Wallahualam…

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky