- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Ahad, 18 Januari 2009

Intan Suraya 2

ditemani desiran ombak, aku mencari satu impian yang pasti aku genggami dan menjadi matlamat aku. tidak mungkin aku bersedih untuk selamanya. walau hati ini terluka. namun aku harus hidup untuk tunggu cinta daripadanya. tidak mungkin cinta ini akan berkubur. aku telah menyatakan hanya dia yang aku cintai dan itu tidak akan pernah terkubur walau untuk seribu tahun.

jiwa ini mulai sedar akan kealpaan aku terhadap permasalahan yang aku fikirkan. tidak guna aku memikirkannya lagi. langkah kakiku terhenti dan menarik nafas panjang. aku berpatah balik ke arah Adibah yang aku tinggalkan tadi. dengan senyuman Adibah menunggu aku. mungkin dia telah tahu apa maksud aku berpatah balik.

"terima masih dib. aku telah temui apa itu kehidupan. aku tak nak hancurkan hidup ini dengan mengharapkan impian yang palsu. aku malu jika terus begini" aku mula sedar. mata aku tajam memerhatikan mata Adibah. dia seakan-akan faham dengan menunjukkan reaksi yang positif. tangannya aku genggam sambil mengucapkan syukur dan terima kasih kepadanya.

aku menyabung "aku telah sedar sekarang. mungkin tuhan mahu menemukan aku dengan nur-Nya. jiwa aku telah tenang setelah aku mendapatkan kedamaian itu"

"baguslah kalau macam itu. itu tandanya masih ada yang sayang. DIA masih sayangkan kita ini walau kita selalu lupakan-Nya. Adibah memberikan kata-kata yang masuk akal. itulah Adibah yang aku kenal. seorang wanita yang pandai berkata-kata.

"terima kasih tuan puteri yang cantik rupawan" aku menyeloroh sambil tersenyum. cantik juga Adibah ini bila turut tersenyum. matanya bersinar-sinar tampak jelas keayuan wajahnya. untung siapa yang mendapat cinta dari Adibah. orangnya cantik, baik, berbudi bahasa dan pandai masak.

"ada pula. esok kau nak buat apa?"

"ermmm.." aku memikir panjang

"ermmm..apa?, tak kan tak ada idea?" Adibah mengejek aku dengan pandangan sinisnya.

"esok aku duduk rumah je. malas nak keluar" aku membalas

"baiklah. kau rehat esok dan jangan banyak fikir." Adibah memberikan arahan kepada aku.

"yes boss. berita faham" aku tertawa kecil walaupun jauh di sudut hati aku masih merasakan pedih dan sakitnya dilukai. aku harus kuatkan diri dan gagah menerima kenyataan. mungkin ini jalan takdir aku yang harus aku terima.

aku dan Adibah melangkah pulang setelah jam di tangan menunjukkan hampir pukul 11.30 malam. waktu sudah lewat. kalau lewat, esok mesti ada yang demam. keadaan cuaca malam itu memang dingin. malam itu menjadi titik permulaan aku setelah aku dikecewakan.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky