- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Ahad, 18 Januari 2009

Intan Suraya 6

jam di tangan menunjukkan pukul 7.30 malam. aku belum lagi pulang ke rumah. Khairul dan Adibah sudah pulang awal. sebaik sahaja habis perbincangan di perpustakaan, aku terus pergi ke kedai membeli barang dan meminta mereka pulang dahulu. keadaan macam selalu, perkhidmatan bas di kawasan sini memang tidak memuaskan. dalam satu jam belum tentu boleh dapatkan bas. sudah berkali aduan di buat. namun, hasilnya tetap sama.

di perhentian yang gelap kerana berjauhan dengan lampu jalan aku duduk sendirian. dengan membimbit plastik beg yang berisi buku yang baru aku beli. beg ke kuliah seperti biasa, aku galaskan di belakang badan. aku malas untuk membimbit buku sebab itu aku membeli beg galas.

dalam dingin malam, tika aku duduk sendirian di perhentian bas. aku terlihat satu kelibat berjubah biru muda. hanya aku melihat wajahnya sahaja. dia berjalan menuju ke perhentian bas. semakin dekat kelibat itu mendekati perhentian bas, aku semakin tahu siapa dia.

"Intan suraya" aku tekejut. pada masa yang sama aku merasa hairan. buat apa dia maghrib seperti ini. jalan seorangan tidak takutkah dia?.

sebaik sahaja intan suraya tiba di perhentian bas, dia mengkakukan diri dariku sejarak 3 meter. mungkin dia takut untuk mendekati aku. aku faham, jika seorang perempuan berbuat demikian. aku hanya diam dan turut membekukan diri. wajah cantik itu, memandang kiri dan kanan. entah apa yang dipandangnya.akhirnya, dia cuba memberanikan diri untuk melihat wajahku.

"awak" suara dia mula kedengaran.

"saya. kenapa?" aku merasakan kehairanan.

"maafkan saya. saya tak perasaan awak tadi. awak ingat saya lagi? saya yang tadi petang bertanyakan pejabat bendahari" Intan cuba mengingatkan dirinya kepada aku. sedangkan aku dari awal sudah tahu.

"oh, ya saya." aku cuba sedikit berlakon.

"kenapa malam-malam seperti ini keluar sendirian. tidak takutkah?" aku menyambung.

"sebenarnya saya baru selesaikan urusan pendaftaran. saya tunggu lama sehingga waktu pejabat tutup. kemudian, saya mencari musolah, tetapi sesat. setelah solat, saya bergegas pulang. tetapi kelibat bas tidak kelihatan. itu yang saya jalan kaki." cerita panjang Intan.

kesihan dia, jelas kelihatan wajah keletihan.

"awak duduk kolej kediaman mana?"

"saya duduk koleh 10" jawab intan.

"awak pula" sambungnya lagi.

"saya kolej 12" aku membalas.

tiba-tiba kedengaran suara enjin kenderaan dari jauh. semakin lama semakin kuat kedengaran. akhirnya, bas yang ditunggu sampai.

"alhamdulilah intan. bas sudah sampai"

"syukran" balas intan.

bas yang bergerak itu, berhenti di hadapan perhentian bas dan aku mempersilakan intan naik dan aku mengekorinya dari belakang. penumpang dalam bas itu tidak ramai, aku dan intan masing-masing mengambil tempat duduk yang berasingan. namun ada ketika aku memandangnya dari jauh. dia turut memandang dan tersenyum ke arah aku.aku tidak mengharapkan apa-apa. cuma sebagai kawan sahaja. tak lebih dari itu. cukuplah aku telah disakitkan oleh insan yang bernama perempuan. memang aku akui, aku mulai suka dengan intan, tapi aku harus menafikan perasaan itu. aku tidak layak untuk insan sebaik dia. cukup hanya sekadar kawan. itu sudah cukup bagi aku.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky