Intan Suraya 11
INTAN SURAYA 11
Aku telah jaga dari tidur seawal pukul 5.30 pagi. Sengaja aku baringkan badan aku beberapa minit seketika sebelum aku bangkit dan mandi. Aku teringat ketika aku dan Intan keluar makan malam bersama-sama. Betapa indahnya malam itu, walaupun aku tidak mengharapkan sesuatu yang lebih dari itu. Cukuplah hanya berbual-bual dan kenal dirinya dengan lebih dekat lagi. Tersenyum lebar aku dibuatnya. Indah, sungguh indah waktu itu.
“Man, kamu sudah bangun ke belum?” tiba-tiba suara nenek kedengaran diluar pintu bilik.
“Sudah nek, kejap lagi man mandi” balas aku.
Sudah kebiasaannya aku bangun lewat dan nenek akan mengejutkan aku. Tetapi lain pula pada hari itu, aku bangun awal dan sukar untuk aku lelapkan mata. Aku tidak mahu hari-hari yang indah berlalu begitu saja. Tapi waktu terus berlalu.
“Dahlah man, bangun. Apa yang kau fikirkan. Kalau dia jodoh kau, tak akan kemana.” Aku mengeluh panjang sendirian.
Dengan perlahan aku bangkit, menyelak cadar yang menyelubungi tubuh aku kerana kesejukan oleh penyaman udara. Selangkah demi selangkah aku berjalan menuju sudut kiri katil untuk mengambil tuala biru muda aku. Lantas, aku menuju ke muka pintu. Tombol pintu aku pulas, terlihat kelibat nenek sedang membuat sarapan di dapur. Kebetulan pintu bilik aku bertentangan dengan ruang dapur. Nenek telah membela aku dan adik aku setelah kedua orang tua aku meninggal dunia dalam satu kemalangan 7 tahun yang lalu. Begitulah rutin seharian nenek, bangun seawal 5.30 pagi. Menyiapkan sarapan dan mengejutkan aku dan Aimin.
Aimin dua tahun muda dari aku. Selain Adibah dan Khairul, Aimin tempat aku luahkan kesedihan ketika menghadapi kekecewaan sedikit masa dahulu. Aimin dan nenek adalah insan yang aku sayangi.
Tiba-tiba lamunan aku terhenti.
“Man, semalam aku lupa nak bagi tahu kau. Khairul telefon. Kau dah janji dengan dia ke?. Dia cuba telefon kau tak dapat” Suara Aimin menerpa telinga aku dari belakang. Sedikit terkejut aku dibuatnya.
“Ya Allah. Aku terlupa. Malam semalam aku ada janji dengan dia nak jumpa kat kedai mamak depan kolej. SubahanaAllah.” Aku mengeluh panjang.
“Khai ada cakap apa-apa lagi tak?”
“Tak ada” jawab aimin ringkas.
Aku terus menuju ke bilik air untuk mandi. Aku terlupa aku sudah janji dengan Khairul untuk jumpa di kedai mamak. Macam mana aku boleh lupa sedangkan aku bukan seorang yang pelupa. Betul kata orang, kalau dan mabuk bercinta semua benda boleh berubah. Manusia pun boleh hilang kewarasan. Aku mesti minta maaf pada Khairul. Aku mesti jelaskan hal yang sebenarnya esok kepada Khairul. Harap dia akan mengerti.

0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home