wang, rasuah dan dosa
Kerna wang
manusia lupa erti kemanusian,
kerna wang
ramai menjadi mangsa,
Tapi tanpa wang, hilang segalanya,
Hilang pangkat, darjat dan kepercayaan.
Pagar yang diharap,
akhirnya memakan padi.
Bumi yang dijunjung
terhempas jua ke tanah,
dengan wang darah sanggup dijual,
Dan manusia sangup diperhambahkan.
Ada apa dengan rasuah,
Jika bukan kerana wang,
Setinggi akal manusia,
Sejauh daulat martabatnya,
Dapatkah dibeli dengan wang?
Apa erti rasuah?
Sehingga sanggup memakan saudara,
Darah yang sama mengalir dijual kepada berharta,
Mata yang melihat,
tangan yang menerima,
Semuanya kerana wang, wang dan wang
Si kaya memberi harga,
Si miskin meletak maruah,
si tinggi memandang hina pada si rendah.
Semuanya sama menikmatinya.
Aku takut,
jangan kerana wang,
saudaraku disiksa,
jangan kerana rasuah,
ramai yang berdosa.
Air yang mengalir,
Akan terus sampai ke muara,
Tapi tangan yang menerima,
Boleh ditegah iman dan hati.
manusia lupa erti kemanusian,
kerna wang
ramai menjadi mangsa,
Tapi tanpa wang, hilang segalanya,
Hilang pangkat, darjat dan kepercayaan.
Pagar yang diharap,
akhirnya memakan padi.
Bumi yang dijunjung
terhempas jua ke tanah,
dengan wang darah sanggup dijual,
Dan manusia sangup diperhambahkan.
Ada apa dengan rasuah,
Jika bukan kerana wang,
Setinggi akal manusia,
Sejauh daulat martabatnya,
Dapatkah dibeli dengan wang?
Apa erti rasuah?
Sehingga sanggup memakan saudara,
Darah yang sama mengalir dijual kepada berharta,
Mata yang melihat,
tangan yang menerima,
Semuanya kerana wang, wang dan wang
Si kaya memberi harga,
Si miskin meletak maruah,
si tinggi memandang hina pada si rendah.
Semuanya sama menikmatinya.
Aku takut,
jangan kerana wang,
saudaraku disiksa,
jangan kerana rasuah,
ramai yang berdosa.
Air yang mengalir,
Akan terus sampai ke muara,
Tapi tangan yang menerima,
Boleh ditegah iman dan hati.
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home