- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Sabtu, 17 Januari 2009

Intan Suraya 1

Aku pun berhak mendapatkan kebahagian seperti orang lain. lihat orang lain bergembira, bersuka, dan berpasangan membuatkan aku iri dengan semuanya. namun semua itu aku pendamkan dalam hati yang paling dalam. aku tidak terdaya melihat semua itu. semakin aku fikirkan semakin itu aku lemah untuk melangkah menuju ke situ. ke jalan yang satu menuju bahagia. masih adakah bahagia yang aku idamkan. wajah mu sering membuatkan aku sayu dan tidak berdaya. aku tertanya keseorangan.

dalam diam, aku merayu pada hati, pada bintang dan bulan. air laut yang deras menghempas sisir menjadi saksi aku di situ. tangan yang lemah diangkat tanpa ada daya yang ada. suara aku terketar-ketar untuk berkata. namun apakan daya, semuanya telah berlaku. pintu hati ini telah tertutup meski pun telah aku bukakan untuk dirimu.

aku harus relakan semuanya walaupun aku tidak mahu. dengan sejuta harapan dan impian yang dibina. terpaksa dirobohkan meskipun banyak yang telah dikorbankan. tidak dinilai dengan jutaan ringgit dan dollar. aku melihat jauh dihadapan dalam malam, mata aku jelaskan penglihatan. pulau-pulau yang berdiri megah memberikan syarat kepada aku, aku harus gagah seperti pulau. walau angin kencang melanda harus aku sekuat itu.

aku berjalan keseorangan dengan harapan, suara tangisan kesediahan aku kedengaran. tetapi semua itu sia-sia. sepatutnya aku tidak memberikan harapan kepada dia. tangan aku masih memegang kuat telefon bimbit, menunggu panggilan daripadanya. aku masih mengharapkan harapan itu. aku cuba untuk menjadi yang terbaik. namun cinta aku tak bisa menerima tadir untuk diri aku.

aku mencari sinar itu di hadapan pulau dengan sekuat angin malam. langkahku terhenti seketika tika nama aku dipanggil.

"Aiman, kenapa kau jauh termenung" Adibah menerpa telinga dan mengalihkan pandangan aku. dia sudah terpacak dihadapan aku dengan berkaki ayam. wajahnya sedikit sayu. mungkin dia sedih melihat keadaan aku.

"saja. melihat keindahan tuhan yang penuh dengan ketenangan" aku mengangkat kepala sebaik sahaja mula menutur kata. kelihatan wajah kesedihan aku dapat ditangkap oleh Adibah.

"Kau kenapa? sedih semacam. kalau ada apa-apa bagi tahu aku. kitakan kawan" Adibah mula melangkahkan kaki mendekat ke arah aku. aku tidak dapat menyembunyikan wajah kesedihan ini walau aku tahu, niat aku untuk menafikannya.

"Aku terdiam dan berpaling muka. aku meneruskan perjalanan meninggalkan adibah sendirian. Adibah tidak pula mengejarku dari belakang. mungkin di faham keadaan aku dan sudah tahu perangai aku. aku dengan dia telah berkawan hampir 18 tahun. dia kawan yang paling aku sayang dan rapat. tapi dalam situasi seperti ini biarlah aku menyendiri.

hati ini cukup terguris dengan kata-kata yang tidak disangkakan akan keluar dari mulut insan yang aku sayangi. perit untuk aku terima dan aku telan. ibarat sirih yang terpaksa aku telan walaupun aku tidak mahu menelan. hati siapa yang tidak akan sakit jika ada insan yang berada dalam posisi aku sekarang ini.

aku banyak bersabar dan terus melangah dalam gelap malam. ditemani desiran ombak dan bayu angin yang dingin.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky