AZAM
Dalam gelap, aku mencari bayangan
Dalam terang aku mencari sinaran,
Tanpa arah aku melangkah,
Mencari satu cita yang tulus.
Bukan kerana ringgit aku harapkan,
Bukan kerana harta aku kejarkan,
Hanya satu aku inginkan,
Semuanya sudah dalam genggaman.
Jauh aku merantau mencari ilmu,
Kampung dan desa aku tinggalkan,
Masa tenaga aku korbankan,
Demi cita niat yang suci.
Bukan kepingan kertas aku harapkan,
Bukan kebanggan aku impikan,
Cukuplah sekadar keluarga terbela,
Anak bangsa terdidik.
Langkah demi langkah aku gagahi,
Tahun demi tahun aku rintangi,
Kini sudah nyata segalanya,
Akhirnya aku bergelar seorang guru.
Dalam terang aku mencari sinaran,
Tanpa arah aku melangkah,
Mencari satu cita yang tulus.
Bukan kerana ringgit aku harapkan,
Bukan kerana harta aku kejarkan,
Hanya satu aku inginkan,
Semuanya sudah dalam genggaman.
Jauh aku merantau mencari ilmu,
Kampung dan desa aku tinggalkan,
Masa tenaga aku korbankan,
Demi cita niat yang suci.
Bukan kepingan kertas aku harapkan,
Bukan kebanggan aku impikan,
Cukuplah sekadar keluarga terbela,
Anak bangsa terdidik.
Langkah demi langkah aku gagahi,
Tahun demi tahun aku rintangi,
Kini sudah nyata segalanya,
Akhirnya aku bergelar seorang guru.
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home