- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Ahad, 18 Januari 2009

Intan Suraya 5

wajahnya membuatkan aku tidak lena tidur malam. matanya yang bersinar bak kilauan kaca, masih aku rasakan betapa tajamnya pandangan itu. walau menatap untuk seketika, aku melihat dengan penuh ruang tanpa ada sedikit yang tertinggal.

intan suraya, satu nama yang cantik sama seperti tuannya. seorang gadis yang berbudi pekerti dan sopan santun.

"eh. kenapa aku mengingatkan tentang intan suraya. aku berbual dengannya tidak pernah malah aku memujinya tinggi melangit. aku takut, hanya indah rupa dari kabar" aku berbisik sendirian. aku meyakinkan diri aku, bahawa intan suraya tidak sesempurna itu. tidak ada gadis yang sempurna itu. aku tidak boleh memandang luaran sahaja, malah dalaman paling penting.

"ooii.. apa yang dimenungkan tu. aku dengan Adibah sibuk-sibuk belek buku, yang kau mengelamun panjang pasal apa." Khairul menyentap aku dari lamunan. buku yang aku pegang tercampak beberapa inci. aku sedikit terkejut. melihat keadaan aku, Adibah merasa hairan. wajahnya mula berkerut dan penuh dengan tanda tanya.

"ni mesti kau teringatkan Intan suraya kan?"sambung Khairul

"Intan suraya?" Suara Adibah penuh kehairanan. dia berhenti seketika sebelum bersuara kembali.

"siapa intan suraya?"

"entah. budak baru agaknya. tapi terserempak depan pintu perpustakaan. dia tanya pejabat bendahari." Khairul menerangkan kepada Adibah.

aku hanya memerhatikan gelagat Khairul berceloteh panjang kepada Adibah. perasaan aku kian rungsing dan bercelaru. aku menafikan semuanya tanpa ada rasa penyesalan.

"hai, kenapa tiba-tiba intan suraya jadi isu dalam tugasan kita ni?" aku hendak mengalihkan tajuk perbualan dari terus berpanjangan.

"dia tadi mulakan dulu" Khairul berseloroh.

"aku tahu. ni mesti kau ada hati dengan budak tu. kalau tak, masakan kau mengelamun panjang." Adibah mula meragui sesuatu dan mula mendapatkan kepastian.

"aku tak berbual langsung dengan dia. Khairul ada berbual. sudahlah, tak guna kita bahaskan pasal ini. perpustakaan tutup pukul 6. tak sempat pula kita nak cari bahan dan asingkan" aku sekali lagi mula mengalihkan tajuk perbualan.

"baiklah." Khairul faham akan maksud aku. Adibah hanya diam membisu sambil membelek helaian buku dengan keras. hampir terkoyak helaian buku itu. mungkin Adibah tidak puas hati dengan jawapan yang aku berikan. tapi itulah Adibah seorang yang tegas.

hapir 2 jam lebih kami berada di dalam perpustakaan. cerita tentang intan, tidak lagi kedengaran. susah tajuk tugasan yang diberikan oleh Pn. Bartha. seorang pensyarak india yang cantik. dengan rambut panjang ikal mayang, wajah putih. wajahnya seakan-akan kajol. kadang-kadang aku dan rakan-rakan memanggilnya kajol. untuk mengambil hati. makin dia suka.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky