- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Isnin, 5 Januari 2009

Allah, Takdir dan Api

Assalamualikum...

akhir kembali juga aku ke upsi dengan tahun dan azam yang baru...cuti bosan..naek sem pon bosan gak...mana ada tempat atau benda yang kita buat tak bosan...

tahun ini, merupakan tahun penuh liku yang aku rasa perlu ditempuh dengan mencabar..entahlah dh bersedia ke belom aku... aku ada terbaca satu artikel yang boleh memberikan manfaat kepada kita semua..insyaAllah..artikel itu berbunyi seperti ini...

ada dua orang sahabat, seorang muslim dan seorang lagi non muslim...non muslim ini pandai juga mengenai ilmu agama islam...dah ada kemusykilan berkaitan dengan islam.. non muslim ini memberikan tiga soalan kepada sahabat yang muslim ini..soalan2 itu adalah...

1. adakah Allah itu wujud?
2. adakah kita perlu percaya akan adanya takdir?
3. jin dan syaitan diperbuat daripada api. adilkah allah mencampakan jin dan syaitan ke dalam api neraka, walhal mereka sememangnya daripada api dan tidak akan menerima kesan daripada itu?

soalan rakanya itu membuatkan lelaki muslim tersenyum..lalu menampar lelaki non muslim tersebut.. lelaki non muslim lalu berkata "kenapa kau menampar aku"... dengan nada yang tenang lelaki muslim itu menjawab "itu adalah jawapan daripada persoalan kau"...lelaki non muslim kebinggungan. dia masih tidak mengerti akan perlakuan sahabatnya yang menamparnya..

kemudian, lelaki muslim itu menerangkan jawapan yang diberikan iaitu menampar..

1. adakah Allah itu wujud?
lelaki muslim : apa yang kau rasa, sebaik sahaja aku menampar kau?
non muslim : sakit
lelaki muslim : adakah kau nampak sakit itu?
non muslim : tidak.. tapi memang sakit..
lelaki muslim : itulah jawapanya..kau tidak nampak tapi kau tahu sakit itu ada.. begitu juga dengan kewujudan Allah..kita tidak nampak dan lihat, tetapi kita tahu Allah itu ada dan wujud..

2. adakah kita perlu percaya akan adanya takdir?
lelaki muslim : adakah kau tahu bahawa aku akan menamparmu hari ini?
non muslim : tidak tahu..kenapa?
lelaki muslim : itulah namanya takdir..kau tidak tahu apa akan berlaku kepada diri kau.. semuanya telah dirancang oleh di Atas..kau perlu percaya takdir kau dan semua yang berlaku ada hikmahnya..seperti kejadian aku menampar kau..


3. jin dan syaitan diperbuat daripada api. adilkah allah mencampakan jin dan syaitan ke dalam api neraka, walhal mereka sememangnya daripada api dan tidak akan menerima kesan daripada itu?
lelaki muslim : apa yang kau rasa ketika aku menamparmu?
non muslim : sakit la...
lelaki muslim : kau tahu tanganmu diperbuat daripada apa?
non muslim : menurut kepercayaan kau, tangan diperbuat daripada tanah..
lelaki muslim : pipi pula..
non muslim : pipi juga diperbuat daripada tanah..
lelaki muslim : jika pipi ditampar oleh tangan, apa yang kau rasakan?
non muslim : sakit
lelaki muslim : itulah analoginya.. Allah itu maha bijaksana dan adil... jika jin dan syaitan diperbuat daripada api, jika di campakan kedalam api neraka.. dia akan merasakan sakitnya... walau mereka daripada unsur kejadian yang sama.

itulah sedikit sebanyak yang aku ingin kongsikan..semoga menjadi maanfaat kepada kita semua..insyaAllah..

1 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky