- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Isnin, 17 November 2008

Festival Nasyid Kebangsaan: Kumpulan Citra


Assalamualikum.

Kumpulan citra adalah antara 4 kumpulan yang berjaya melangkah ke peringkat akhir bagi kategori nasyid moden dalam pertandingan nasyid peringkat kebangsaan pada tahun ini setelah melalui pelbagai kesukaran. Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun lepas dan dianggotai seramai 14 orang ahli kumpulan adalah salah satu kumpulan nasyid yang berasal daripada Sir Aman, sarawak. Setelah menang dalam pertandingan nasyid peringkat negeri, kini Kumpulan Citra melangkah setapak lagi apabila berjaya ke peringkat akhir dengan alunan lagu Aura Kemasyhuran. lagu ini jika di lihat pada lirik dan alunan melodi cukup sempurna dan tenang. malah saya sendiri mendengarnya berulang kali sehingga menghafalnya. diharapkan kumpulan ini akan melakar kejayaan di Festival Nasyid Kebangsaan pada akhir bulan November ini.insyaAllah dengan berbekalkan semangat, lagu yang cukup menarik dan startegi yang mantap. amin.

Pencapaian:
1. Anugerah lagu terbaik nasyid moden peringkat negeri sarawak 2007 (mawar pekerti)
2. Johan festival nasyid negeri Sarawak 2008 kategori moden,
3. Anugerah lagu terbaik nasyid moden peringkat negeri Sarawak 2008
4. Lirik lagu terbaik nasyid moden peringkat negeri Sarawak 2008
5. Persembahan terbaik nasyid moden peringkat negeri Sarawak 2008
6. Finali Peringkat Akhir Festival Nasyid Kebangsaan 2008-akan bertanding pada 29/11/08


lirik lagu Aura Kemasyhuran
lagu ciptaan:Adam Bin Abu Kawi
lirik oleh zizy

Aura Kemasyhuran By Citra

Bahang panah mentari sinar berkilauan,
Awan memutih dilangit kebiruan,
Nun di sana gema azan bersahutan,
Mengetar sukma wira perjuangan,

Kau permata buktikan intan keunggulan,
Melabuhkan citra ummah sarat berwawasan,
Percikan semangat naluri keislaman,
Luhur budimu penyambung warisan,

Sujudmu bersunnah doa berkalimah,
Kau genggam amanah atas kalam Allah,
Di saat manusia leka kealpaan,
Kau bongkar rahsia Allah indahnya ciptaan,

Hikmah rahmat nikmat perjuangan,
Dikau buktikan kesempurnaan,
Nilai keagungan nyata digenggaman,
Kau pejuang penyinar harapan,

The moon faintly sings,
Whispering inside,
U croons the song of life,
Creates the aura of fame,

Tulus kasih mengalir beraksi rembulan,
Keikhlasan yang hadir bintang germelapan,
Kini kau kalungkan intan kesucian,
Keunggulan dilakar berkilauan.


video Aura Kemasyhuran Peringkat Negeri Sarawak 2008




Keputusan Penuh Festival Nasyid Peringkat Negeri Sararawak 2008




InsyaAllah dengan usaha dan berkat dan kehendak Allah, kumpulan ini akan beroleh kejayaan. sama-sama kita doakan.amin

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky