- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Rabu, 12 November 2008

TOKOH : TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD

TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD



Kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad amat dikagumi oleh pelbagai pihak sama ada di dalam atau di luar Negara. Beliau merupakan lambang Ultra Rasional dan Pragmatis Melayu ‘Pra Excellence’. Kepimpinan dan kecekapan beliau terbukti setelah beliau menjadi pemimpin nombor satu Negara. Buktinya, setelah menjawat jawatan perdana menteri, beliau telah mempercepatkan waktu rasmi Negara kepada 30 minit lebih awal. Seolah-olah beliau mahu memberikan isyarat bahawa pemerintahan beliau telah bermula dan akan mejadi lebih pantas daripada sebelumnya. Anak bangsa Melayu ramai yang menganggap beliau sebagai antiglobalisasi dan antikapitalisme. Namun pandangan ini salah kerana sudah terbukti bahawa beliau bukan sedemikian sebaliknya beliau besifat unversialisme dan globalisme. Sikap keterbukaannya dalam pentadbiran dan ketegasannya telah membuatkan semua pemimpin lain sama ada di luar atau di dalam Negara memandang tinggi terhadap kebolehan beliau.

Dasar pemerintahan yang digunakan oleh beliau terbahagi kepada 5 dan setiap dasar tersebut memainkan peranan masing-masing. Dasar tersebut adalah nasionalisme, kapitalisme, populis, islam dan autotitarianisme. Populis yang membawa nama Malaysia ke mata dunia Berjaya beliau lakukan dengan berdirinya Menara Berkembar Petronas. Secara jujurnya beliau menyatakan pelaksanaan pembinaan bangunan antara tertinggi di dunia itu adalah untuk membuka mata dunia bahawa sebuah Negara kecil, Malaysia wujud dan akan memberikan amaran bahawa Negara ini sedang berkembang maju. Pada masa yang sama, Menara Berkembar petronas tersebut akan menarik perhatian pelancong dan masyarakat Malaysia akan merasa bangga dengan bangunan ini.



Beliau masih mengamalkan dasar kapitalisme kerana dunia luar memaksa untuk beliau berbuat demikian namun beliau merupakan salah satu pemimpin yang berani menentang ketidaksamaan dalam kapitalisme, nilai negatif barat dan ortodoks dalam agama secara terbuka. Lantas disini, membawa erti yang berbeza walaupun beliau masih mengamalkan dasar kapitalisme namun ada batas-batasnya. Disebabkan sistem kapitlisme, Negara mengalami krisis ekonomi yang teruk pada tahun 1997. Serangan secara senyap terhadap matawang pelbagai Negara memberikan kesan yang buruk. Selaku Perdana Menteri yang berpandangan jauh dan berpengalaman, Tun Dr Mahathir menghadapi serangan ini dengan tenang. Ekonomi serantau terancam termasuk Malaysia sehingga memaksa beliau menggantung wang ringgit Malaysia pada RM3.80 berbanding dollar Amerika. Serangan matawang merupakan yang paling dasyat kerana dirancang oleh kuasa Iluminati Zionis yang boleh menjatuhkan negara tanpa senjata-api tetapi bursa saham dan matawang secara sembunyi tangan.

Kebolehan beliau dalam mentadbir Negara dengan cemerlang telah membuka mata dunia, sekali gus Berjaya membawa Negara Malaysia ke arah yang boleh dibanggakan walaupun pada ketika itu usia Malaysia hanya sekitar 50 tahun. Jika ada beberapa orang seperti beliau yang memimpin Negara Malaysia, maka tidak mustahil Malaysia akan mencapai Negara maju sebelum 2020. kebanggan rakyat Malaysia sebenarnya terletak kepada Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Selama 22 tahun beliau memerintah, pelbagai usaha telah dibangunkan. Saya melihat daripada sudut keunikan pentadbiran beliau, dan bukannya dari sudut politik atau kehidupan beliau.



oleh
abg aloha

1 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky