Tali Tersimpul Mati
tali itu pernah aku ikat pada lengan,
sebagai tanda aku cintamu,
tali itu juga pernah aku leraikan,
setelah kusut kau simpulkan.
janji pada satu nama,
bukan pada satu hati,
tali itu turut jadi saksi,
luahan hati dua insan.
pengorbanan tali pada kita,
terlalu besar, dan jangan dipersoalkan,
kerna talilah kita tersimpul,
dan kerna talilah kita terikat,
satu nama yang indah dan segar,
satu lafaz dari hati yang berbeza,
tali itu tali cinta dan jiwa kita.
hilang jasa pada tali,
terpasa mencari untuk disanjung,
tali terikat tersimpul bercabang,
cinta dua hati berlainan insan,
cinta pada dia, dan insan yang lain,
memberikan satu makna yang berbeza
dan simpul yang berbeza,
namun kerana tali itulah,
kita sayang seseorang.
ibarat tali yang tidak boleh dilerai,
atau diurai oleh jari jemari,
aku gambarkan cinta itu adanya,
cinta pada kau, bergelar manusia,
dan tuhan pencipta.
sebagai tanda aku cintamu,
tali itu juga pernah aku leraikan,
setelah kusut kau simpulkan.
janji pada satu nama,
bukan pada satu hati,
tali itu turut jadi saksi,
luahan hati dua insan.
pengorbanan tali pada kita,
terlalu besar, dan jangan dipersoalkan,
kerna talilah kita tersimpul,
dan kerna talilah kita terikat,
satu nama yang indah dan segar,
satu lafaz dari hati yang berbeza,
tali itu tali cinta dan jiwa kita.
hilang jasa pada tali,
terpasa mencari untuk disanjung,
tali terikat tersimpul bercabang,
cinta dua hati berlainan insan,
cinta pada dia, dan insan yang lain,
memberikan satu makna yang berbeza
dan simpul yang berbeza,
namun kerana tali itulah,
kita sayang seseorang.
ibarat tali yang tidak boleh dilerai,
atau diurai oleh jari jemari,
aku gambarkan cinta itu adanya,
cinta pada kau, bergelar manusia,
dan tuhan pencipta.
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home