- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Sabtu, 31 Januari 2009

Intan Suraya 9

Dalam keheningan angin malam, membuatkan keringat ketika aku bersukan petang tadi cepat sahaja mengering. Hangat bertukar menjadi dingin. Segar semula badan aku, seolah-olah mendapat tenaga kembali setelah beberapa minit berehat. Aku bangkit dari kerusi malas yang semamangnya tersedia dihadapan rumah aku. Kerusi malas itu, kepunyaan arwah nenek aku dan telah menjadi kepunyaanku. Hanya melepaskan tekanan, kebosanan dan kepenatan. Kerusi itu sentiasa menjadi peneman.

“Alamak, aku terlupa. Malam nanti aku ada janji dengan intan” desiran aku sendirian. Terujanya aku ketika intan setuju untuk keluar dengan aku. Pada mulanya, aku tidak yakin dia akan menerima pelawaan aku untuk keluar makan malam. Tapi, akhirnya usaha aku tidak sia-sia.

“ya, saya setuju keluar dengan awak. Tapi dengan satu syarat. Saya mesti balik sebelum pukul 10.30 malam.” Aku teringat kembali dialog Intan sewaktu menerima pelawaan aku. Aku lelaki yang paling bertuah didunia ini. Gembirannya aku ketika itu. Hanya tuhan yang tahun.

Jarum Jam di dinding menunjukkan pukul 6.30 malam. Aku kena bersiap awal. Takut terlewat. Pakaian belum gosok lagi, mana nak solat, mandi, berus kasut yang sudah lapok dek terkena habuk. Tidak mungkin aku memakai kasut kuliah atau kasut yang biasa aku pakai. Aku harus kelihatan berbeza dari biasa. Betapa semangatnya aku ketika bersiap-siap. Semua benda diberikan perhatian dengan teliti.

Tanpa melengahkan masa, aku mencapai tuala biru muda yang baru dibasuh, sambil melangkah menuju ke tandas. Kebiasaanya aku mandi paling lama 10 minit. Tetapi tidak untuk kali ini. Waktu mandi aku pada hari itu, memakan masa hampir 25 minit. Bayangkan, betapa lamanya. Sampai membiru tapak tangan dan kaki aku.

Hampir 25 minit aku membasahkan diri, aku mencapai tuala biru dan mengelap seluruh badan aku sehingga kering. Dan terus melangkah keluar dari bilik air. Dari situ pula, aku mula berdandan. Kalah perempuan ketika bersolek. Bertapa terujannya aku ketika itu. Hanya tuhan yang tahu apa perasaan aku ketika itu. Tiada ungkapan yang paling indah yang keluar dari santun kata manusia. Satu kalimat yang bias membunuh manusia. Hebatnya perasaan aku ketika itu. Kuat ditarik gelombang tsunami cinta pertama. Tapi itu bukan cinta, aku tidak boleh mengharapkan sesuatu yang susah untuk aku gapai. Aku menafikan perasaan aku buat sekian kalinya.

“ya, saya setuju keluar dengan awak. Tapi dengan satu syarat. Saya mesti balik sebelum pukul 10.30 malam.” Suara itu sekali lagi terngiang-ngian dari telinga aku. Aku tersenyum sambil memandang wajah aku dibalik cermin.

“Intan, kalau saja kau tahu perasaan aku…” aku mula berbicara sendirian. Belum sempat aku habis berbicara. Aku terpandang jam didinding.

“alamak, dah pukul 7.45 malam. Aku dah lewat.” Terus berkerut dahi aku.

Aku terus mengenekan pakaian dan minyak wangi. Tergesa-gesa aku menuju ke tempat yang dijanjikan.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky