- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Sabtu, 31 Januari 2009

Intan Suraya 10

Intan Suraya 10

Tersenyum riang aku keluar dari rumah. Aku mengambil kunci motosikal yang tersadai disebelah pintu rumah. Motosikal itu telah aku mandikan sejak petang tadi. Tapi tak mungkin Intan mahu menunggang motosikal bersama aku. Aku berfikir panjang. Tak terfikir pula aku. Aku terus berfikir dan berfikir.

Alamak, dah terlewat. Aku fikirkan nanti sajalah. Apa-apa pun sekarang, aku sampai di tempat yang dijanjikan.” Desiran hatiku yang panjang. Laju aku menunggang motosikal. Tidak seperti biasanya. Dari Mount Austin, aku terus menunggang ke Taman Daya, Taman Istimewa, dan melalui jalan besar menuju ke jalan Bandar. Tempat yang dijanjikan terletak di Kampung Melayu Majidee. Berdekatan dengan rumah mak ciknya.

Hampir 15 minit aku menunggang motosikal. Akhirnya sampai juga. Jantung aku mula berdetak kencang. Apakah perasaan itu? Persoalan yang menimbulkan kerisauan. Jelas terlihat pada wajah aku. Adakah ini perasaan bila orang jatuh cinta. Bodohnya aku, baru sekarang aku dapat rasakan perasaan itu.

Jauh di sudut restoran terlihat satu kelibat wanita bertundung warna hitam. Pandangan dari belakang, tidak berapa jelas. Adakah itu Intan atau orang lain. Adakah aku terlewat untuk sampai di restoran. Makan malam kali pertama dengan dia, aku dah lewat. Apa yang dia fikirkan aku tidak tahu.

Assalamualaikum maaf saya terlewat.” Aku dengan nada yang tersekat terpaksa aku sembunyikan kelam kabut itu sendirian. Tanpa menoleh wajahnya, Aku mengambil tempat duduk dihadapan intan.

Waalaikumusalam, saya baru juga datang” Intan bersuara.

Ya Allah, SubahannAllah, betapa indahnya ciptaanmu ya Allah. Seorang muslimah yang cukup sifatnya. Sungguh besar dan indahnya ciptaanmu ya Allah” desiran sendirian aku di dalam hati. Aku terpaku sejenak. Aku tidak layak untuk insan sesempurna ini.

Man, kau tak boleh jatuh cinta dengan dia. Kau tak layak untuknya. Dan dia bukan untuk kau” aku terus bertanya kepada diri sendiri. Memang betul, aku tidak bolehjatuh cinta dengan gadis sepertinya. Namun, aku kagum dengan ciptaan Allah S.W.T. sangat indah dan cantik. Memang kena dengan namanya, Intan suraya. Seorang gadis yang sempurna dari lahiriah dan perwatakanya juga sempurna.

Assalamualaikum” Intan memberi salam sebaik sahaja melihat aku duduk terpaku. Pipi aku merah menyala. Tidak tentu arah dan resah gelisah aku dibuatnya.

Apa awak menungkan tu. Saya di sini pun awak tak lihat.” Sambung Intan.

Hai Intan, rugi siapa yang tidak melihat kau. Aku terpaku sebab melihat kau, Intan” hati kecil aku turut berkata-kata.

Awak dengar tak apa saya katakan” sambung intan lagi. Aku terus terdiam dan binggung. Wajah aku mula kemerahan.

Itulah malam pertama kami keluar makan bersama, makan semeja, berbual-bual berdua dan hanya ada kami berdua. Sungguh indah dan tak akan pernah aku lupakan. Aku keluar makan dengan seorang bidadari yang turun dari syurga. SubahannaAllah, cantiknya ciptaan kau.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky