Perkara yang indah adalah saat aku melihat orang-orang yang aku sayangi menunaikan solat serta tunduk dan sujud kepada Allah swt.
Kata Nabi Muhammad saw, kesejukan mataku terletak dalam solat. (HR Nasa'i)
_______________________________________________________________________________
Assalamualaikum sahabatku semuanya,
Semoga kalian dibawah rahmat dan kasih sayang daripada Allah swt. Alhamdulilah, setelah hampir 3 tahun saya mendiamkan diri akhirnya saya kembali. Dan syukur Alhamdulilah kerana Allah swt memberikan saya hidayah untuk terus menjadi yang terbaik dimataNya. Semoga Allah swt terus memberikan kita hidayah dan petunjukNya.
Berbalik kepada perbincangan di atas,
Saya akui, saya sebenarnya tersentuh dan terharu saat melihat ahli keluarga saya rukuk dan sujud kepada Allah swt. Saya dapat rasakan ketenangan. Dan saya rasa rakan-rakan juga seperti itu kan kerana solat merupakan cara terbaik untuk kita berinteraksi kepada Allah swt.
Saya pernah membaca hadis Nabi Muhammad saw
Sayyidina Abdullah Bin Umar R.anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak mempunyai sifat amanah dan tidak ada solat bagi orang yang berwuduk. SESIAPA YANG TIDAK BERSOLAT maka dia TIDAK MEMPUNYAI AGAMA. Sesungguhnya kedudukan solat dalam agama ialah seperti kedudukan kepala kepada badan. (Yakni sebagaimana seseorang yang tidak mempunyai kepada tidak mungkin dapat hidup demikian juga tanpa solat, agama tidak akan dapat kekal) HR Tabrani: Taghrib.
Jadi, walau apa pun keadaan kita, Solat perlu diutamakan dari segala-galanya. Sebab itulah hati saya sangat-sangat tersentuh apabila melihat keluarga dan orang yang saya sayang rukuk dan sujud kepada Tuhan Yang Satu.

0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home