CoReTaN : 10/07/2011
Salam sejahtera, bermula lagi kisah seorang guru. Hari ini tanggal 10 Julai 2011 bersamaan dengan hari ahad. Aku berada di Kapit selama 2 hari untuk mengikuti satu kursus. Esok pagi, aku akan pulang. Seperti biasa juga, hari2 aku penuh dengan warna-warna ragam manusia. Ketika aku menulis coretan ini, aku seorang diri di dalam kamar, melayan Televisyon yang tidak pernah aku pandang. Mata aku lebih tertumpu pada skrin laptop Azrol.
Jam menunjukkan pukul 5.42 petang, Aziman, Adan dengan Lokman dah balik awal coz ada perkara yang tidak dapat dielakkan. Matyie pulak sakit, terkena gastrik. Bimbang kami kawan-kawan. Bukan apa, gastriknya boleh membawa bahaya. hari ini dia sehari suntuk tak dapat masuk ke dalam bilik kursus. Semuanya berpunca dengan sakit gastrik.
Semalam kami makan malam lambat, Matyie tak boleh tahan makan, kalau tahan makan, macam ni la, sakit yang amat sangat. Nasib baik peringkat gastrik aku belum sampai tahap dia. Harap2 dijauhkanlah. Yang ada di Kapit tinggal aku, Akram, Azrul dengan Anuar. Kami berempat telah berjaya sehingga ke peringkat akhir kursus.
Dah nama pun kursus pasti ada penceramah yang boring dan ada yang ok. Kalau boring, aku akan keluarkan buku catatan dan berchating dengan menulis di dalam buku tersebut. Kiranta berchating dengan menggunakan buku. Seronok juga rasanya, sekurang-kurangnya dapat menghilangkan boring. Aku menggunakan nama JJ = Jejaka Jambu, Anuar menggunakan nama JS = Jejaka Sejati manakala Azrul menggunakan nama SK = Sejati Ke? Memang lawak, semua rahsia terbongkar, terutamnya Anuar dengan ester. Aku tak nak cerita lebih, nanti lain pulak jadinya...
Ada seorang gadis dalam kursus tu kami gelarkan dia MB = Mulut Besar. Banyak cakap. Kalau muka cantik, tapi perangai dah macam mulut tempayan nak buat apa. Hyperaktif sangat. Last2 aku and the geng malas nak layan. Ada seorang ustazah yang bagi ceramah, dia canang nama aku. Dah aku kena jawab soalan ustazah, nasib baik aku boleh jawab. Tapi masalahnya, ada misunderstanding la dalam penerangan yang diberikan. Aku pon kadang-kandang keliru. Tapi apa-apa pun kursus dah selesai.
Tapi semuanya dah selesai. Sekrang tunggu nak makan malam, aku kalau lambat makan mula la perut aku meragam. Esok kena bangon pagi. Bot ekspress jam 6.30 pagi. Sampai di song dalam jam 7.30 pagi. Ingat sampai song nak terus pergi gym, tapi Andre ada kat Sibu. Tapi tak apalah. mungkin lain kali.
Ooo...ye sebelum aku terlupa, hari ini rumah aku di Johor akan diadakan kenduri doa arwah. Biasalah, rumah kita orang ni pada pertengahan tahun akan diadakan kenduri arwah. Aku suruh mak aku tambah satu nama arwah, iaitu abang man. Siapakah abang man?
Dia adalah seorang guru ngajiku. Dia baik dan layan aku sebagai adiknya. Kita orang jarang jumpa. Nasib baik sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu pada bulan April 2011, aku sempat berjumpa dengannya semasa cuti sekolah bulan Februari. Aku dah ampunkan segala kesalahan dia padaku. Ya Allah, tempatkanlah arwahnya bersama-sama dengan orang yang beriman. Amin.
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home