- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Sabtu, 11 Disember 2010

Pendidikan Seks bermula tahun 2011

Wajarkah Pendidikan Seks dilaksanakan di Sekolah menjelangan sesi persekolahan 2011.

....Kuala Lumpur - Wee Ka Siong, Wakil Menteri Pendidikan Malaysia, menyatakan pendidikan seks ini akan diajarkan dalam mata pelajaran yang diberi nama ‘pendidikan kesehatan reproduksi dan so****’ dan mulai diajarkan pada pertengahan Januari 2011 sebagai bagian dari kurikulum nasional.

“Langkah ini sebagai cara untuk memerangi masalah-masalah kehamilan yang tak diinginkan, pembuangan bayi di kalangan remaja serta pergaulan bebas,” jelas Wee, seperti yang dilansir dari kanotr berita AFP, Kamis (11/11) kemarin. Wee menambahkan untuk memerangi masalah ini cuma itu yang bisa dilakukan dalam dunia pendidikan, yakni dengan memberikan informasi yang cukup kepada remaja sehingga bisa membuat keputusan dengan tepat.

“Pelajaran ini bukan untuk mengajarkan berhubungan seks atau mempromosikan pergaulan bebas, tapi akan memberikan informasi pada para siswa mengenai apa yang akan mereka alami dalam hal pubertas dan kedewasaan sehingga mereka tidak menjadi hamil atau bergaul bebas,” ungkap Wee.

Pada bulan lalu, Muhyiddin Yasin, Deputi Perdana Menteri yang merangkap Menteri Pendidikan menyatakan pendidikan seks ini memang tengah dipertimbangkan sebagai bahan dari rencana untuk menghentikan aksi pembuangan bayi. Memang kebelakangan ini aksi pembuangan bayi makin rancak dengan meninggalkan bayi di tandas dan tempat pembuangan sampah.

Pada tahun 2009 lalu tercatat 79 kasus pembuangan bayi. Namun hingga pertengahan September tahun ini telah dilaporkan sekitar 70 kasus pembungan bayi. Peningkatan tersebut jelas menimbulkan kekhawatiran otoritas dan masyarakat Malaysia....

Apabila membicarakan pendidikan seks, saya teringat zaman persekolahan saya sewaktu berada di tingkatan enam rendah. Cikgu saya telah meminta kami membentangkan satu isu dan membahaskan isu tersebut. Saya bangkit dan mencadangan isu pendidikan seks. oleh itu, cikgu membahagikan kelas kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan yang mencadangkan pendidikan seks patut dilaksanakan, dan kumpulan kedua adalah kumpulan yang menyatakan pendidikan seks tidak patut dilaksanakan.

Saya telah memilih kumpulan yang mencadangan pendidikan seks patut dilaksanakan di sekolah. walaupun hanya beberapa orang sahaja yang menyokong pendapat saya dan menyertai kumpulan saya, kami berjaya mengupas itu dengan lebih baik dan bernas berbanding dengan kumpulan yang mencadangkan pendidikan seks tidak patut dilaksanakan di peringkat sekolah. Buktinya, Cikgu kami sendiri telah menyokong idea dan menyatakan pendidikan seks sememangnya patut dilaksanakan di peringkat sekolah. Waktu itu pada tahun 2004, kabinet dan dewan rakyat sedang merangka satu rang berkaitan pendidikan seks. Hasilnya, mulai tahun 2011 pendidikan seks akan dilaksanakan diperingkat sekolah rendah bagi memastikan gejala sosial yang berkaitan dengan pengaruh seks dapat diatasi.

Ironinya, ramai pihak ada yang tidak puas hati dengan pengubalan subjek pendidikan seks. Jika kita melihat dalam konteks setempat dan hanya berada pada takuk yang lama, kita boleh ibaratkan sebagai ketinggalan zaman. Seseorang yang moden bukan sahaja mengalami proses globalisasi dari segi teknologi sesebuah negara, moden juga bermaksud berfikir secara mendalam dam lihat konteks yang lebih luas bagi mengetahui jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah.

Oleh hal yang demikian, tidak salah jika kita mencuba sesuatu itu untuk kebaikan. belum cuba, belum tahu. Jangan memandang pendidikan seks hanya dari sudut negatif sahaja. Jika kita melihatnya sebagai negatif, maka akan negatiflah jadinya. pemikiran kita tidak akan kemana. Fikirlah sebaik-baiknya dan renungkan bersama. Jangan terus melemparkan sesuatu perkara yang kita sendiri tidak tahu hasilnya.

"6 tunjang menjadi teras pengisian pendidikan seks yang akan dilaksanakan secara berperingkat
bermula Tahun Satu hingga Enam mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya.

“Perkembangan manusia mendedahkan murid mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia, manakala perhubungan pula menjurus mengenai kasih sayang dan persahabatan. Murid turut didedahkan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sepanjang hayat sebagai ibu bapa, manakala kebolehan dalam membuat keputusan menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri.

“Turut diberi penekanan adalah kesihatan dan tingkah laku seksual yang membicarakan amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV dan Aids, manakala masyarakat dan budaya pula menyentuh mengenai isu seks dan masyarakat dan perundangan,” katanya kepada Berita Harian di pejabatnya di sini."

Untuk Maklumat lanjut sila klik sini

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky