- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Ahad, 6 Mac 2011

Mata Pelajaran Kemahiran PMR

Di peringkat sekolah, sejak beberapa tahun dahulu telah diperkenalkan beberapa mata pelajaran peperiksaan. Contohnya, di peringkat Penilaian Menengah Rendah terdapat 8 mata pelajaran yang diuji. Kepalan-lapan mata pelajaran ini duji semuanya memerlukan pelajar untuk berfikir. Namun, sedarkah kita bahawa kecerdikkan seseorang tidak boleh dinilai dengan menggunakan akal fikiran semata-mata. Ia juga boleh dinilai dengan menggunakan dan menguji kemahiran terhadap apa yang menjadi kelebihan kepada para pelajar.

Memang betul kerajaan telah mewujudkan mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, tapi boleh kita fikir-fikirkan bahawa wujudnya mata pelajaran ini dalam tingkatan 4 adalah terlalu lambat. Juga memang betul peranan kerajaan dalam membantu pelajar yang lemah dalam pelajaran, namun sedarkah kita bahawa pelajar yang dipilih menyertai kemahiran ini bukan sebenar-benarnya mereka yang layak. Pelajar yang dipilih adalah dari kalangan pelajar yang memiliki kemahiran akdemik yang sederhana.

Bagaimana pula dengan pelajar yang lemah? Jika pelajar yang dipilih untuk masuk ke sekolah teknik atau vokasional adalah tediri daripada pelajar yang sederhana, kemanakah pelajar yang lemah atau gagal dalam peperiksaan PMR? Jawapanyan, hanya belajar di sekolah lama, dan mengambil mata pelajaran sastera dan sebagainya. Jika pelajar tersebut mengambil seni atau muzik, tidak terlambatkah untuk mereka belajar di tingkatan 4. saya mengambil contoh tentang teknik melukis atau lakaran dalam lukisan, pelajar akan diajar dari mula teknik ini semasa tingkatan 4. Penekanan diberikan kerana mata pelajaran ini termasuk dalam peperiksaan SPM.

Ya memang benar, mata pelajaran sebegini telah diajarkan diperingkat menengah rendah tetapi diajar di luar mata pelajaran yang diuji dalam PMR. Saya ingin menyatakan disini, bagaimana pelajar yang lemah dalam akademik jika mata pelajaran yang diminati seperti melukis dan muzik tidak diuji dalam peperiksaan PMR. Contohnya, pelajar kelas belakang, yang lemah dalam akademik tetapi mahir dalam bidang muzik atau lukisan, bolehkah kita katogerinya sebagai tidak pandai atau pelajar lemah?

Fokus utama saya adalah rasa kasihan kepada pelajar yang lemah dalam akademik tetapi pintar dalam bidang yang lain terutamanya kemahiran. Mata pelajaran kemahiran sepatutnya perlu juga diuji dalam peperiksaan PMR, terutama kepada pelajar yang lemah dan setelah ditafsir dalam peperiksaan saringan pada peperiksaan pertama semasa di tingkatan 1 dan merujuk kepada keputusan UPSR mereka. Hal ini membolehkan tiada istilah pelajar yang lemah dalam akademik tetapi pada masa yang sama dia mahir dalam bidang lain. Saya berharap, banyak pihak membuka mata dalam hal ini dalam memberikan ruang yang lebih luas kepada para pelajar dalam menentukan apa yang mereka mahir bukannya pilih dan paksa mereka untuk lulus dalam mata pelajaran yang sememangnya mereka tidak boleh terima.

Fikir-fikirkanlah. Fokus utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah melahirkan pelajar yang seimbang dari segi Intelek, Rohani, Jasmani dan Emosi. Oleh itu, penekanan ini tidak bertumpu kepada akademik yang memerlukan pelajar hafal semata-mata malah sesuatu pelajaran dalam membentuk pelajar itu untuk meneruskan kehidupan pada masa akan datang.

Tuntasnya, pelbagai pihak perlu mengambil perhatian terhadap isu ini. Jangan mementingkan akademik semata-mata, kita perlu juga fikir kepada mereka yang kurang pandai tapi mereka mahir dari aspek lain. Oleh hal yang demikian, saya sarankan agar peperiksaan bidang kemahiran perlu diadakan dan dijadikan salah satu mata pelajaran dalam peperiksaan PMR bagi pelajar yang lemah. Apabila peperiksaan PMR keluar, mereka yang mahir dalam akademik dan kemahiran akan mendapat keadilan dan kesaksamaan untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatn 4 atau peringkat yang lebih tinggi.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky