CoReTaN : 01/07/2011
Hari ini 1 Julai 2011. Diam tak diam dah masuk bulan 7, kita sudah di pertengahan bulan tahun 2011. cepat sangat masa berlalu. Aku melalui hari ini seperti biasa dengan telatah rakan-rakan yang sering tidak kering gusi. Apatah lagi dengan karenah anak-anak murid yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata.
Semalam memang keadaan aku tidak sehat, seawal pagi sudah di sambar gastrik. Mungkin kesan aku berpuasa hari sebelumnya. Apa-apa pun hari ini aku kembali seperti biasa. Aku kena menguruskan semua kerja sebelum pukul 6. aku kena siapkan buku pengajaran harian, aku kena faks borang ke jabatan agama bahagian kapit, aku kena siapkan urusan kad check point untuk hari larian 1 Malaysia esok. Alhamdulilah, semuanya dalam diselesaikan dalam jangka masa yang singkat.
Bunyi lonceng tepat jam 12.35 tegah hari, aku terus mengeluarkan rotan. Aku keluarkan senarai nama pelajar yang tidak menyiapkan kerja kursus Geografi tingkatan 3C dan 3E. Aku tanpa banyak bicara terus merotan mereka. Aku sebenarnya tidak sampai hati nak merotan mereka. Tapi kalau itu langkah terkahir aku terpaksa merotan mereka. Selama ini, aku terlalu manjakan mereka. Entahlah, aku tak tahu bila dalam keadaan serba salah. Nak ditelan mata mak, diluah mati bapak.
Sewaktu makan di kantin, Mie ada cakap, kalau selalu marah akan menghidap tekanan darah tinggi. Bila difikir-fikir balik memang aku selalu marah, terutamanya pelajar kelas 3F dan 3G. Bukannya apa, aku mahukan terbaik untuk mereka. Minggu ni aku mengajar mereka karangan jenis pendapat. Kalau mengajar karangan di kelas belakang, memang sakit hati. Sebab apa? Sebab sakit bila mereka tak dapat buat apa yang kita ajarkan. Padahal, aku dah mengajar cara membuat karangan yang lain mudah. Sanggat mudah. Tapi tetap saja macam tu. Bila suruh buat perenggan pendahuluan, mereka senyap-senyap dan duduk diam-diam. Bila aku datang, mereka buat-buat macam menulis. Padahal hanya menuggu jawapan daripada aku.
Kalau kelas 3G, yang boleh aku target A Tasha. Tapi Julia boleh juga dapat A. Ricky Ngindang dengan Rikcy Malam serta Nadia Shahnida boleh dapat B. apa-apa pun aku kena berusaha lagi. Aku kena buktikan bahawa aku ini boleh lakukan. Aku tak akan pernah putus asa. Biar marah dan kecewa aku kejap, tapi bukan untuk selamanya. Aku mengandaikan semua ini adalah experimen. Aku akan jadikan ini semua sebagai pengalaman. Asrul chayoookkkk...
Malam nanti main badminton dari jam 8.30 hingga 11.00. bestnya, esok ada larian satu Malaysia. Semua sekolah seluruh Malaysia mengadakan larian 1 Malaysia secara serentak. Lepas habis larian akan diadakan majlis gotong-royong mencegah Aedes. Cakap pada Aedes, semasa mengajar di kelas 3G. Pelajar tidak dapat membezakan antara Aedes dengan AIDS. Adooooiii, sakit aku. Kenalah aku terangkan satu-satu. Lepas terang, esok lusa lupa. Macam tu la berterusan.
Lepas habis gotong-royong, aku akan terus bertolak ke Sibu. Hisyam, mak Ros, Bapak, Kak lili, geng-geng power ranges dah menunggu aku. Hari ahad ni aku akan ke Sri Aman, katanya ada pesta benak. Apa itu pesta benak? Yang pasti mesti berkaitan dengan air. So wait and see la...Selamat bercuti....
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home