- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Selasa, 15 Julai 2014

Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah swt yang telah memberikan aku kesakitan ini sebagai penghapus dosa-dosaku yang telah lalu. Alhamdulilah syukur aku panjangkan doa kepada Nabi Junjungan Muhammad saw. Allahuma soli ala sayyidina muhammad wa'ala alihi sayyidina muhammad.

Setiap manusia pasti mempunyai dosa, dan setiap dosa pasti ada darjatnya. begitu dengan pahala. Ada dosa kecil dan ada juga dosa besar. Aku sebagai manusia yang tidak pernah lepas daripada dosa telah menzalimi diri aku sendiri. Kadang-kadang aku risau dan bimbang apabila tiba masa aku untuk berjumpa dengan Tuhanku. Adakah aku diampunkan segala dosa yang penah aku lakukan. Tapi aku yakin, aku kena sentiasa berfikiran positif dengan Allah swt, aku kena bersangka baik.

Segala yang berlaku kepadaku ini adalah takdir yang tidak dapat untuk dielakkan. Adakah aku patut menyalahkan takdir? tidak sesekali kerana jika aku menyalahkan takdir, itu bererti aku telah menyalahkan qada dan qadar Allah swt. Mana mungkin aku akan menyalahkan kekasih aku sendiri.

Kepada yang sudi membaca coretan ini, ingatlah Allah swt sentiasa melihat kita dan sentiasa mahu kita ingat kepadaNYa. Allah swt sentiasa suruh kita buat baik kerana dengan kita berbuat baik, Allah akan masukkan kita ke dalam Syurga. Allah swt nak mencari asbab untuk kita dimasukkan ke dalam syurga. Jadi janganlah kita sombong kepada Allah swt. Kelak jika di akhirat Allah swt memalingkan wajahnya daripada kita, habis binasa dan celakalah diri kita.

Wahai sahabatku sekalian yang di rahmati Allah, orang yang baik dimata Allah swt adalah orang yang menyesali atas perbuatannya yang telah lalu dan ingin bertaubat kepada Allah swt. Allah swt suka kepada hambaNya yang bertaubat. Marilah kita kembali kepada Allah swt. Percayalah dengan janji-janji Allah swt. Jika kita benar-benar bertaubat, insyaallah Allah swt akan menhapuskan dosa-dosa kita dan mengantikan dosa kita kepada kebaikan. Segala-galanya adalah atas kehendak Allah swt.

Saya tahu, masa untuk saya tidak lama lagi. Tapi Alhamdulilah kerana saya diuji dengan ujian yang sangat hebat dan saya berharap kepada Allah swt agar saya dapat menghadapi ujian ini dengan tabah dan sabar. Saya yakin dengan janji-janji Allah swt. Andai ada masa kita akan berjumpa di Akhirat kelak.

Pesan saya, jangan tinggal solat... buatlah kerana Allah swt.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky