- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Khamis, 30 April 2009

AsRuL & AloNG : Kak Ros (Upin & Ipin) Versi Realiti




Ini adalah gambar aku dengan akak sulung aku, hahahha..dia ni dah kawen..beza umur kami 2 tahun jew..dia dilahirkan pada 9 Februari 1984, hahhaha…apa2 dia nie best tapi kalau part naik angin tu jangan cakaplah…lebih teruk dari tsunami..uuwaaa….lari kang kene hayun dengan kuali..ahaks..jgn marah na sekadar gurau jew…dia skrg dh keje…nk cite pe lagi ek pasal dia…walau pun aku tak tunjukkan yg aku syg dia…tapi hakikatnya aku syg dia sgt2..muuuuaahhh….sape xsayang akak ooiii..hahha..apa la…muka kami sama x? mcm tak sama jew kan..ahaks…ooo ye..masa kecik2 dulu, kami selalu kene marah..hahhaha…aku rasa dia cpt matang dari aku dengan adik…


kalau korang nak tahu, perangai dia mcm kak ros dalam cite upin dan ipin…hahhaa…aku upin dan adik aku ipin..hahhaha…tapi acik nak letak mana ek? ermmm..xpe tu cite lain plak…ahkas..garang dia mcm kak ros la…abislah aku dgn adik masa kecik dulu..hahha..entah apa2 je kene marah dgn dia, tambah pulak dengan mak…
Along dah kawen, alhamdulilah dh hampir 4 tahun dia kawen..dengan seorang jejaka yang bernama adha tapi orang tempat aku panggil dia Labu..sebelum dia kawen dengan akak aku pun aku panggil dia labu..tapi sekarang aku panggil dia adha…tapi si ipin ni suka panggil dia dgn nama labu..apa la..hhahaha…pe2 semua orang sempooiii….


orang pompuan memang suka pot pet ker? akak aku la…pot pet..hehhee…ada je yg nak dibebelkan..adeyh…naek bernanah telinga nie..tapi tu dulu la..masa kecik2….skrg dh tak lagi…ahaks….huuhu…suka marah2..masa kecik memang garang giler lah dia..tak padan badan kecik tapi mulut berapi siot…(abislah aku kalau dia tahu aku cite pasal dia) hahhahaha…tapi bagi aku pot pet dia org pun akhirnya aku and the geng jadi manusia yg insyaAllah baik..ahaks..tak nak puji lebih2…kang nanti ada yang kembang tutttt….ahahaha..melawak jew..pepe2.. love u so much along….vs kak ros…hahhahah..ni versi realiti
Link yang sama
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Jumaat, 24 April 2009

Intan Suraya 17 : Deretan Tiga Bintang

Intan Suraya 17 : Deretan Tiga Bintang


Luluh jiwa ini bagai dinila air biru, tatkala mendapat panggilan daripada Khairul aku terus bergegas ke hospital. Berat kaki melangkah pergi meninggalkan Intan, tapi berkat kesabaran dan faham akan perasaan dan situasi aku, dia mengizinkan tanpa banyak pinta. Hanya tuhan sahaja yang tahu aku terikat dengan tali tergantung. Ditiup angin ke kiri dan ke kanan tanpa memberi arah yang sesuai dan meyakinkan. Raut-raut kegusaran dalam wajah aku kian bertandang, kegelisahan menjadikan reroma badanku kian menegang, mencengkam salutan daging yang membaluti tulang temulang. Benak aku kian terpancar seribu persoalan dan persimpangan tanpa sempadan.


Jasadku sudah terpacul di hadapan pintu masuk ke hospital, kaki berat melangkah. Ada kuasa yang mengawal langkahku. Genggaman erat aku tempiaskan pada lengan yang digagahkan walaupun lenguh sendi-sendi.


“Man!!!” terpacul satu suara yang melempang angin ke telingaku. Bebola Mata yang menatap lantai mamar putih pintu masuk hospital, digerakkan menghadap ke hadapan. Tersentap dan terkemam bibir aku melihat khairul berlari-lari anak menuju ke muka pintu.


Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Rabu, 22 April 2009

Jom Belajar Bahasa Cina

Jom belajar Bahasa cina...aku xfaham sangat tapi adik angkat aku yg ajarkan..thanks ye...sayang adik..hahhaha...xnak jiwang2 la...apa2 pon..kalau korang nk copy ayat ni tok org yg korang sayang pon boleh ye..xsalah..benda baik...hahahha....apa2 pon thanks adik syg...muuaxx..alamak terlebih sudah..ahaks

我爱你wo ai ni...(aku cinta kamu),

我的爱也真wo de ai ye zhen(cintaku tulus),

我的情不移wo de qing bu yi(perasaanku tak akan berubah),

我的爱你去看窗外有月亮挂在晚上的天空.wo de ai ni qu kan chuang wai you yue liang gua zai wan shang de tian kong ( cintaku lihatlah keluar jendela ada rembulan terang sedang menggantung di langit malam),



Puisi

问月亮他正在做什么?
在这里我拥抱他的身影,
问小小星他做什么?
在这里我拥抱他的爱,
爱那么远情那么远,
我不管不管,
为什么他那么远,
为什么他那么高在天空,
我想用凝固的泪成梯让我们相遇。

wen yue liang ta zheng zai zuo shen me?
wo zai zhe li yong bao ta de shen ying,
wen xiao xiao xing ta zuo shen me?
wo zai zhe li yong bao ta de ai,
ai na me yuan qing na me yuan,
wo bu guan bu guan,
wei shen me ta na me yuan,
wei shen me ta na me gao zai tian kong ,
wo xiang yong ning gu de lei cheng ti rang wo men xiang yu.

artinya :
aku bertanya kepada bulan terang dia sedang berbuat apa?
aku disini memeluk bayangan tubuhnya,
bertanya kepada bintang yang begitu kecil dia melakukan apa?
aku disini memeluk cintanya,
cinta begitu jauh kasih begitu jauh,
mengapa dia begitu jauh,
mengapa dia begitu tinggi di atas langit,
ingin rasanya aku menggunakan air mataku
yang membeku menjadi tangga agar kita bisa saling berjumpa

bogor 22 april 20 09 by: jiki ramdani

Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Selasa, 14 April 2009

Your Eyes

Your Eyes

When you came to your door tonight,
And your beautiful eyes gazed at me
From the darkness within,
The world around me came to a stop,
For just a few seconds,
As I saw the love from within you.

You looked at me with your warm smile,
Your black hair around your face,
And whispered softly, "hi baby",
And once again,
I was at your mercy.

For when you look into my soul
And I hear the sound of your sweet voice,
My heart opens to you my love,
With all of my dreams now fulfilled.

I never knew that a love like this
Could ever exist,
A love that consumes me,
A love so powerful,
And so overwhelming,
That I fear if I were without it,
My heart would no longer have a meaning
To its existence,
For the love that flows through it now,
Is what keeps me alive,
Keeps me whole.

As I gaze into your eyes my love,
Down into the depths of your very being,
I can see the love you feel for me,
A love as strong as my own,
A love that fills me so full of emotion,
So full of hope for the future,
That I pray I will spend the rest of my days,
Gazing into your eyes.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Jumaat, 10 April 2009

Seminar Pengucapan Awam

Hampir 2 minggu yang lalu..satu seminar pengucapan awam telah diadakan oleh perserta program pendidikan bahasa melayu semester 6 sambil dibantu oleh beberapa orng junior... tujuan seminar ini adalah untuk memantapkan lagi pengucapan dikhalayak umum dari segi konteks dan keyakinan. selain itu, ada juga diselitkan corak pemarkahan jika bentuk2 pengucapan awam dilaksanakan bagi sesuatu pertandingan.
Inilah penceramah kita,hehhehe...lupa plak nama dia...apa2 pon terima kasih puan... :)



Anak-anak Suluh Budiman..ahaks...sempat pulak berposing miss-miss Pluto,
& Marikh, Zuhal..mereka ni semuanya Alien...hahhahaha...
Apa kes plak ni...jangan tenung lama-lama nanti ada org yg kecewa..hahhaha...

Sekali Dua orng kau pulun faizal..hahahha....dasar playboyzzz...
Ahli mesyuarat teTingkap...hahhaha..jgn pandang belakang..

Sekitar pembentangan tugasan pengucapan awam...tahniah kepada peserta kerana berani mencuba...
Ni apa kes, mcm nak buang angin jew..yg kesiannya org belakang..hahhaha....jaga2...gas beracuunnn...

sEDAP LAuk kau org mkn...aku xmkn pon..xde selera la...sowi ek..hehehehehAhli Jawatan kuASA seminar pengucapan awam..

disaat pendaftaran peserta.. :)
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Khamis, 9 April 2009

Peraturan Aneh 2

AMERIKA
1. ARIZONA
a. Pemerintah Arizona melarang para pemburu melakukan aktiviti pemburuan unta di Arizona. (Masalahnya : unta tidak hidup / tidak ada di Arizona. jadi buat apa wujudnya undang-undang ini? ) Aneeehhh....nape xckp dilarang memburu dinasour..hehehhe
b. Dilarang menirukan gaya Pendeta setempat.
c. Dilarang memandu kereta tanpa memakai kasut.

d. Dilarang bermain domino pada hari Minggu.
e. Dilarang memakai misai palsu di gereja.
f. Hukuman mati dikenakan kepada  sesiapa yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
g. Dilarang memandu kereta dengan mata tertutup.

2. ALASKA
a. Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur. 
b. Dilarang mengikat anjing peliharaan di atas kap / atap ketera.
c. Dilarang memberi minum bir pada rusa.
d. Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

3. ARKANSAS
a. Lelaki diizinkan memukuli isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan. 
b. Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
c. Lelaki dan wanita yang ditangkap saling menggoda di tengah jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
d. Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama setelah jam 1 pagi pada hari Minggu.

4. CALIFORNIA
a. Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan intim di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.
b. Wanita dilarang memandu kereta mengenakan daster.
c. kenderaan tanpa pengemudi dilarang dijalankan di jalan raya.
d. Dilarang berbasikal di kolam renang. 
e. Dilarang mengenakan sepatu boot koboi, kecuali Anda memelihara lembu sekurang-kurangnya 2 ekor.
f. Dilarang memelihara binatang berwarna hijau dan berbau menyengat.
g. Dilarang bermain bowling di trotoar.

5. COLORADO
a. Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kendaraan Anda dihentikan olehnya.
b. Dilarang mendirikan bangunan di tengah jalan. 

6. CONNECTICUT
a. Dilarang menunggang basikal dengan kecepatan lebih dari 90 km / jam.
b. Lelaki dilarang mencium isterinya di hari Minggu. 
c. Kenderaan Bomba tidak diizinkan dipandu selaju lebih dari 40 km / jam, walau sedang menuju ke lokasi kebakarang sekalipun.
d. Jurusolek / kecantikan dilarang bersiul, berdendang, ataupun bernyanyi saat melayani pelanggan.

7. FLORIDA
a. Konstitusi Negara menjamin babi-babi hamil bebas dari ancaman penjara, untuk tindakan apapun yang mereka lakukan.
b. Denda akan diberikan pada wanita yang tertidur ketika rambutnya di-hair dryer, kecuali dia adalah pemilik salon.
c. Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
d. Dilarang kentut di tempat umum setelah jam 6 petang.
e. Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

8. NEW YORK
a. Dilarang menyapa orang sambil menguping. 
b. Dilarang mengenakan selipar setelah lewat jam 10 malam.
c. Lelaki dilarang keluar dengan mengenakan jaket dan seluar yang tidak matching.
d. Lelaki dilarang keluar rumah topless (tidak memakai baju). (FYI : Ini adalah hukum tertua di New York kerana telah diberlakukan sejak tahun 1900.)
e. Dilarang menyirup sup.
f. Dilarang makan sambil berenang di lautan. 

9. WASHINGTON
a. Dilarang menyusui anak di tempat umum.
b. Dilarang menari dan minum Pada waktu bersamaan.

Mungkin di dunia ini, atau di daerah tempat tinggal kita, akan ditemukan hal-hal yang aneh, meskipun di tempat asalnya hal itu bukan hal yang aneh. 

 bersambung - peraturan aneh 3...

Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Rabu, 8 April 2009

Ajarkan Aku 2 Kalimah itu

Dosa-dosa aku bertimbun bagaikan gunung,
setiap masa dan saat, tiada yang kurang,
keseronokan dunia membuatkan aku lupa,
lupa akan diriMu yang memberikan Kasih yang abadi,
memberikan taubat tanpa melihat kisah gelapku.

Tolong pandui aku, 
berikan aku petunjuk wahai yang esa,
tunjukan jalan kebenaran dari kesilapan lalu,
puasa, solat dan ajaranMu telah ku lupakan,
aku telah banyak mengikut kata-kata syaitan.
diriku hina dan malu untuk tunduk dihadapanMu.

Hanya ku pinta ajarkan aku ajaranMu,
dua kalimah islam yang tersuci dan Agung,
Ajarkan aku kalimah itu,
terimalah lafazku dunia dan akhirat,
pandui aku yang berjalan dalam gelap,
ke jalan yang terang dengan nur kebenaran.

*** Inilah adalah sajak untuk draf cerpen terbaru saya yang dalam pembinaan draf. insyaAllah... yang bertajuk "Ajarkan aku dua kalimah Syahada"***
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Isnin, 6 April 2009

Famili ko, Mahal Na Mahal Kita 2


Sedesir pasir di padang pasir, sejernih air dikali, sedingin salju di utara, tidak seindah yang diduga dan dikira. Satu coretan hidup yang ingin dibentuk oleh Richard tidak diterima oleh anak-anaknya. Kisah hidup dan persekitaran yang berbeza membuatkan Richard jatuh tersungkur kehampaan. Dirinya terumbang dilanda badai gelombang tsunami yang dahsyat, terlalu dirinya berasa bersalah kerana mengecewakan anak-anaknya terutama Donald. Takdir hidup yang dia tulis untuk anak-anaknya tidak diterima malah semua itu kehendak Yang Esa. Sejuta air mata, seribu kemaafan dan seratus kali dia bersedih belum tentu semua itu terurai dan terbongkar dengan selesa. Rambut yang ditarik dalam tepung secara perlahan-lahan akhirnya bertaburan jatuh menghujani bumi.

Setelah mendengar ungkap bicara Daniel yang sepanas lava berapi membuatkan Richard sedar dan terduduk di muka pintu. Tersandar sambil matanya dipejam dan dibuka kembali. Hatinya tertanam semua kekesalan yang dirasainya. Mary yang masih tercegat di luar sambil lirik matanya menemani kelibat Daniel yang berlari dalam hujan mengekori Donald yang hilang beredar.

“Abang…abang” suara Mary kuat kedengaran sebaik sahaja melihat suaminya terduduk di atas lantai sambil menangis. Dia terus berlari dan mematikan penglihatannya terhadap Daniel. Hatinya mula bersantun dengan tangisan, kata-kata yang diujarnya penuh dengan kelemahan bicaranya. Mendung wajah suaminya ditatap, menambah duka yang terperosok di sudut sukma.

Klik Sini Untuk Cerita Penuh
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Ahad, 5 April 2009

PROSES PEMBENTUKAN BUMI

PROSES PEMBENTUKAN BUMI

Diriwayatkan dari Rasulullah SAW bahwasanya beliau bersabda:

“Dahulu Ka’bah adalah bukit kecil di atas air kemudian dibentangkanlah bumi dari (bawah)nya.” (An-Nihayah fi Gharib Al-Hadits wa Al-Atsar, Juz II, hlm. 34-35)

Ulasan Hadits

Hadits yang dianggap gharib (aneh) oleh ulama-ulama dahulu mahupun moden mengandungi fakta ilmiah yang belum ditemukan oleh manusia kecuali pada pertengahan dekad 60-an abad ke-20. Setelah usaha keras yang melibatkan ribuan pakar dan waktu yang cukup panjang, dibuktikan kepada umat manusia bahawa bumi kita ini pada awal penciptaannya penuh dengan air sampai tidak ada kawasan kering yang tampak sedikitpun.

Kemudian Allah menghendaki untuk memuntahkan dasar samudera luas dengan letusan gunung berapi hebat yang terus menerus memuntahkan lava yang menggumpal satu sama lain, membentuk rentetan pergunungan di tengah samudera belantara ini. Pergunungan ini terus meninggi dan meninggi sampai tampak ke permukaan air yang membentuk daratan pertama dalam bentuk pulau vulkanik yang mirip dengan sejumlah kepulauan vulkanik yang sekarang tersebar di seluruh samudera, misalnya kepulauan Jepun, Filipina, Indonesia, dan Hawai. Sampai sekarang kepulauan-kepulauan vulkanik ini tetap membentuk sebagai puncak-puncak rantai pergunungan samudera.

Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

PERATURAN ANEH

Peraturan dibuat untuk membuat suasana pada masyarakat berjalan dengan aman dan damai, bagaimanapun juga kadang kala di beberapa buah negara, terdapat peraturan" yang menurut kita agak tidak lazim atau anek di dengar, berikut peraturan tersebut :

1. THAILAND
Dilarang keluar rumah tanpa mengenakan seluar dalam. Kalau di tangkap akan didenda??? – betul ke nir? ahaks

2. FILIPINA
Untuk mengurangi tingkat kesesatan lalu lintas kota Manila , ditetapkan bahawa :
Kendaraan bernombor akhir 1 atau 2 tidak diizinkan beroperasi atau digerakkan pada hari isnin. Sedangkan angka 3 & 4 tidak boleh pada hari Selasa, 5 & 6 tidak boleh pada hari Rabu, 7 & 8 tidak boleh pada hari Kamis, 9 & 0 tidak boleh pada hari Jumat. Peraturan ini berlaku seawal pukul 7.00 pagi setiap harinya.

3. SWISS
a. Dilarang berkebun pada hari minggu. Alasannya : BISING!!!
b. Walaupun warga Swiss dilarang menjual, membeli, menyeludup, dan memproduksi minuman beralkohol, tapi mereka diizinkan untuk menggunakannya.


4. SWEDEN
Dilarang mengecat rumah tanpa izin daripada pemerintah dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat keizinan daripada pemerintah.

5. KOREA SELATAN
Setiap polis diwajibkan melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima daripada para pengendara yang mereka tilang. Heeee… Aneeeh… -__-'

6. SINGAPURA
a. Dilarang menjual gula-gula getah di Singapura.
b. Dilarang berjalan tanpa pakaian
c. Tidak menyiram setelah buang air di toilet, akan dikenakan denda.
d. Jika Anda tertangkap basah meludah sebanyak 3X, Anda diwajibkan membersihkan jalan pada hari Minggu dengan tertayang tulisan di dada "I am a Litterer" (Saya seorang Peludah)
e. Dilarang kencing di dalam lift / elevator. 

7. UNITED KINGDOM
a. Dilarang menjual sayur-sayuran pada hari minggu. 
b. Wanita dilarang makan cokelat di tempat umum.
c. Mengambil barang yang dibuang, dapat diancam hukuman keganasan.

8. MEXICO
a. Wanita yang bekerja di Pejabat pemerintahan dilarang mengenakan kain senteng atau pakaian yang dapat "memprovokasi" rakan kerja selama waktu kerja.
b. Dilarang memaki di tempat umum.

9. ITALI
a. lelaki yang mengenakan skirt mini di tempat umum dikenakan hukuman berkurung.
b. Memukul orang dengan kepalan tangan diancam hukum pidana penganiayaan. Tapi menghajar orang dengan meja dan kursi dapat dianggap membela diri.

10. AUSTRALIA
a. Anak-anak berusia di atas 18 tahun (dibawah 21) dilarang membeli rokok, tapi diizinkan merokok.
b. Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
c. Hanya Petugas elektrik yang boleh mengganti lampu rumah.
d. Dilarang mengenakan seluar dalam Hot Pink pada hari minggu. 

11. GREECE
Dilarang mengenakan topi di stadium olahraga, kerana dapat mengganggu pandangan orang lain. 

12. CHINA
Hanya anak pintar yang boleh kuliah (dan ini dibuktikan dengan ijazah ujian Negara yang diterimanya) .

13. KANADA
a. Dilarang menanggalkan plaster luka di tempat umum.
b. Dilarang menyirami tananam di kebun pada sedang hujan. 
c. Dilarang kencing di semua tempat di Kanada (kecuali toilet rumah Anda sendiri). 
d. Dilarang memanjat pohon.

14. PERANCIS
a. Dilarang berciuman di kereta api bawah tanah.
b. Dilarang menamai babi peliharaan Anda "Napoleon". MOTIF???

14. ISRAEL
a. Dilarang memelihara babi di tanah Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati. 
b. Dilarang mengintai di hari Sabat (Sabtu / Minggu). (rupanya mengintai pon ada rest)
c. Dilarang naik basikal, kecuali punya lesen berbasikal seperti moto dan kereta.

 

 bersambung - peraturan aneh 2...

 

 

Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Family Ko, Mahal na Mahal kita (siri 1)


 

12 Disember 2009, satu tarikh keramat bagi Daniel yang tidak mengharapkan kehadiran tarikh itu walau sesaat menjelma. Ibu dan ayahnya bergembira kerana tahun ini baru dapat balik ke kampung setelah hampir 20 tahun tidak pulang. Daniel dan adiknya, Donald dibesarkan di Malaysia dan tidak pernah menjejakkan kakinya dikampung halamannya, Filipina. Ibunya, Mary dan ayahnya Richard telah berpindah dan berhijrah ke Malaysia dan membina kehidupan yang baru, setelah suatu ketika dahulu keluarganya menghadapi kesulitan dan kesengsaraan hidup. Ayah dan ibunya juga terpisah daripada adik beradik mereka, ada yang berhijrah ke Jepun, Brunei, Singapura dan Eropah. Akibat kekurangan tabungan dan modal, mereka tidak bertemu sekian lama. Dan setelah berkesempatan dan memiliki tabungan yang mencukupi, Mary dan Richard mengambil keputusan untuk menyambut Krismas di Filipina disamping melepaskan kerinduan dua puluh tahun terhadap ibu, bapa dan sanak saudara yang lain.

 

Pada awal usia perkahwinan ibu dan ayahnya, kehidupan mereka di Malaysia sangat daif dan sengsara dek kerana mereka dianggap sebagai pendatang asing walaupun mereka mempunyai pasport dan pengenalan perjalanan yang sah. Berhujan panas, berdepan dengan segala cabaran, dari satu tangga ke satu tangga, dari dasar hingga ke atas awan, semuanya bermula daripada bawah dan dari langkahan yang pertama. Kejayaan dalam perniagaan ayah dan ibunya ini adalah hasil usaha keras mereka sendiri. Jarang sekali, pendatang asing berjaya membina kejayaan di Malaysia. Semua ini berkat usaha dan sokongan daripada kedua-dua anaknya yang tercinta. 



  • Klik Sini Untuk Cerita Penuh





  • Read more..!

    Indah Islam Kerana Iman

    Warkah Terakhir Sofea

    WARKAH TERAKHIR SOFEA

    Saya minta maaf. Hasil daripada pemeriksaan yang telah dijalankan. Saya dapati awak menghidap penyakit barah darah iaitu leukemia jelas Dr. Shida dengan nada yang menyedihkan. Wajahnya memandang tepat ke arah Sofea, gadis awal usia 22 tahun itu. Sofea tergamam, terkaku dan terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Dr. Shida kepadanya. Wajahnya seakan-akan bisu dengan tanpa nada. Dr. Shida seorang Doktor yang pakar dalam bidang perubatan hematologi iaitu berkaitan dengan darah. Hatinya terpaksa ditebalkan dan dicekalkan untuk memberikan berita itu kepada setiap pesakitnya.

    Barah darah, doktor??? Leukimia?Sofea mengulangi kata-kata Dr. Shida dengan nada yang meminta kepastian. Wajahnya memberikan banyak persoalan yang sukar untuk dijawab oleh Dr. shida. Tangan yang diletakkan diatas ribanya, digenggam sekuat-kuatnya untuk menahan penantian kepastian jawapan daripada Dr. Shida. Hatinya sedih bercampur gusar dengan kata-kata Dr. Shida sebentar tadi.

  • Klik Sini Untuk Cerita Penuh

  • Read more..!

    Indah Islam Kerana Iman


    Assalamualaikum

    Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
    Translate this page from Malaysian to the following language!

    English French German Spain Italian Dutch

    Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

    Widget edited by Anang

    AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

    Blog-blog aku :

    AsRuL & YaGaMi LaiTo

    Indah Islam Kerana Iman

    Muzik Itu Duniaku


    Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
    Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


    Blogger Trick
    Blogger Trick


    Blog Catalog
    Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

    Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

    Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
    Clicky Web Analytics Clicky