- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Rabu, 23 Jun 2010

Awek aku sekarang damia...


sekarang awek aku damai ok...nor balqis damia (1 bulan 17 hari)...aku sayang dia sangat2..hehehhe
hari2 mia kene bedung..hahhaha...cian mia kan..hehhehe...tapi seboleh2 dia nk lepaskan bedung...tapi tok kebaikannya gak...
mia dengan hadiah2nya..wah banyak hadiah nmpk...ni baru separuh..hehhehe...mia uncel nk satu leh? eh, nk dua...hehehhe
mana uncle punya hadiah yg uncle belikan tok mia nie????

harap menjadi ibu yang mithali..amin...ahaks
ala..menangis lak dia..hehehhe..sabar je la..huhuhu..

ini lah atok mia...hehehhe...manjanya dia dgn atok n nenek..hehehhe
happy togther..amin...semoga dapat anak lagi ek..lalalla
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Sabtu, 12 Jun 2010

Tuisyen Bahasa Melayu SPM: RUMUSAN

Tuisyen Bahasa Melayu SPM: Rumusan

• Jawab soalan ini dulu kerana inilah lubuk markah.
• Saya cadangkan 10 patah kata untuk pendahuluan, 70 kata untuk isi tersurat, 25 patah kata untuk isi tersirat dan 15 patah kata untuk kesimpulan. Rancang perenggan anda dengan teliti.
• Untuk pendahuluan, sila semak kata-kata sinonim untuk faktor, kepentingan, kesan dan sebagainya. Apakah makna perkataan ini? Natijah, kekangan, kemaslahatan, manfaat, gejala, strategi, . Sila cari makna yang tepat daripada kamus dewan.
• Mulakan isi tersurat dengan (rujuk soalan, katakanlah faktor) Salah satu faktor keracunan makanan ialah (isi pertama). Selain itu, (isi ke-2), Seterusnya, (isi ketiga), Seperkara lagi, (isi ke-4), malahan (isi ke-5). Di samping itu(isi ke-6) dan juga, (isi ketujuh). Justeru bukan penanda wacana.
• Kalau isi tersurat dah tulis 6, kira jumlah kata. Kalau baru 60, boleh tambah satu isi lagi. Kalau sudah 65 ke atas, semak semula kalau-kalau ada perkataan yang tak perlu untuk dibuang dan boleh tambah satu isi lagi. Kalau tidak, ada teruskan saja ke perenggan seterusnya iaitu menuliskan isi tersirat.
• Mulakan isi tersirat dengan menuliskan kembali soalan untuk isi tersirat. contohnya usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan. Contoh: usaha-usaha untuk mengatasi keracunan makanan ialah (isi 1) dan (isi 2). Kalau belum cukup 25 patah kata, boleh tambah isi. Selain itu, (isi 3).
• Kesimpulan hendaklah satu ayat sahaja yang terdiri daripada 2 unsur. Unsur pertama ialah cadangan anda iaitu apa/siapa yang patut melakukan sesuatu. Unsur kedua ialah mengapa cadangan itu patut dilaksanakan/kesan daripada cadangan itu. Contoh: Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengelakkan keracunan makanan (unsur pertama) agar keselamatan awam terjamin. (unsur kedua).
• Kira balik jumlah perkataan dan kalau sudah berpuas hati, tuliskan jumlah perkataan yang benar di bawah rumusan anda.
• Ingat, di samping itu dikira 2 perkataan. (di dan ke tidak dikira) Nama khas, walau panjang mana sekalipun dikira 1 perkataan dan kata ganda juga 1 perkataan.



Contoh Rumusan Lengkap 1:
Baca petikan yang diberi di bawah, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing dan kesan-kesannya. Panjang rumusan tidak melebih 120 patah perkataan.

Kebanyakan media menganggarkan jumlah pekerja asing di negara kita telah melebihi dua juta orang. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya pula adalah bertumpu di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Kebanyakan daripada mereka adalah pendatang asing yang datang dari negara jiran seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal.

Tumpuan mereka adalah dalam sektor pembinaan, perindustrian, perladangan dan pembantu rumah. Kedatangan golongan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan negatif khususnya dalam segi pekerjaan penduduk tempatan dan pembangunan negara. Sebab utama mereka bertumpu ke negara kita adalah untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di negara asal mereka.

Selain itu, matlamat utama mereka bertumpu ke Malaysia adalah disebabkan banyak pekerjaan yang terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi. Rata-rata golongan ini mampu memperoleh pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya akan dikirimkan kepada keluarga mereka yang menetap di negara asal. Ini ditambah pula dengan keadaan negara kita yang aman dan makmur, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Hal ini amat berbeza sekali dengan keadaan di negara asal mereka seperti Indonesia, Bangladesh dan Nepal yang kerap berlaku pergolakan politik dan peperangan.

Justeru, walaupun banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mengekang kebanjiran pendatang asing ini, namun jumlah mereka semakin bertambah.
Selain faktor di atas, kebanjiran pendatang asing di negara kita turut disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap buruh asing dari luar negeri oleh majikan di Malaysia. Hal ini kerana pendatang asing sanggup menerima upah yang lebih rendah berbanding dengan buruh tempatan. Keadaan ini ditembah pula oleh sikap pekerja tempatan yang lebih gemar memilih pekerjaan dengan gaji yang tinggi. Lebih menyulitkan keadaan, ada pihak di negara kita yang memberi perlindungan kepada pekerja asing sehingga menggalakkan mereka bertumpu di Malaysia. Ini menyebabkan pendatang asing berasa selamat bekerja di sini walaupun sebahagiannya tidak memiliki permit. Sikap negatif penduduk tempatan ini telah banyak menyebabkan operasi membanteras pekerja asing tanpa permit menemui kegagalan.

Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh lautan, keadaan pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad. Sebagai contohnya, sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia menjadi kawasan pendaratan pekerja asing tanpa permit untuk bekerja di Malaysia. Tambah merumitkan keadaan, jabatan yang ditugaskan untuk mengawal kebanjiran pekerja asing itu masih mengalami kekurangan penguatkuasa bagi menjalankan rondaan dan serbuan. Situasi ini telah menyebabkan ramai pekerja asing yang memasuki negara kita secara tidak sah, bebas tanpa berjaya dikesan. Kebanyakan rondaan yang dilakukan gagal menemui pekerja asing tersebut yang sebahagian besarnya menjadikan Selat Melaka sebagai laluan yang selamat untuk ke negara kita.

Oleh sebab jumlah mereka yang terlalu ramai telah memberi kesan yang amat parah, penguatkuasaan perlulah lebih kerap dilakukan. Untuk tujuan tersebut, kerajaan turut menggunakan tenaga RELA bagi menjalankan rondaan dan tangkapan terhadap pekerja asing tanpa permit. Mereka yang ditangkap akan ditempatkan di pusat-pusat tahanan sebelum didakwa dan dihantar pulang ke negara asal mereka. Usaha ini bukan sahaja memerlukan kos yang tinggi malah merugikan negara.

Rangka Jawapan

Pendahuluan Petikan membincangkan sebab-sebab yang mendorong Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing.

Isi-isi Tersurat
1 peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di negara asal mereka.
2 banyak pekerjaan yang terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi
3 keadaan negara kita yang aman dan makmur
4 permintaan yang tinggi terhadap buruh asing dari luar negeri oleh majikan di Malaysia
5 ada pihak di negara kita yang memberi perlindungan kepada pekerja asing
6 keadaan pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad
7 kekurangan penguatkuasa bagi menjalankan rondaan dan serbuan
8


Isi-isi Tersirat
1 peluang pekerjaan penduduk tempatan semakin terbatas
2 jenayah membabitkan golongan ini semakin berleluasa di Malaysia
3 perumahan setinggan akan semakin berleluasa dan menyesakkan kawasan bandar

Kesimpulan Kesimpulannya, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas agar jumlah pekerja asing dapat dikurangkan.

Contoh Jawapan Rumusan 1:

Petikan membincangkan sebab-sebab yang mendorong Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing.
Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing disebabkan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di negara asal. Selain itu, mereka berkunjung ke Malaysia kerana banyak pekerjaan di sini memberi pendapatan yang tinggi. Pada Masa yang sama, negara kita yang aman, telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Faktor lain yang menggalakkan kedatangan mereka ialah permintaan yang tinggi terhadap buruh asing oleh majikan di Malaysia. Faktor yang turut mempengaruhi kehadiran mereka ialah ada pihak di negara kita memberi perlindungan kepada pekerja asing. Pantai Malaysia yang panjang juga menyukarkan pemantauan pekerja asing dilaksanakan. Kehadiran mereka telah menyebabkan peluang pekerjaan penduduk tempatan semakin terbatas. Malahan, jenayah membabitkan golongan ini semakin berleluasa di Malaysia.

Kesimpulannya, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas agar jumlah pekerja asing dapat dikurangkan.
(121 patah perkataan)

Format mudah menulis rumusan
Petikan membincangkan ______________________________________.

Punca yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing yang pertama,______ ___________________________________________________________________________________. Kedua,_____________________________________________________________________________. Ketiga,_____________________________________________________________________________. Keempat,___________________________________________________________________________. Kelima,_____________________________________________________________________________. Keenam,____________________________________________________________________________. Ketujuh,____________________________________________________________________________.
Antara kesan-kesan kemasukkan pekerja asing ialah ______________________________ _______________________________________________________________________. Selain itu, ____________________________________________________________.

Kesimpulannya, kerajaan mestilah _______________________________________ agar/supaya_________________________________________________________________________.


Format Membuat Rumusan (Downdload)
Modul Latihan Tambahan (Downdload)
Skema Pengiraan Markah Rumusan (Link)
Nota Tambahan (Link)
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Khamis, 10 Jun 2010

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BAHASA MELAYU

1. Mengetahui secara terperinci perkara-perkara dengan subjek yang diajarkan dan sukatannya.

2. Menyampaikan pelajaran dengan cara yang paling berkesan termasuk
penggunaan BBB.

3. Menjalankan tugas dengan jujur dan penuh rasa tanggungjawab.

4. Menyediakan rancangan pengajaran masing-masing berdasarkan rancangan pengajaran tahunan yang telah ditetapkan dan merekodkannya dalam folio/buku rekod mengajar.

5. Merancang tugasan yang sesuai sebagai pengukuhan pengajaran yang telah dijalankan.

6. Memeriksa setiap latihan, tugasan atau folio pelajar dan memberi komen yang akan membantu meningkatkan minat serta prestasi pelajar dalam mata pelajarannya.

7. Menghantar buku latihan kepada Guru Kanan Subjek atau Ketua Jabatan apabila dikehendaki berbuat demikian.

8. Memeriksa kertas ujian selaras dan peperiksaan serta menyerahkan markah pelajar kepada penyelaras tingkatan dan pihak UPPM pada masa yang ditetapkan.

9. Membuat analisis keputusan ujian selaras dan peperiksaan bagi kelas-kelas yang diajarkan.

10. Mengambil berat kemajuan akademik pelajar melalui intervensi serta berusaha menanamkan nilai-nilai sahsiah yang baik dalam kalangan pelajarnya.

11. Mengadakan kelas-kelas tambahan dan klinik bahasa untuk tujuan pengayaan dan pemulihan apabila diperlukan atau mengikut jadual program PGG..

12. Membantu Penyelaras Tingkatan dan Guru Kanan Subjek mengendalikan program-program serta aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh unit sepanjang tahun.

13. Mengendalikan persatuan yang berkenaan dengan mata pelajarannya apabila dilantik menjalankan tugas tersebut.

14. Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikelolakan oleh Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) MARA, Jabatan Pelajaran Negeri atau pelbagai pihak.

15. Menghadiri setiap mesyuarat unit dan jabatan yang dikendalikan oleh Guru Kanan Subjek atau Ketua Jabatan yang berkenaan dengan mata pelajaran yang diajarkannya.

16. Mengawasi pelajar ketika ujian dan peperiksaan mengikut jadual yang telah ditentukan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan.

17. Menilai pencapaian pelajar serta mengesan kelemahan dan kekuatan mereka bagi tujuan meningkatkan prestasi P&P.

18. Melengkapkan butir-butir yang diperlukan dalam buku/folio Rekod Mengajar dan menyerahkannya kepada Ketua Jabatan mengikut jadual yang telah ditentukan.

19. Melaksanakan tugas-tugas berkala yang lain dari masa ke masa daripada Penyelaras Tingkatan, Guru Kanan Subjek, Ketua Jabatan atau yang diarahkan oleh Pengetua.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky