Famili ko, Mahal Na Mahal Kita 2
Sedesir pasir di padang pasir, sejernih air dikali, sedingin salju di utara, tidak seindah yang diduga dan dikira. Satu coretan hidup yang ingin dibentuk oleh Richard tidak diterima oleh anak-anaknya. Kisah hidup dan persekitaran yang berbeza membuatkan Richard jatuh tersungkur kehampaan. Dirinya terumbang dilanda badai gelombang tsunami yang dahsyat, terlalu dirinya berasa bersalah kerana mengecewakan anak-anaknya terutama Donald. Takdir hidup yang dia tulis untuk anak-anaknya tidak diterima malah semua itu kehendak Yang Esa. Sejuta air mata, seribu kemaafan dan seratus kali dia bersedih belum tentu semua itu terurai dan terbongkar dengan selesa. Rambut yang ditarik dalam tepung secara perlahan-lahan akhirnya bertaburan jatuh menghujani bumi.
Setelah mendengar ungkap bicara Daniel yang sepanas lava berapi membuatkan Richard sedar dan terduduk di muka pintu. Tersandar sambil matanya dipejam dan dibuka kembali. Hatinya tertanam semua kekesalan yang dirasainya. Mary yang masih tercegat di luar sambil lirik matanya menemani kelibat Daniel yang berlari dalam hujan mengekori Donald yang hilang beredar.
“Abang…abang” suara Mary kuat kedengaran sebaik sahaja melihat suaminya terduduk di atas lantai sambil menangis. Dia terus berlari dan mematikan penglihatannya terhadap Daniel. Hatinya mula bersantun dengan tangisan, kata-kata yang diujarnya penuh dengan kelemahan bicaranya. Mendung wajah suaminya ditatap, menambah duka yang terperosok di sudut sukma.
Klik Sini Untuk Cerita Penuh
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home