Corat Coret AF: Konsert 1
KONSERT 1
Semusim telah berlalu, semusim kini kembali. mungkinkah juara kali ini perserta wanita lagi? semuanya masih terlalu awal untuk dipersoalkan. apa yang pasti, aku setuju dengan pendapat adlin aman ramli yang mengatakan peserta kali ini lebih baik dari sebelumnya dan perkara ini sememangnya memberikan pemangkin kepada pengetuanya iaitu Datin seri Tiara yang berazam akan melahirkan aura mawi dalam musim ketujuh ini.
walaupun tiada penyingkiran, semua ini telah diduga kerana masih terlalu awal untuk menyingkirkan para peserta yang belum menunjukkan bakat masing-masing. terutama peserta lelaki yang kurang menyerlah.apa yang boleh aku puji seorang sahaja peserta lelaki iaitu HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak) dengan membawa lagu untuk kita daripada Aizat. vokalnya akag sesuai dengan lagu itu tetapi hampir sama dengan penyanyi asalnya. tetapi ini baru konsert pertama dan diharapkan akan
buat terbaik pada konsert yang akan datang. isnyaAllah. Buat masa ini cuma Hafiz sahaja yang aku boleh puji, untuk peserta lelaki yang lain itu ada yang over dan terlalu yakin contohnya seperti Aril. Jangan tunjukan sikap yang macam itu, kelak peminat akan merasa boring dan jelak.
Seperti yang aku katakan tadi, kebanyakan peserta perempuan aku boleh puji dari segi Vokal dan pesembahan. ternyata kali ini peserta yang dipilih sememangnya menjadi
penyanyi sebagai pekerjaanya.contohnya seperti ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur), ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor), ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil). dengan berbekalkan bakat dan pengalaman, ternyata persembahan Isma, Zizi dan Adila tidak mengecewakan penonton dan pengkritik. syabas dan aku harap terus kekalkan usaha dan tingkatkan mutu nyanyian.betul teruja dengan ibu muda ini. Aku suka nyanyi adila kerana dia lebih nampak profesional dan mudah bermesra dengan pentas. lincah dan tingkahnya diatas pentas tidak terlalu berlebihan seperti ada sesetengah peserta.
selain daripada 3 peserta di atas ada 2 lagi peserta wanita yang menari perhatian
aku. seorang mukanya hampir menyerupai penyanyi pujaan malaysia, iaitu Dato Siti Nurhaliza. perserta itu adalah AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak).
walaupun wajahnya seakan-akan penyanyi tersebut, tapi gaya dan persembahan serta vokalnya jauh daripada Dato. dia mempunyai gaya dan personaliti tersendiri. tetapi kurang menyerlah kerana masing-masing masih mencari identiti sendiri. walau bagaimanapun, semua itu boleh dimaafkan sekiranya mereka mengambil langkah alternatif untuk menunjukkan bakat mereka.
walaupun wajahnya seakan-akan penyanyi tersebut, tapi gaya dan persembahan serta vokalnya jauh daripada Dato. dia mempunyai gaya dan personaliti tersendiri. tetapi kurang menyerlah kerana masing-masing masih mencari identiti sendiri. walau bagaimanapun, semua itu boleh dimaafkan sekiranya mereka mengambil langkah alternatif untuk menunjukkan bakat mereka.
selain itu, ada seorang peserta lagi yang menarik perhatian aku iaitu peserta
daripada sabah iaitu RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah). suaranya memang sedap dan memukau, tetapi low not dia kurang jelas. dengan pembawakan lagu secara tersendiri dia telah mendapatkan identitinya sendiri dalam konsert pertama. walau bagaimanapun, height mot dia agak goyah kerana terlalu mencampai puncak dan lepas. betul dengan kata pengkritik Dato Khadijah Ibrahim, Rubisa mempunyai masalah low dan height not yang nampak dan ketara. tetapi mempunyai nada suara yang sedap dan merdu. ini adalah konsert pertama, dan semuanya boleh dimaafkan.
Pengkritik kali boleh dia anggap bersesuai, tetapi kritikan mereka tidak terlalu pedas (semuanya baik). mustahil semunya baik, jika pengkritik mengatakan semunya perfect, ini akan menyebabkan peserta tidak berusaha dengan gigih. walaupun pesembahan baik, mesti ada cacat cela dari segi penghayatan, not lagu dan nada sentimen diri dan sebagainya. jika kak Ogy, mesti dia suruh gali dan
gali. betul apa yang dikatakan kak Ogy dan Adlin, walaupun adakalanya pendapat mereka disalahertikan. itulah silapnya dan menyebabkan peserta AF sebelum ini hilang tanpa tujuan dan arah (kebanyakannya).
Konsert yang berlangsung selama hampir 2 jam 30 minit, berakhir dengan tiada penyingkiran. satu pembaharuan berlaku apabila tiada beg yang dikeluarkan dari perut pentas atas dibawa naik. mungkin AF kali ini membawa perubahan seperti tranformasi yang diwar-warkan. nyanyian lagu tema AF juga telah dimainkan di awal konsert. kita lihat siapa yang tersingkir minggu depan dan adakah peserta yang aku puji di atas akan melakukan lebih baik atau bagaimanakah nasib mereka minggu depan. kita akan bersambung. wasalam.. abg aloha
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home