- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Khamis, 17 April 2008

Kita selalu sebut kepedihan dan keperitan.

Salam semuanya.
Kita selalu sebut kepedihan dan keperitan.

Apakah sebenarnya itu kepedihan dan keperitan? Satu ciri subjektif yang banyak maksudnya. Namun yang pasti dua perkara ini sangat menyakitkan hati. Kedua-dua perkataan ini menunjukkan kata adjektif yang menerangkan sifat. Namun sifat ini tidak dapat dilihat.

Aku kaitkan keperitan ini dengan percintaan. Biasalah golongan muda remaja yang sedang bercinta, ada suka dan duka. Namun, pernahkan kau orang semua terpikir disebalik alam percintaan ini membuatkan kita lebih matang dan berwaspada pada masa-masa akan datang. Cinta itu adalah pastu tetapi bentuk dan caranya berbeza. Kalau ada peluang bercinta, bercintalah. Tetapi jangan mencari cinta, biarlah cinta itu datang. Percayalah dengan kekuasaan-Nya. Keperitan dan kepedihan yang dialami sewaktu bercinta mungkin disebabkan perasaan cemburu dan dendam. Darah muda yang mengalir membara menyebabkan emosi menganggu pemikiran kita. Jangan biarkan diri kau orang semua dikuasai oleh emosi kerana dengan adanya emosi syaitan akan menguasai diri kita.

Oleh itu, banyak perkara yang kita lihat sekarang ini diluar batasan pemikiran manusia. Contohnya bunuh diri dan membunuh. Ini adalah salah satu contoh yang tidak wajar dan perlu diatasi. Gejala membunuh diri dan membunuh kebanyakannya bermula dengan masalah percintaan. Oleh itu, setiap manusia perlu menguasai kecerdasan emosi. Kecerdasan emosi ini merupakan tindakan seseorang mengawal emosi yang membelengu pemikiran seseorang yang membolehkan seseorang berjaya mengatasi masalahnya. Dengan keadaan emosi yang stabil, kehidupan seseorang dapat dijalankan dengan sempurna tanpa gangguan emosi yang negatif.

Percintaan? Indah nama itu, umpama sejambak bunga ros indah dilihat dan harum baunya. Namun disebalik keindahannya tergambar seribu halangan iaitu duri. Menurut pepatah Belanda ada menyatakan, jika hendak mendapatkan rosnya perlu merasai durinya terlebih dahulu. Pepatah ini bermaksud sesuatu yang indah atau kebaikan mesti ada halangan yang cuba menghalang. Dalam erti kata yang lain, semua perkara ada baik dan buruknya. Oleh itu, keperitan dan kepedihan buka sahaja mengajar manusia itu kenal erti sakit hati dan putus asa, ia juga mengajar manusia untuk mengenal erti sebuah kehidupan dan menjadikan manusia itu lebih matang daripada sebelum ini. betul kata orang, setiap perkara ada baik dan buruknya.

Hak Cipta Terpelihara: Md. Hasrul Ja’Afar

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky