hari2 seorang guru
Hari pertama aku bergelar guru walaupun hanya untuk sementara membuatkan hidup aku lebih bermakna. Gelaran guru yang diguna untuk aku memberikan aku keyakinan untuk menjadi seorang guru dan mendidik anak bangsa. Namun mesti ada mereka yang menganggap pernyataan aku ini ‘poyo’ dan hanya semntara. Buata apa aku nak dengar cakap orang. Yang penting aku bahagia degan hidup ini. Aku ingin menghabiskan sisa hidup ini dengan sebaik-baiknya,. Hidup aku tidak lama dan aku perlu meghagainya.
Nikmat bergelar guru dapat aku rasakan sewaktu menjalankan aktiviti ROS 1 di sekolah rendah. Hanya tuhan yang mampu mengungkapkan kenangan yang paling indah. Ini adalah kenikmatan yang tidak boleh dijual beli. Pengalaman ini membuatkan aku insan yang paling bermakna. Hidup guru kerana semangat dan memberikan harapan kepada anak didiknya. Pernah aku ketawa di kala mereka bersuka ria dan berseronok. Pernah aku menangis di kala mereka bersedih. Segala suka dan duka dalam kem motovasi yang dijalankan oleh pihak sekolah sedik sebanyak memberikan input yang berguna dalam hidup aku.
Walaupun aku lebih besar daripada murid-murid yang mahu mengambil peperiksaan UPSR namun aku perlu akui keintiman nilai persahabatan dan semangat setia kawan. Nilai itu kuat lagi dipupuk pada usia mereka lagi. Aku juga harus akui, emosi mereka sedikit sebanyak membuatkan aku terikut-ikut dengan mereka. Mereka menangis, aku turut menangis, mereka bersedih aku turut bersedih dan mereka bergembira mereka turut gembira.
Peluang aku berjumpa dengan pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan aku gunakan dengan sebaik mungkin. Aku memasuki dewan motivasi secara curi-curi sewaktu para fasilitator sedang solat dan berehat. Hanya tinggal pelajar yang mengikuti kem motivasi tersebut di dalam dewan. Aku kuatkan langkah demi langkah untuk memberikan amanat yang terakhir. Ianya amanat terakhir daripada aku, tetapi ia merupakan permulaan langkah mereka dalam menghadapi hidup.
Tutur kata aku susunkan dan aku suarakan. Rasa kagum dan gembira kepada mereka. Aku memberikan semangat kepada mereka supaya buat terbaik untuk UPSR. Sebagai seorang guru walaupun hanya sekejap megajar mereka, aku mahukan anak-anak murid kau berjaya. Mungkin memang itu harapan seorang guru kepada anak muridnya. Diam ta diam, hampir 15 minit aku memberikan semangat dan aku akhiri ucapan aku dengan memberikan keyakinan kepada mereka sekali lagi. Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak mereka. Begitu juga dengan guru, mereka amat menyayangi anak murid mereka meskipun mereka nakal.
Inilah lumrah kehidupan manusia. Kepada para pembaca diluar sana, doakan kami sebagai pendidik muda supaya memberikan terbaik semasa kami bergelar guru kelak..insyaAllah. terima kasih

0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home