Luahan terbuku
Tidak seperti hari biasa, aku takut jika hari itu menjelang kembali. setelah hampir 3 tahun, dia pergi meninggalkanu, tiada penggantinya walau sesaat. hati ini masih lagi mengingat saat bersama dengannya, saat aku menemani hari-hari terakhirnya. bertapa pilu dan kecewa kerna aku tidak dapat berbuat apa-apa. aku bagaikan pinocio yang hanya tahu melihat tanpa mengenal jerit perih ayah yang menciptakannya. aku bagaikan seorang ibu yang hanya mampu melihat saat ajal anaknya tiba di depan mata.
Ya Tuhan, kuatkanlah semangatu. andai itu takdirnya, telahku terima 3 tahun yang lalu. tapi kenapa saat itu genap bertahun, aku mula dihantui rasa yang sangat sakit. apakah ini dugaanku, aku reda dengan pemergiannya, namun berikan aku runang Ya Tuhan untuk membina hidup baru. memang di luar aku kelihatan ceria dan gembira, hakikatnya di dalam hanya KAU yang tahu Tuhan.
tak tertahan diri ini saat membaca diari terakhirmu. tiap kali hati tergerak membuka, aku pasti tidak lepas merenjiskan rembesan air mata. oh malam, kenapa hari itu akan aku tempuhi lagi. cukuplah pelbagai tomahan dan cacian yang aku terima. tapi aku tidak salahkan mereka, memang betul, kau pergi disebabkan aku. aku sendiri mengaku yang aku menjadi peragut nyawamu meskipun ada segelintir yang tidak setuju dengan pendapatku ini.
hari-hari selepas itu, aku lalui seperti biasa. bagai irama gendang berdentum saat kaki aku pantas berjalan. aku bernyanyi dalan hati dengan irama nada yang sedih. pernahkah aku lepaskan kau walau sesaat wahai kekasihku? tidak sesekali, tidak pernah dan tidak mungkin. saat kau katakan hanya maut yang mampu melepaskan kau dari aku, aku terus tersentak, aku terus menangis dan kelu tak terkata.
Inginu marah ucapanmu, ada benarnya juga. tapi siapalah aku ingin menghalang pemergiaanmu. benar kata orang, kasih pertama sukar untuk dilupakan, apatah lagi telah bersemi setelah bertahun-tahun lamanya. aku rindukan dia, aku rindukan dia, aku rindukan dia.
hati ini hanya menyebut satu nama wanita yang dahulu pernah bertakhta dalam hatiku. andai kau dengan nun jauh di sana, pasti kau akan marah kepadaku dan kau akan berkata, "telah tiga tahu aku pergi meninggalkanmu, tidakkah walau detik pun kau melupakanku?, tolonglah teruskanlah hidupmu dan kecapi apa yang kita impi dahulu"
aku tidak mahu dia marah, aku tidak mahu dia berkecil hati dengan sikapku. tapi itulah hakikatnya. walaupun ucapan sayonara seringku ungkapkan, namun dalam hatiku, tiada istilah selamat tinggal bagimu.
Terlalu merinduimu,
Asrul

0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home