Kerabat Diraja Johor 1
WANITA INGGERIS PERTAMA MENJADI PERMAISURI JOHOR
Nama asalnya Helen Bartholomew, berasal dari England dan dilahirkan pada 21 Disember 1889. Beliau telah memeluk islam setelah berkahwin dengan Sultan Ibrahim di Johor Bahru dalam tahun 1930 dan menukar nama beliau kepada Helen Binti Abdullah.
Pada 18 November 1931, Beliau secara rasminya telah ditabalkan sebagai Permaisuri Johor dengan memakai gelaran Sultanah Helen. Sultanah Helen merupakan Permaisuri ketiga kepada Sultan Ibrahim dan menjadi wanita barat pertama yang ditabalkan sebagai Sultanah.
Sebelum itu pada tahun 1870, Sultan Abu Bakar (Ayahanda Sultan Ibrahim) telah berkahwin dengan seorang wanita inggeris yang berasal dari london bernama Cecilia Lange. Setelah memeluk islam nama beliau telah bertukar kepada Zabedah binti Abdullah. Bagaimanapun beliau tidak ditabalkan menjadi permaisuri sebaliknya hanya diberi gelaran Cik Besar Zabedah sahaja.
Perkahwinan Sultanah Helen dengan Sultan Ibrahim tidak dikurniakan Zuriat. Perkahwinan itu juga tidak kekal lama. Sultanah Helen meninggal di England sewaktu berusia 88 tahun pada 13 Ogos 1997. Al-fatihah…
(Sumber : 1000 Kisah & Fakta Raja Melayu – Kerabat & Pembesar jilid 1 oleh Ghulam Jie M Khan)
SULTAN IBRAHIM ARAH DATO’ONN TINGGALKAN JOHOR
Bagaimanapun kerana beberapa tindak tanduk Dato’ Onn membantah Lady Marceilla dijadikan permaisuri Johor dan mengkritik Sultan Ibrahim di akhbar Sunday Mirror telah menimbulkan kemurkaan Sultan Ibrahim, Dato’ Onn telah dibuang negeri ke Singapura pada tahun 1927 dan hidup dalam buangan selama 10 tahun.
Bagaimanapun pada tahun 1937 Dato’ Onn telah dipanggil balik oleh Sultan Ibrahim dan diberi pengampunan. Dato’ Onn kemudiannya telah diberi jawatan penting di istana Johor.
(Sumber : 1000 Kisah & Fakta Raja Melayu – Kerabat & Pembesar jilid 1 oleh Ghulam Jie M Khan)
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home