- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Khamis, 3 Julai 2008

Hari aper yg kena dgn kamu

***************************
Hari aper yg kena dgn kamu
***************************
Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman?
Apa kata kamu semak tarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu.

Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati

+++++++++++++++++++++++++++++++++
Anjing:

Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya.
Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi.
kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu,
malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai.
Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.
Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.
Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu.
Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan
kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu
tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen.
Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama
dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Tikus:

Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun,
sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel
dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan
kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain.
Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai
kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang
sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani
menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap
maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang
tidak lepas dari melakukan kesilapan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Singa:

Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya.
Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan.
Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan.
Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara
yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain.
Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Kucing:

Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang
senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa
melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal,
kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk!
Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya.
Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian.
Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali.
Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kura-kura:

Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa
dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti
hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula.
Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman.
Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara
kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan
balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan
praktikal.

+++++++++++++++++++++++++++++++++

Merpati:

Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan,
kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling
begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman
dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana.
Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi.
Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Harimau Bintang:

Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan
tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu
mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya.
Hmmm kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja.
Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya.
Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu.
Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi
masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Monyet:

Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas.
Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian
kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang
kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya.
Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu.
Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang
dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan

1 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky