- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Rabu, 29 Julai 2009

Hari ini : Upsi Kuaranti H1n1 (29/7/2009)

Bermula jam 1.30 pagi, aku masa tu dah nak tidur...tiba-tiba aku dengar ada orang buat pengumuman di padang antara blok 2 dan 3....aku terus ke beranda dan mendengar...tapi tak jelas coz bergema...aku tanya pada kawan2, kawan2 cakap kene kuarantin n tak boleh nak keluar kolej mulai esok..

aku risau, dah lah esok aku kene balik kg jam 4 petang, jam 3 ptg nak daftar praktikum...adeyh...terus aku pergi bilik faizal...aku, ad dan lan terus dengar sekali lagi pengumuman yang dibuat oleh pengetua kolej, dia cakap esok (hari ini) tiada kelas. kami semua dilarang sama sekali keluar kolej...terpaksa tanggun praktikumnya...

masalahnya, aku tak kisah kalau nak tangguh praktikum, tapi aku bimbang kalau2 kita semua kene kuarantin selama seminggu atau sehingga hari ahad (2/8/2009). aku bimbang la kalau dapat balik jb.. apa tidaknya, aku kene balik jb coz adik aku nikah time tu...abislah, aku sendih sgt kalau tak dapat tgk adik aku akad nikah...sedih giler....

tadi sebelum beli makanan, aku pergi pejabat...org kat pejabat cakap, segala urusan pejabat tidak akan dilayan, adeyh...dah lah aku nak bayar barangan elektrik...ermmmm...pastu dia cakap makan kene pakai kupon...aku binggung n tak faham dengan kata2 dia...aku dengan faizal terus beli makanan kat kafe...kebetulan, masa tu aku terjumpa lan dengan ad dan aku ajak mereka makan sama2 kat kafe. ermmmm....

aku memang dan rancang semakan nak balik johor dengan lan hari ini, tapi tak jadi....so kaza datang masa kami tengah makan kat kafe dan dia cakap boleh balik kampung....terus lepas makan aku dengan lan pergi pejabat dan tanya pasal nak balik kg....sekali lagi jawapan mengecewakan aku terima...ermmmm...

org pejabat cakap, tak boleh dibenarkan keluar...dia suruh kita orang balik bilik dan tunggu edaran kupon makan...kupon makan???? sampai dibilik ada org bagi aku kupon, dia ckp yang warna kuning itu untuk tgh hari dan merah untuk makan malam...ermmm..setiap satu kupon beharga rm. 3.50...ermmm

aku dalam PENJARA..dan dalam DILEMA...aku nak balik kampung...uuwaaaaaaaaaaaaaaaa........ mintak2 kuarantin ini akhir sebelum ahad, aku nak saksikan adik kembar aku akad nikah... doakan ye semuanya...

3 Comments:

  • alamak siannye kau..aku keje kat utem...kitaorg masih beroperasi macam biasa..kau bawak bincang ngan pengetua kau..adik kembar nak kawin abang terkurung kat upsi...sedih cerita tu..harap2 semua dapat selesai secepat mungkin..

    By Blogger boboiz, at 29 Julai 2009 pada 9:39 PTG  

  • mesti dah selamat sampai jb asrul ni
    lengang dah khar sekarang
    sy bakal menyusul student yg lain esk
    home sweet home~~
    anyway, congrats to yr twin..

    By Blogger jat, at 30 Julai 2009 pada 5:25 PTG  

  • salam Asrul camner dpat tgk adik kembar nikah ke? nanti tepek lah gambr tu ya!!..

    salam kenal dr k.iena...

    By Blogger pn-iena, at 8 Ogos 2009 pada 10:58 PG  

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky