- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Selasa, 15 Julai 2008

perubatan dalam masyarakat jawa

BEDAK PANAS


Tujuan penggunaannya adalah untuk menghangatkan tubuh badan dan ia dapat mengurangkan rasa lenguh-lenguh bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak.Bahan ramuan yang digunakan dalam membuat bedak panas adalah seperti kayu angin , adas, pulosari , kelembali, delingo, halia , kencur, beras dan air segai bahan pelarut kepada ramuan tadi. Kesemua bahan ini hendaklah dibasuh terlebih dahulu sehingga bersih dan selepas itu dijemur sehingga kering .Kemudian ianya di tumbuk dan di ayakkan.Bancuhkan hasil ayakan dengan air dan digiling supaya ia lebih lumat. Setelah
itu ambil tepung beras dan campurkannya dengan bahan-bahan yang telah siap digiling dan akhirnya digintilkan bentuk bulat kecil dan keringkan. Kemudian setelah kering masukkan kedalam botol yang berisi limau nipis yang kering supaya bedak tersebut berbau wangi. Cara merawatnya, terlebih dahulu hendaklah ia dicampur dengan air yang dingin dan selepas itu sapukannya keseluruhan badan selepas mandi iaitu di waktu petang.

MENGETATKAN VAGINA

Selepas setiap kelahiran, vagina boleh dikecutkan dengan mengamalkan penggunaan ubat ini , di mana otot di rongga tersebut dapat ditegangkan semula. Ramuan yang digunakan adalah seperti majakani , adas, pulosari, munsyi, cucuk atap, jemuju, dan kayu angin. Bahan-bahan ini hendaklah di basuh dan dibiarkan kering .Setelah itu, digoreng tanpa minyak dan seterusnya di tumbuk atau di giling . Kemudian balutkan ramuan tadi kedalam satu bekas yang nipis dan sumbatkan kedalam kemaluan.
Dalam masyarakat jawa , kepentingan ubatan tradisi terhadap penyakit am juga tidak dapat di nafikan lagi. Penyakit am tersebut adalah seperti hidung berdarah, sakit gigi, sakit perut , cirit birit , kurap , kudis , bisul dan lain-lain. Lazimnya , menggunakan tumbuhan semulajadi yang terdiri daripada ketapang , keledek , palikan, jengkol, sidaguri, dan banyak lagi


SAKIT PERUT


Penyakit ini meliputi kategori sakit perut jenis memulas,senak dan sakit jenis mencucuk. Tumbuhan yang digunakan bagi mengubat penyakit ini ialah Tahi Ayam iaitu lebih dikenali dalam bahasa Jawa sebagai Daun Tembikar. Nama latinnya ialah Lantara Camara.Untuk menghasilkan ubat ini, daun tembilikan dan kapur hendaklah ditumbuk sekali dan di masukkan kedalam satu bekas. Untuk mengubati seseorang pesakit, campuran tadi hendaklah disapu keatas perut yang sakit.

CIRIT BIRIT.


Penyakit ini biasanya berlaku jika seseorang makan dengan tidak teratur ataupun memakan makanan yang mengandungi bahan yang beracun. Pemakanan seperti ini akan menyebabkan proses penghadaman dakam perut sukar.Ramuan yang digunakan adalah seperti Temu Kuning (Curcuma Zedoaria ), Jambu Batu ( Psiduim Guajaya), ketumbar (Coriandrum Satirum) kincur dan kedawang. Pesakit hendaklah mengunyah kesemua bahan ramuan tadi sehingga lumat dan seterusnya menelannya.


KURAP


Penyakit ini adalah infeksi dari sejenis fungus . Ia mudah merebak didalam kawasan panas melalui pakaian, sabun,sikat dan melalui sentuhan kulit. Ia akan menyebabkan seseorangitu merasa gatal – gatal.Untuk mengubati penyakit ini, kapur sirih dan daun ketapang (Terminalia Catappa) digunakan. Kedua-dua ramuan ini hendaklah dilumatkan terlebih dahulu dan seterusnya disapu keatas bahagian yang dijangkiti dan seterusnya biarkan ia kering.


KUDIS


Ia merupakan sejenis parasit yang selalu tumbuh dibahagian tapak tangan , pergelangan tangan , bahagian ketiak ,punggung dan genitalus. Untuk mengubati penyakit ini,perawat hendaklah menyapu kebahagian yang terkena penyakit dengan mengunakan jering (Phitecolobium Jiringa) dan belerang yang sudah dibakar.


BISUL


Penyakit ini disebabkan oleh satu jangkitan pada kulit oleh kuman Staphylococcus.Jangkitan ini bermula dengan kemasukan bakteria pada luka-luka atau pun celah-celah folikel rambut.Apabila ia dibiarkan terus,ia akan mengganda dan membentuk satu bonjolan yang berisi nanah pada bahagian badan yang dijangkiti oleh bakteria tersebut.Dalam mengubati penyakit ini,ara tanah (Ephorbia Hirta),bawang putih(Allium Satium )keledek (Ipomoea Batatas) dan sidaguri, digunakan. Ramuan tersebut hendaklah dilumat-lumatkan terlebih dahulu dan kemudian dicampur dengan kuning telur .Cara merawatnya adalah dengan menyapu keliling bisul tersebut.Elakkan daripada menyapu kebahagian mata bisul tersebut.

HIDUNG BERDARAH


Penyakit ini berlaku disebabkan oleh kerana terdapat kelemahan pada selaput lendir hidung dan pembulu darah dibahagian hidung .Ia juga disebabkan oleh kerana seseorang itu bertukar tempat persekitaran dari kawasan sejuk ke kawasan panas.yang menyebabkan darah dalam badannya terangsang untuk keluar.Untuk mengubatinya, daun suruh (pipar betle) hendaklah dilipat sehingga kecil dan kemudian disumbatkan kedalam hidung.


KESIMPULANNYA


Secara amnya , dalam setiap cara perubatan tradisi , masyarakat tidak dapat lari daripada kenyataan bahawa pengubatan secara batin juga terlibat. Di mana ayat-ayat al-Quran di gunakan sama ada sewaktu mengambil tumbuhan ataupun semasa menyembuhkan penyakit-penyakit. Selain itu, pengunaan air amatlah meluas di mana ia digunakan sebagai bahan pelarut.
Sejauh mana yang kaji didapati bahawa masyarakat jawa masih lagi mengamalkan perubatan secara tradisi tetapi jika jenis penyakit yang dihidapi itu sukar diubati secara tradisi maka kaedah moden digunakan. Perubatan tradisi yang masih kuat diamalkan adalah seperti penjagaan bayi, rawatan ibu baru bersalin dan sebagainya. Mengikut kata para bomoh terdapat juga dikalangan mereka mendapat ilmu perubatan melalui mimpi-mimpi yang didatangi orang tua daripada keturunan mereka. Ada juga dikalangan mereka yang diajar secara terus oleh ibubapa mereka. Selain daripada itu segelintir daripada mereka mendapat pengetahuan tersebut melalui perbualan dengan rakan-rakan ataupun secara “try and error”.
Akhir sekali , diharapkan semoga amalan perubatan secara tradisi ini dapat dikekalkan untuk kebaikan dan kemajuan dalam teknologi perubatan masa kini dan dapat selari dengan perubatan moden demi kepentingan generasi akan datang. InsyaAllah.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky