- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Jumaat, 14 Ogos 2009

Novel : Dalam Mihrab Cinta by Habiburrahman El Shirazy


Novel : Dalam Mihrab Cinta



by Habiburrahman El Shirazy



Assalamualaikum, aku nak becerita tentang koleksi novel yang aku baca...selelah aku membaca novel tulisannya iaitu ayat-ayat cinta, aku terus berminta dengan penulisan bukunya yang lain. setelah itu aku membaca novel Ketika Cinta Bertasbih yang juga difilemkan seperti novel Ayat Ayat Cinta.

aku terus terpaku dengan gaya penulisannya walaupun ditulis dalam bahasa indon. novel ketiganya yang aku baca iaitu Dalam Mihrab Cinta. dalam novel ini mengisahkah 3 buah cerita yang berlainan iaitu terbahagi kepada 3 tajuk mini iaitu:

1 - Takbir Cinta Zahrana
2 - Dalam Mihrab Cinta
3. Mahkota Cinta.

Tak cinta Zahrana mengisahkan seorang pensyarah yang telah berusia dan mengalami konflik dalaman apabila ditimbulkan isu status singlenya. pelbagai dugaan yang dilaluinya, iaitu dicaci oleh seseorang yang telah melamarnya tetapi ditolak, kematian seorang jejaka yang dijodohkan oleh kiayi kepadanya dan penerimaan lamaran daripada anak muridnya.

Dalam Mihrab Cinta pula mengisahkan kehidupan syamsul yang dituduh mencuri oleh sahabatnya Burhan kemudian dibuang daripada pasentren dan sekaligus statusnya sebagai pelajar sekolah agama tercemar. dia mula mencari kehidupan yang baru ditempat lain, pelbagai dugaan yang dilaluinya iaitu mencuri, dipenjarakan dan berniat jahat kepada orang tetapi akhirnya menggunakan akal untuk berfikir. adakah burhan menerima atas segala perbuatannya?

Mahkota Cinta memonopli bab dalam Novel ini iaitu sebanyak dua belas. dua novel mini sebelumnya hanya memuatkan 5 bab sahaja. Cerita Mahkota Cinta ini mengisahkan Zul seorang pelajar miskin yang berusaha berhijrah ke Malaysia berbantukan seorang wanita bernama Mari yang baru dikenalinya. dari batam hingga ke Larkin dan seterusnya hidup di kota besar kuala lumpur. pelbagai masalah dihadapi olehnya iaitu kehadiran warkam bekas suaminya Mari, goodan darpada linda dan berita Mari dan rakan-rakan ditangkap oleh polis.

Novel ini cukup untuk membimbing menjadi panduan umat islam. insyaAllah..


Antara Karya-karya lain Habiburrahman El Shirazy:

Ayat-ayat cinta
Ketika Cinta Bertasbih Episod 1
Ketika Cinta Bertasbih Episod 2
Dalam Mihrab Cinta
Pudarnya Pesona Celeopatra
Di Atas Sajadah Cinta (Koleksi Cerita-cerita Tauladan)
Nyayian Cinta


0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky