- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Jumaat, 22 Januari 2010

PENDAPAT PERIBADI : HUKUMAN MEROTAN OLEH GURU

Salam, hari ini genap seminggu aku mula bertugas di sekolah menangah sri tapah. nampaknya banyak benda yang aku dan azrul belajar. belajar bergaul dengan guru, pengetua, suasana dan pelajarnya yang hampir 70% orang asli. memang ini sebenarnya memberikan satu tamparan yang hebat dalam permulaanku, namun aku jadikannya sebagai cabaran untuk aku berjaya kelak. insyaAllah.

bila hari semakin cerah, aku mengharapkan cerah itu tiada penghujungnya, biar malam malu dan tunduk kepada kecerahan itu. ingin sekali aku berada di kutub utara yang dingin membeku tetapi cerah 24 jam. aku tidak mahu berada di kutub selatan yang gelap gulita tanpa kecerahan. begitu jugalah dengan matlamat aku menjadi seorang guru. kecerahan dan harapan yang tinggi, aku berdoa agar diri ini diberikah hidayah dan kekuatan dalam menghadapi karenah anak murid demi masa depan mereka.

baru-baru ini ada satu berita seorang ibu menampar seorang guru lelaki dihadapan pengetua. bukan aku sahaja yang tersentak, namun ada juga kalian semua turut terperanjat, apakah salah seorang guru mendidik anak mereka dengan cara yang kasar (pelajar melakukan kesalahan terlampau @ berulang). cikgu @ guru juga seorang manusia yang mempunyai tahap dan batasan kesabaran yang maksimum, apabila kredibiliti seorang guru dipertikaikan, apalah guna tugas guru sebagai pendidik. jika ada kesalahan, guru juga yang dipersalahkan.

teringat waktu aku di alam persekolaha, bukan sahaja dihukum, didenda malah aku juga dirotan, tika itu tiada lagi akta yang menghalang seorang guru menghukum atau merotan pelajarnya. aku sedar, kesilapan itu sepatutnya tidak patut aku lakukan, dan disebabkan rotan itulah aku pelajari semuanya tetang kehidupan. kita mesti menghadapi dan berani berdepan dengan balasan daripada kesalahan yang telah kita lakukan. andai kata itu adalah tanggungjawab kita sebagai seorang guru, apalah guna kita takut pada undang-undang.

ibu bapa sekarang mudah memanjakan anak mereka, sehingga mengganggu tugas seorang guru mendidik anak mereka di sekolah. ada satu cerita ketika aku dalam tingkatan dua,tak silap aku nama cikgu tu cikgu khaditjah, apabila nama seorang pelajar tidak dinyahut dan pelajar itu mentulikan telinganya walaupun mendengar penggilan cikgu. cikgu itu melentingkan suaranya sehingga pelajar itu bangkit dan memaki hamun pelajar itu. ketika itu cikgu itu sedang mengandung, biasalah orang sedang mengandung kadangkala emosinya sedikit terganggu. pergaduhan antara pelajar itu dan guru itu berlaku. dan setelah itu, pelajar itu memanggil ibu bapanya ke sekolah. akhirnya yang dipersalahkan adalah seorang guru.

persoalannya disini, adakah semua itu salah guru? aku cuba berfikir secara dalam dan secara rasional, ini bukan sahaja pendapat peribadi tetapi pendapat yang semua orang akan fikirkan bersama. eloklah aku anlogikan sebagai peribahasa "TIADA ANGIN, MASAKAN POKOK AKAN BERGOYANG". kita sendiri membaca di dada akhbar dan siaran berita di kaca televison, guru bergaduh dengan ibu bapa, guru merotan dan mendenda pelajar, guru bergaduh dengan pelajar dan seumpamanya. semua itu berlaku mesti ada punca dan sebabnya. perkara seperti ini mesti dilihat dari akar umbinya dan bukan menghukum dengan sewenang-wenangnya.

seperti yang telah aku katakan di awal perbincangan di atas, tugas guru adalah sebagai pendidik dan bukannya menghukum seseorang pelajar tanpa sebab. guru juga manusia biasa yang mempunyai pelbagai satu sifat dan karenah. sama sepertinya dengan pelajar dan manusia yang lain. sikap pelajar yang kadangkala kurang ajar membuatkan perkara yang kecil akan diperbesarkan. impaknya bukan sahaja kepada sekolah, malah kepada kerdibiliti profesion seorang guru itu sendiri.

maka, kenapa harus ada pemansuhan atau penghukuman terhadap pelajar perlu dihentikan. jika merotan dahulu mengajar kita untuk menjadi lebih berdisiplin, maka merotanlah juga yang perlu dilaksanakan. jangan mengubah perkara yang baik itu kepada perkara yang belum menjanjikan sesuatu kebaikan. berfikir dahulu sebelum bertindak itu adalah satu langkah yang baik. saya juga tidak memihak kepada ibu bapa yang terlalu memanjakan anak mereka sehingga mengganggu tugas seorang guru mendidik pelajarnya. ibu bapa juga dahulu seorang pelajar, wajahlah jika guru berbuat demikian untuk kebaikan anak mereka. jangan membela anak anda jika anak anda sememangnya melakukan kesalahan. itu sama ertinya anda sebagai pegumabela yang membela seorang penjahat.

aku bukan mengatakan anak anda seorang penjahat, tetapi sebagai andaian. selidik dahulu dan janganlah mencemarkan nama anda, guru, sekolah dan yang paling penting maruah anda sendiri.

mengajar pelajar orang asli bagi aku lebih baik daripada mengajar mereka yang lebih berpendidikan yang duduk di bandar dan mereka yang sering membela anak mereka walaupun anak mereka salah. pelajar orang asli ini pasif dan tidak banyak bercakap, jika seseorang guru memarahi anak mereka, mereka juga setuju dengan pendapat guru. walaupun mereka kurang pintar, tetapi mereka pintar mendidik anak dengan cara yang betul. pemikiran mereka memang kolot dalam dunia IT, MILLINEUM, DAN SEBAGAINYA tetapi mereka ada satu rasa jati diri yang kuat.

aku ingat lagi, sewaktu aku sekolah rendah. aku pernah melakukan kesalahan dan dihukum rotan oleh guru. bila aku bagitahu abah dan mak, bukan mereka datang kesekolah dan terus menyerbu guru tersebut. sebaliknya mak abah bertanya kepada aku kenapa aku di rotan. masa itu memang aku melakukan kesalahan, dan mak abah terus merotan dan menghukum aku. itulah didikan yang menjadikan aku seperti sekarang ini.kalau sikap mak abah aku ketika itu sama dengan masyarakat sekarang, entah apa yang berlaku kepada aku sekarang ni.

aku berazam, ingin mendidik anak murid aku dengan sebaik-baiknya dan sesungguhnya aku memerlukan sokongan daripada ibu bapa pelajar itu sendiri. berilah kerjasama kepada guru untuk mendidik anak anda menjadi seorang yang berguna.

MASA : 11.30
HARI : JUMAAT (22/01/2010)
TEMPAT: BILIK GURU SMK SRI TAPAH, TAPAH PERAK
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Selasa, 12 Januari 2010

Ikhlas dariku...

tika hati ini masih lagi menerima kata-kata maaf, pergunakanlah peluang itu sebaiknya...tika rindu ini masih lagi menebal, ikhlaskanlah hati untuk menerimanya, tika jarak kita berjauhan, dekatkanlah dengan pintu kerinduan...dalam diam kita sudah mula kenali erti persahabatan, dalam sepi kita telah ketahui apa itu kesun...yian, saat air mata kau berguguran, aku sapu dengan jemariku, saat senyummu tersebar luas, aku juga turut tersenyum...tidak sangka cepat masa berlalu dan tanpa aku fikirkan sudah makan tahun kita berkenalan...aku tidak mahu bertahun itu akan berakhir, biarlah tiada kata bertahun, berabad atau berkurun, ada pun kata itu kita gantikan dengan selamanya dunia akhirat...

***Maaf jika tidak sempat memberikan khabar berita kerana diri ini dalam kesibukan dumiawi, insyaAllah akhirat juga...ada masa kita akan berjumpa lagi.sila-silah tinggalkan pesanan di kotak komen atau chat box...terima kasih semuanya...salam ukuwah...


Ikhas dari hati
Asrul
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky