CoReTaN : 12/07/2011
Marah seorang guru sama seperti marah seroang ibu bapa kepada anaknya. Aku marahkan mereka kerana aku sayangkan mereka. Tapi mereka semua mensia-siakan masa depan mereka. Aku dah banyak kali bersabar, tapi tadi aku hilang sabar disebabkan perkara-perkara tertentu. Lepas aku hukum mereka, aku bertanya pada diriku adakah tindakan aku ini bentul atau sebaliknya. Ya Allah bantulah aku.
Aku penah cakap dengan anak murid aku, ketika di dalam kelas, aku akan beri tumpuan yang sepenuhnya. Aku mahu mereka mendengar apa yang aku cakap dan ajarkan. Apabila berada di luar kelas, mereka boleh menganggap aku kawan. Tapi kalau di dalam mereka bermain dan bergurau, apatahl lagi di dalam. Masa bila mereka mahu belajar?
Aku tak nak masa depan mereka sia-sia. Macam itulah harapan guru-guru yang lain. Tapi kadang-kadang anak-anak murid ni tak faham apa yang tersimpan hati seorang guru. Menjadi seorang guru memang penat, tapi penatnya berbaloi apabila melihat anak-anak didiknya berjaya.
Aku tak kisah mereka segengster mana pun, aku tak kisah mereka sedegil mana pun tapi yang penting utamakan pelajaran. Apabila berada di dalam kelas, mereka ada pelajar aku dan bukannya siapa-siapa. Mereka perlu patuh dan dengar apa yang aku cakapkan. Aku bertanggungjawab keatas mereka. Inilah tanggungjawab yang berat dipikul seorang guru.
Ada rakan guru yang menjatuhkan semangatku. Di sini tidak usahlah aku sebutkan namanya. Dia mengatakan tindakan aku itu hanyalah untuk menunjuk-nunjuk. Walhal dia tidak tahu perkara yang sebenarnya. Biasalah, guru pun manusia juga. Ada yang menyokong dan ada yang tidak. Tetapi yang melemahkan semagat aku adalah rakan yang boleh dikatakan rapat dengan aku. Walau bagaimanapun, ada juga rakan guru yang bersetuju dengan tindakan aku. Terima kasih kerana menaikkan semangat aku.
Ya Allah, bantulah aku menjadi seorang guru yang cemerlang. Amin Ya Robb...