- HOME
- IKUTI BLOG INI
- FACEBOOK
Assalamualaikum...
Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul
Create your badge
PENCIPTA CINTA
PENCIPTA CINTA
Dahulu, Aku pernah jadi pencipta, Pencipta kepada sebuah pecintaan, Aku menjadi pengikat kasih sayang mereka, Pengubat kala mereka kesunyian.
Kini, Aku juga masih mejadi pencipta mereka, Pencipta kegembiraan dan kebanggan mereka, Senyuman dan gelak tawa mereka, Membuat aku bangga sebagai pencipta cinta.
Aku tak akan musnahkan Apa yang aku ciptakan, Aku akan perjuangkan pencipta cinta ini, Untuk selamanya, Jika nyawa terpaksa aku korbankan, Nyawa jualah akan aku pertaruhkan, Kerna aku pengikat dan pencipta cinta mereka.
Kau juga mampu menjadi seperti aku, Mejadi pencipta cinta, Kerna kau juga memiliki mereka, Mejadi pengikat cinta mereka, Tersenyumlah kerna dengan senyuman, Mereka merasa bangga mendapat pencipta Cinta seperti kau.
IKHLAS DARIPADA ASRULRead more..!
Indah Islam Kerana Iman
JANGAN BICARA SOAL CINTA
JANGAN BICARA SOAL CINTA Apa yang kau tahu erti cinta, Dua merpati berkasihan, Dua hati berjanji untuk selamanya, Kata-kata itu sering dikeluarkan. Jangan bicara soal cinta, Jika tidak tahu apa maknanya, Jangan pernah dekati cinta, Jika pada pencipta tiada wujud kata cinta, Bercinta dahulu kepada mereka, Yang banyak berkorban untukmu, Yang sanggup berhujan panas, Bersusah payah tanpa mengharap balasan, Insan pertama yang patut engkau cintai, Bukannya dua sejoli yang tidak tahu Makna pengorbanan. Jangan bicara sola cinta, Kalau mereka kau abaikan, Jangan jadi pendusta kepada mereka, Kerna mereka amat mencintai dirimu, Lebih dalam cinta kepada kekasihmu. Jangan kerana cinta, Kau butakan hatimu, Tulikan telingamu, Kau kesatkan kata-katamu, Bercintalah pada dirimu, Kerna dengan cara itu, Kau tahu menilai Erti cinta yang tulus. IKHLAS DARIPADA ASRUL Read more..!
Indah Islam Kerana Iman
KEMBALI SEMPURNA
KEMBALI SEMPURNA Duri-duri itu telah lama terbenak dalam hati, Luka yang dalam membuatkan aku terbius, Oleh harapan yang palsu, Satu erti kata yang tiada sempadan. Darah beku mula mencair, Tika jantung berdetak kembali, Nafas tenang kembali membuak, Suara rindu mula berbicara, Naluri kehidupan kembali menjelma. Dahulu aku rasakan tiada erti hidup ini, Tiada makna kehidupan ini, Namun setelah aku pelajari erti itu, Aku mula hargai hidup ini, Dengan tenang jiwa yang damai. Duri dan luka-luka dahulu, Telah mengajar aku hidup berbicara, Telah mengajar aku mula melangkah, Dalam destinasi yang sama, Tetapi berbeza haluan. Tanpa aku sedari, Perjalananku masih lagi panjang, Setelah lama aku kakukan diri, Setelah lama aku tinggalkan pencipta, Kerna kehidupan ini, banyak mengajarku Erti kemanusian yang dusta, Namun pada engkau pencipta, Tiada sempadan kata dan kepercayaan Yang telah engkau bukakan. Jika dahulu, darahku membeku, Jika dahulu aku dan kau terluka, Jangan biarkan luka itu semakin dalam, Ubatilah dengan tenang dan yakin, Suatu hari engkau juga merasakannya. IKHLAS DARIPADA ASRUL Read more..!
Indah Islam Kerana Iman
Asrul & Airul: Parut
lama kau tak cerita pasal aku dengan adek aku kan..hahahha..inilah masanya..ahaks.. kisahnya mcm ni..tak silap aku masa tu bulan puasa dan aku darjah 4 kot..lebih kurang la.. dan kebetulan masa tu musim cuti sekolah..apa lagi mcm2 aktiviti yang telah dirancang..ahaks..apa2 je la..hahahha.. biasa lah dak2 kecik lagi cute miut..ahaks.. kalau korang perasan kat muka aku kat pipi sebelah kanan ada parut..tapi xjelas coz parut dua kat alur senyuman..sebab tu xnmpk... kisah dia mcm ni..masa tu aku tgh main buat2 rumah...kat tepi longkang tanah merah. tapi besau la longkang tu..huuh.. biasalah kat estet longkang yang dikorek oleh berozer..uhuhu..kawan aku cuma buat atap dan buat alas tok duduk kat dalam tu..huhuhu..bila dapat taw kan depa wat kemah kat situ, apa lagi aku p ar dengan adeq...huhuh..bila aku nak turun kat longkang besar tu, kebetulan tanah licin coz ujan.. apa lagi, tergelincir aku ke dalam longkang..tiba2 muka aku terkena batang sabit pokok kelapa yang tajam...bukan sabit taw... batang dia yang dalam kosong dan tajam2... bila terkene jew..aku tak rasa apa2 la..sekali adeq dan kawan2 aku cakap kenapa muka aku berdarah.. sekali aku rasa dengan tangan,, berdarah wei..banyak kuar.. huhuhuh... baju kau sampai berdarah... seram siot..bila nmpak darah barulah aku nangis...huhuh..kalau xnmpk xnangis kot..hahahha..apa2 je la.. (menjeng kan..hahahha - bahasa orang johor) biasa la tu...masa kecik..bukan taw pe pon.. aku dengan adeq kau panic and kita orang trus lik umh... xde mood nak main kemah2 lagi..huhu..ooo ye..lupa masa tu bulan puasa...huhuhu...bila sampai umh, adeq aku soh simbah dengan air tok kurangkan darah yang keluar..mak datok..punya lah sakit dan pedih..masa tu hanya tuhan yang tahu..sakit sangat taw.. tapi nak buat mcm mana terpaksa la..huhuhu..pas tu adeq aku sok letak plaster...huhuhu..tak ke bengong..mana leh lekat...dah lah darah xhenti3..nak letak plaster..lagi lah xjalan..huuhu..apa la..tapi xtahu pon masa tu.. dah panic...ahaks tiba2 pintu dapur terbuka..jeng3..huhuhu... keluar satu lembaga jin..hhahahha..melawak jew.. bukan jin la..mak aku..huhuhada lak jin..mak sowi..uuwaaaa... nak elak xleh, t mak tahu gak..huhuh...nak xnak kene bagi tahu... sekali bom atom meletup la... kalah bom nagasaki dan hiroshima..huhuhu... kene fire berapi2 la...huhuhu... dah aku tengah sakit...lagi la bingit masa tu..huhuh..tapi dah bsr bru aku tahu nape mak suka cot cet jew..huhhuhu... mak soh basahkan kain dan letak kat pipi supaya darah dapat disekat..huhuhu.xterfikir pon..pandainya mak aku..huhuhu..love u mak..ahaks.. pas tu p kinik la..hhhuuhuhu..sakit oooo... Read more..!
Indah Islam Kerana Iman
Tali Tersimpul Mati
tali itu pernah aku ikat pada lengan, sebagai tanda aku cintamu, tali itu juga pernah aku leraikan, setelah kusut kau simpulkan. janji pada satu nama, bukan pada satu hati, tali itu turut jadi saksi, luahan hati dua insan. pengorbanan tali pada kita, terlalu besar, dan jangan dipersoalkan, kerna talilah kita tersimpul, dan kerna talilah kita terikat, satu nama yang indah dan segar, satu lafaz dari hati yang berbeza, tali itu tali cinta dan jiwa kita. hilang jasa pada tali, terpasa mencari untuk disanjung, tali terikat tersimpul bercabang, cinta dua hati berlainan insan, cinta pada dia, dan insan yang lain, memberikan satu makna yang berbeza dan simpul yang berbeza, namun kerana tali itulah, kita sayang seseorang. ibarat tali yang tidak boleh dilerai, atau diurai oleh jari jemari, aku gambarkan cinta itu adanya, cinta pada kau, bergelar manusia, dan tuhan pencipta. Read more..!
Indah Islam Kerana Iman
HIDUP INI MACAM ANGIN
hidup ini macam angin, bawa arus sejuk, bawa arus panas, tapi kita tak boleh kata itu takdir kita, sebab kita yang memilihnya. hujan yang turun, awan yang mendung, angin yang kencang, ada kuasa sebaliknya, namun tidak tahu erti maknanya. hidup ini macam angin, bila mengganas, musnah semuanya, bila damai, tenang jiwa di rasa, angin bukan manusia, namun makhluk tuhan yang unik dan indah. bila tidur, ia terjaga, bila sedar ia bernyanyi, bayu dan sepoinya angin, membawa manusia ke dunia yang fana, terasa nikmat tika bersama, kala kau dan aku menikmatinya. derauan ombak sampai ke sisir, dari tengah hingga ke tepian, kau bawa arus lautan ke tepian. kalau aku menjadi angin, akan aku harungi hidup ini sepeti itu, akan aku tembusi tembok yang tinggi, lalauan yang sempit, agar hidup aku menjadi lebih tabah. nurkilan ikhlas : ASRUL Read more..!
Indah Islam Kerana Iman
DI SINI KUTEMUI SEGALANYA ♥ ADIEY ♥
Ketika diri di awangan Tertanya hati apa yang menunggu di bawah Benak imaginasikan pelbagai aksi dan rupa Yang baik, yang jahat dan yang sempurna Semua itu sudah pun berlaku kepadaku Yang baik amat sedikit, yang tak elok datang bertimpa Di sini kutemui segalanya… Bukan mengungkit bukan juga membongkar Segala yang telah menjadi sejarah suka dan duka Di sinilah aku temuinya, redah dan hadapinya Cinta, kasih, sakit, benci, geram dan segalanya Seolah sudah menjadi nadi dalam hidupku Menjadi darah dalam tubuh yang mengalir Kadang deras, kadang perlahan dan kadang tersekat Aliran itu… Di sini kutemui segalanya Ada manusia pelbagai rupa dan gaya Watak, perilaku dan peranan pun berbeza Sukar untuk kumentafsir yang mana baik yang mana tidak Betullah kata orang yang makan garam dahulu Yang kulihat kebanyakannya bertopeng, amat sedikit yang asli Aku terpedaya, tertipu dek helah yang kabur pada pandanganku Sehingga kujatuh tersungkur tak bersambut walau oleh tangan itu Di sini kutemui segalanya Kubelajar erti suka dan duka Bukan sebab diri sendiri tapi oleh mereka yang tak tahu Siapa aku… Kadang diri disukai, kadang dihina dan dibenci Dicaci pun ada..apa lagi dimaki Walau silap bukan datang dari diri Hati memberontak perbaiki segala kekusutan Tapi…. Minda mengahalang demi kebaikan Bukan untuk diri Melainkan….untuk mereka yang bergelar penghuni bumi Yang hidup berpaksikan duniawi yang lebih Pernah diri dibandingkan kerana…. Aku memang berbeza Sakitnya hati tak usah kuceritakan lagi Kamu tahu apakah rasa itu, bukan? Ikut hati hendak saja kulempang mulut itu Biar bengkak, berdarah dan koyak…. Tapi…siapa aku untuk berbuat demikian Aku tak punya apa, juga tak punya siapa di sini… Yang aku ada hanya diri sendiri Yang kadang menjadi bahan gelak tawa dek kawan Sebab itu… Di sini kutemui segalanya. Aku sendiri…sendiri lagi.. Walau hidup berteman dengan ramai orang Kerana… Walau pada dasar aku adalah benar Tapi kadang dunia ini terasa sunyi Sebab yang benar itu dibenci Yang bohong itu pula dikerumuni Inikah keadilan dunia? Yang palsu dijadikan landasan Yang benar terbuang tanpa belaan Tapi…. Aku tetap bersyukur kerana kumasih punya hati Sebagai penghuni bumi yang makin rapuh ini Walau ku tak punya amal yang banyak Aku masih tak mahu sakiti sesiapa Aku tak mahu apa yang dipanggil dosa Aku rela dijadi korban Demi secebis pahala… Subhanallah… Di sini kutemui segalanya Ada pelbagai peristiwa Manis ada, pahit ada…, masam pun ada Putih dan hitam pun ada Apatah lagi peristiwa merah… Semua ini kutempuh dengan redha Tapi kadang aku tewas juga.. Air jernih bergenang di alur itu Kadang tak mencecah bumi Tapi….bila ia menjadi deras Banyak kali juga gugur ke tanah Hingga tak meninggalkan bekas Di tanah tidak…, di mata pun tidak Di hati ia terasa merobek sentiasa Hinakah aku…, hingga aku diperlaku seperti ini? Sebab itu…, di sini kutemui segala ragam dunia. Di sini.. Ada meminta agar aku berubah Sikapku…tingkahku…penampilanku Apakah aku masih tak cukup baik selama ini? Kadang aku diam..tapi disalahertikan… Aku dikatakan sombong, serius!!! Tersentak diri ini bila mendengar ungkapan itu.. Sombongkah aku?seriuskah aku? Aku hanya mahu menjadi diri aku yang sebenar.. Mujur… Ada juga yang faham dan kenal siapa aku Tak perlulah aku sebutkan nama mereka satu per satu Cukup sekadar kukatakan merekalah yang banyak menolong aku Bangkit…bangkit…dan bangkit semula… TERIMA KASIH buat KALIAN. {Tanjung Malim, Perak. 21 Ogos 2008 (5.30 pm)} Nukilan: ♥ ADIEY ♥ Read more..!
Indah Islam Kerana Iman
Penggunaan perkataan DALAM
dalam I 1. jarak (jauhnya) ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dsb), jarak (jauhnya) ke tengah dr tepi atau pinggir sesuatu: ~ perigi itu kira-kira empat meter; 2. jauh ke bawah atau ke dasar dr permukaan (air, tanah, dll) atau jauh ke tengah dr tepi atau pinggir (hutan dll), jauh jaraknya di antara paras permukaan dgn dasar, tidak cetek: lubang itu ~ sungguh; jangan suka berenang di tempat yg ~; 3. bukan sedikit, tidak sempit, lebih drpd sekadar yg perlu sahaja: dia mempunyai pengetahuan yg ~ tentang hal itu; 4. mengandungi makna yg tidak mudah difahami (bkn perkataan, ungkapan, dsb), lebih drpd yg terzahir: perkataan ini ~ maknanya; 5. tidak ceper (leper), jeluk (bkn pinggan atau piring); 6. bahagian atau ruang (rumah, bilik, peti, almari, dll) yg lawannya luar: diambilnya sepucuk surat dr ~ laci itu dan dihulurkannya kpd saya; dia memasukkan bungkusan itu ke ~ keretanya; 7. yg berkaitan dgn atau terbatas pd lingkungan sesuatu (spt negeri, keluarga, dll) itu sendiri: urusan ~ negeri; masalah ~ keluarga; 8. yg tidak nampak atau ketara dr luar: penyakit ~; 9. yg dipakai sebelum dipakai pakaian selengkapnya: baju ~; seluar ~; ~ berselam, dangkal (cetek) berjingkat (bertimba) prb berpada dgn yg sedikit; sedalam mencapai dalam atau sehingga dalamnya (sebagaimana yg dinyatakan): digalinya lubang ~ kira-kira dua meter; sedalam-dalamnya 1. seberapa dalam yg mungkin: menggali ~; 2. dgn seberapa teliti atau terperinci: perlu difikirkan ~ cadangan yg dikemukakan itu sebelum dibuat sesuatu keputusan; berdalam-dalam makin menjadi dalam (merebak, meluas, dsb), menjadi-jadi; mendalam 1. menjadi dalam atau lebih dalam (bkn lubang dsb), bertambah dalam: lukanya semakin ~ kerana tidak dirawat dan dibubuh ubat; 2. menjadi kukuh dan tidak mudah luput (bkn perasaan, kepercayaan terhadap sesuatu dll), menjadi berat, melarat (bkn penyakit dll): perasaan cintanya terhadap Bibah semakin ~; kebencian yg ~; tradisi lama di kampungku terlalu ~ ; 3. sampai ke peringkat yg terperinci (bkn kajian dsb), luas dan teliti (meliputi banyak aspek): kajiannya tentang sastera Melayu kurang ~; mendalami, memperdalami berusaha utk mengetahui (sesuatu) dgn lebih luas dan terperinci dgn mempelajari (mengkaji, menyelidik, dsb) dgn teliti dan terperinci, menjadikan lebih sempurna atau terperinci (pengetahuan dsb tentang sesuatu): mereka akan mengkaji lebih banyak buku dan kitab utk ~ pengetahuan mereka tentang agama Islam; masing-masing ~ bidang yg diminatinya; mendalamkan 1. menjadikan dalam atau lebih dalam (perigi, lubang, dll): beberapa orang pekerja sedang ~ telaga; 2. = memperdalam ki menjadikan lebih dalam (pelajaran, pengetahuan, penyelidikan, dsb): ia terus bekerja sambil ~ pengetahuannya tentang seni muzik; perkembangan profesional memberi fokus kpd intelektualisme, iaitu kpd memperdalam dan memperluas bidang pengetahuan dan kemahiran profesion; dalaman 1. isi perut; 2. yg tersembunyi dan tidak mudah difahami (bkn makna ayat, kata-kata, dsb): kita seharusnya menyelami makna ~ kata-kata yg diucapkannya itu; 3. (yg) berkaitan dgn atau perlu diuruskan dsb oleh sesuatu organisasi itu sendiri; struktur ~ (Lin) (dlm tatabahasa generatif) gambaran yg diandaikan terdapat dlm struktur sesuatu ayat pd peringkat dasarnya (hubungan gramatis atau hubungan logik dijelaskan sebelum struktur ayat tersebut mengalami perubahan kerana peraturan transformasi); kedalaman 1. perihal dalam (budi bahasa, pengetahuan, pelajaran, dll): kedangkalan dan ~ ilmu pengetahuan seseorang; 2. † terlalu dalam; pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~; pendalaman perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan. Read more..!
Indah Islam Kerana Iman
wang, rasuah dan dosa
Kerna wang manusia lupa erti kemanusian, kerna wang ramai menjadi mangsa, Tapi tanpa wang, hilang segalanya, Hilang pangkat, darjat dan kepercayaan. Pagar yang diharap, akhirnya memakan padi. Bumi yang dijunjung terhempas jua ke tanah, dengan wang darah sanggup dijual, Dan manusia sangup diperhambahkan. Ada apa dengan rasuah, Jika bukan kerana wang, Setinggi akal manusia, Sejauh daulat martabatnya, Dapatkah dibeli dengan wang? Apa erti rasuah? Sehingga sanggup memakan saudara, Darah yang sama mengalir dijual kepada berharta, Mata yang melihat, tangan yang menerima, Semuanya kerana wang, wang dan wang Si kaya memberi harga, Si miskin meletak maruah, si tinggi memandang hina pada si rendah. Semuanya sama menikmatinya. Aku takut, jangan kerana wang, saudaraku disiksa, jangan kerana rasuah, ramai yang berdosa. Air yang mengalir, Akan terus sampai ke muara, Tapi tangan yang menerima, Boleh ditegah iman dan hati. Read more..!
Indah Islam Kerana Iman
sedar tanpa dirimu
baru terpikirkan betapa hampa diriku setelah dirimu tak lagi jadi kekasihku dan semua itu salahku tlah menyia-nyiakan cintamu tak pernah kuduga betapa ku menginginkan kasih sayangmu yang dulu tetap jadi milikku semakin aku menjauh semakin cintamu terasa indah ternyata diriku tak mampu tanpa dirimu maafkanlah diriku seringku berharap dirimu memaafkanku dan kita berdua akan terus saling mencinta namun kusadar semua hanya angan-angan ku semata cinta… ternyata diriku tak mampu tanpa dirimu maafkanlah diriku, terimalah sesalku yang tulus dariku kurindu sayangmu, dekapan hangat dirimu maafkanlah diriku, maafkanlah cintaku kembalilah padaku, kembalilah cinta Read more..!
Indah Islam Kerana Iman
AKU
MAKSUD AKU DALAM KAMUS DEWAN EDISI KE 4 aku kata ganti diri pertama (biasa dipakai sewaktu berdoa kpd Tuhan atau di antara orang yg rapat perhubungan mereka, tetapi agak kasar terhadap orang yg perlu dihormati); beraku memakai kata aku (dlm perbualan dll); beraku-akuan 1. saling memakai kata aku; 2. saling menerima atau berjanji akan setia sbg (saudara dsb): mereka bukanlah sbg orang asing lagi, malah ~ saudara di dunia dan di akhirat; beraku berengkau memakai kata aku dan engkau; mengaku 1. membenarkan sesuatu tuduhan, mengatakan benar (bersalah, keliru, dll): pencuri itu sudah ~; 2. = ~ dirinya mengatakan diri (bodoh, kaya, pandai, dll), mendakwa bahawa dirinya (pandai dll); 3. menanggung, menyanggupi: siapa yg ~ biayanya? 4. menganggap (sbg), menerima sbg: ~ anak; ~ bapak; ~ hartanya; 5. membanggakan (memegahkan) diri: di mana-mana, ia ~ saja; mengakui 1. mengaku akan (kesalahan dll): ia ~ segala kesilapannya; 2. menganggap sbg sah atau sesungguhnya ada (berlaku dsb), mengiktiraf: Amerika dan Jepun telah ~ Malaysia; 3. menyatakan berhak ke atas: jangan kamu ~ ini kepunyaan kamu; 4. memasuki (bkn syaitan, jin, dll): sakit diakui jin; memperakui mengesahkan: lantikan tersebut adalah sah dan diperakui oleh undang-undang; memperakukan 1. memberikan sokongan (utk), menyetujui serta menyokong (atau menganjurkan): dia ~ dua hari cuti; 2. mengemukakan (menyarankan dsb) sbg baik (sesuai dsb): ~ beberapa buah buku utk diterjemahkan; akuan 1. segala sesuatu yg diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yg menolong pawang); orang ~ orang yg dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yg mujarab ubat atau manteranya); keakuan sifat mementingkan atau berasa megah akan diri sendiri: kerana ~, ia tidak dapat menerima teguran; perakuan 1. proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yg diperakukan, saranan serta sokongan (utk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan; pengakuan 1. perihal (perbuatan, pernyataan) mengaku atau mengakui: dia telah membuat ~ bahawa dia telah melakukan kesalahan; ~ iman perihal mengakui bahawa seseorang itu percaya pd Allah; surat ~ hutang surat yg menyatakan bahawa seseorang berhutang; 2. pengesahan, pengiktirafan; mendapat ~ mendapat pengesahan. Read more..!
Indah Islam Kerana Iman
What I Love About You
What I Love About You I love the way you look at me, Your eyes so bright and blue. I love the way you kiss me, Your lips so soft and smooth. I love the way you make me so happy, And the ways you show you care. I love the way you say, "I Love You," And the way you're always there. I love the way you touch me, Always sending chills down my spine. I love that you are with me, And glad that you are mine. Read more..!
Indah Islam Kerana Iman
AsRuL AiRul : Adik Baru
AsRuL AiRul : Adik Baru Ni cite yang best taw..hahahha... aku dari kecik main2 dengan adek kembar aku... so masa umo aku 6 tahun, masa tu tadika mak aku mengandung... wah bestnya aku akan dapat adek lagi... huhuhu.. mak masok hospital lama smpai dia beranak, masa tu aku, adek and akak aku di jaga oleh arwah embah senah dan embah lanang... kita orang tak tahu apa2 masa tu kan masa kecik.. bodo2 sengal.. ahaks... Aku ingat lagi masa mak aku baru keluar hospital dan balik umah.. dia jalan kene pimpin, pastu kat dahi dia macam di sapu dengan ubat.. busuk gak bau tu..ahaks.. pastu aku tgk bapak aku dukung baby kecik..comel taw..ahaks.. pelan2 letak kat atas katil.. aku dengan adeq aku pon tgk la dia... cubit2 ppi dia... uhuhu.. smpai merah..coz geram yang teramat sangat...hahahha... pastu datang arwah embah senah dia ckp mcm nie.. nie adeq baru, mak baru lahirkan dia.. jaga dia dan syg dia taw... wah gitu.. aku tak penah lupa kata2 arwah smpai arini.. aku ingat smpai bila2.. bila aku tgk muka adeq bongsu aku, aku teringat kata2 arwah.. terharu sngt2.. nk nangis taw.. sedaih sngt2..uuwaaaa... pastu aku dengan adeq kembar aku ciom pipi adeq baru aku tu..huuh..muuuaaahhh... Tu lah saat2 indah taw masa aku pertama kali jumpa dengan baby cute tu...sekarang umo baby tu 16 tahun.. nama dia mohamad hazim..huhuhu... dh besar dah.. Read more..!
Indah Islam Kerana Iman
|
|